Wednesday 25 February 2015

Ke Universal Studios Singapore ke Kita? - Mukasurat 2

By Ticha!

10 tahun yang lepas, pada tarikh 26 Februari, berikut adalah hari jatuhnya tarikh 26haribulan Februari ini;

By Ticha!

Kalau tak ada tahun lompat, mungkin susunan harinya teratur. Tapi itu yang menarik pasal Februari ni. Dan Selamat Hari Jadi, CL, penyanyi kumpulan 2NE1 yang lahir pada 26 Februari 1991. Muda lagi ya kau ni. Sebaya adik aku. 생일 축하합니다 , CL-shi. 생일 축하합니다! 항상 건강하시고 행복하세요!

-Tamat mukadimah mukaciklimah-

Sambungan kepada perjalanan aku dari Kuala Lumpur ke Larkin. 
Pagi tu aku bangun tidur sama seperti nak pergi kerja. Tapi kali ini bangun dengan penuh semangat. 
Selalunya kalau bangun nak pergi kerja merungut sejuklah apalah malas nak mandi padahal ada pancuran air panas. Tapi, kali ni bangun semangat nak mandi walaupun air pagi yang sejuk ditambah masa tu lampu bilik air tak dapat nak menyala sebab eletrik tak masuk. Mandi dalam gelap dan sejuk. Tiiba rasa nikmat. 

Pukul 7.45 pagi (lebih kuranglah sebab plan nak keluar 7.30pagi), suami Qila, Yun hantar kami bertiga ke CIQ atau Gerbang Selatan Bersepadu, tempat kastam, imigresen dan kuarantin. Sebelahnya ialah JB Sentral. Terima kasih suami Qila.

Bila masuk laluan nak ke bahagian imigresen Qila kata,"Nanti kau dengar lagu klasik, diaorang pasang." Tapi, yang kedengaran, "Ni bukan lagu klasik, ni lagu rock leleh ni Qila." Ya, lagu rock sentap kedengaran di ruang imigresen. Kumpulan mana, aku tak pasti. I don't give a damn care about rock leleh.

Aku nampak ruang yang macam pagar masuk LRT dekat depan aku. "Nanti kau masukkan passport kau dalam lubang tu." Qila dan Izan banyak bagi panduan dekat aku bak pemandu pelancong berkaliber. Aku ikut saja telunjuk dan buntut diaorang. Aku masuk dekat tempat pagar tu. Dua-dua pagar tertutup. Aku masukkan pasport baru aku ke dalam lubang yang Qila kata. Okay. Tunggu. Tak ada apa-apa terjadi. Tertulis pada skrin 'Selamat Jalan'. Heh?? Aku tak mampu nak buat apa-apa melainkan keluarkan balik pasport aku dan masukkan semula. Pagar masih tertutup. Dem. Aku terperangkap. Pasport aku tak laku ke? Qila dan Izan pergi mencari pegawai untuk bantu aku. Aku fikir guna otak. Aku keluarkan pasport, aku lompat-lompat sikit. Dan tulisan pada skrin berubah. 'Sila masukkan pasport anda...' 

"Macam mana kau buat?" Tanya Qila. Aku kata,"Aku lompat-lompat. Aku rasa dia tak detect aku." Okay, itu lawak. Mesin, kau bias.Aku pun manusia berjisim dan berat.

Qila bagi aku kad yang ala kad RapidKL. Untuk naik bas ke stesen MRT di Singapore. Tapi akan singgah di Pusat Imigresen Woodlands. Dekat situ, kami kena isi borang dan pergi ke kaunter untuk semakan pasport dan beg. Masa aku nak ke arah pusat imigresen tu, aku nampak banting tertulis tidak dibenarkan membawa pepper-spray. "Mammpus. Aku ada bawa!" Aku cuak bila teringat yang aku memang bawa benda alah tu ke mana-mana sebagai perlindungan. Pengakhiran hidup sebuah penyembur cili: Buang. Emmmaaakkk.~~

Naik semula bas dan menuju ke stesen MRT Singapura. Aku tak pasti dekat mana. Jurong East Station mungkin. Ambil masa hampir sejam juga untuk menuju ke Harbour Front station memandangkan kena tukar stesen dari North-East Line ke Circle Line. Kenapa naik MRT? Saja kami cari pasal. Eh, bukan. Aku nak merasa naik MRT dan saja nak mencabarkan perjalanan ni.

By Ticha!
Menunggu MRT itu satu peluang bergambar secara sorok-sorok sebab masih malu-malu nak berlagak pelancong

By Ticha!
Qila baca buku Dari Tanjung Malim ke Kuala Lumpur. Izan tengok cerita Korea. Aku seorang je melangok tengok orang Singapura.

Sampai Harbour Front, kami ke Vivo City. Pada mulanya nak naik monorail. Tapi bila tengok ramainya manusia dan kekangan wang, kami putuskan untuk berjalan kaki ke Sentosa - USS. 
By Ticha!
Gambar wajib kalau jadi pelancong luar negara.

Pemandangan dari luar Vivo City. Yang tali-tali tu kereta kabel. Qila kata ni laut. Aku ingatkan tasik. Teehee.

Aku pun turut berpura-pura lagak pelancong luar negara.

Dalam 20 minit jugalah kami berjalan tapi tak membosankan sebab pemandangan cantik. Dari jauh dapat nampak roller-coaster USS. Dan juga istana Far Far Away, tempat penting bagi aku untuk lawat. Plus, ada escalator yang macam airport semasa kami berjalan. Jadi, tak rasa hangok' sangat.

Bila nampak mercu bebola Universal Studios, aku rasa macam tak percaya. Aku depan bola bergerak tu! Kami mulanya beratur depan kaunter untuk membeli pas ekspres dimana kalau kau ada pas tu, kau boleh jimat masa beratur sebab ada laluan khas. Tapi, ada seorang mak cik cina ni kata beli dekat dalam USS. Kami yang memang dari awal dah beli tiket USS secara online (RM155.00) terus beratur untuk masuk. Izan pergi bertanya pada orang mengenai pas ekspres, dan kami dapat tahu harga pas ekspres dinaikan sempena season day iaitu Tahun Baru Cina. Tahu berapa dollar? Dari $30 ke $60. Kami macam, "What???" Tak sanggup nak convert jumlahnya pada Ringgit Malaysia.

Jadi, kami redha. Tak, kami tengok dulu keadaan di dalam macam mana. Masuk je USS, dah rasa macam negara omputih. Aku nampak papan tanda gambar Elmo dari Sesame Street. Itu adalah Space Chase. Aku nampak banyak papan tanda yang selalu aku nampak dalam TV je. Hiasan pada hari itu lebih kepada tanglung. Raya cina kan. 

By Ticha!
Tanglung,lung,lung. 
Aku dah berjaya ke Universal Studios Singapore!

Ada permainan yang buat aku lencun dan kami terpaksa akur dengan jumlah dollar itu. Bersambung...


Tichasays: Kalau nak melancong, adalah sangat afdal membawa orang yang pernah ke situ. Kalau tak, belajarlah betul-betul pasal selok-belok jalan di negara itu. 

No comments:

Post a Comment