Tuesday 24 February 2015

Ke Universal Studios Singapore ke Kita? - Mukasurat 1

Ticha

Hari ni 24 Februari 2015. Horoskop - Pisces a.k.a ikan. Kalau orang Teganu, ikang. Kalau orang Klate, ike. Kalau mat saleh, ee-can.
Horoskop kata kalau orang yang lahir hari tarikh ni, katanya penuh dengan kreativiti dan tahu apa yang dimahukan dalam kehidupan.Macam kalau waktu makan, kau rasa nak makan roti naan tandoori.Kau tahu apa yang perut kau nak. Tapi orang yang lahir pada tarikh ni kadang-kadang tak boleh putuskan mana satu hala tuju seterusnya. Macam lepas kau dah makan, kau nak masuk pejabat balik ke, singgah kedai buku beli buku Tandoori Nan Sekeping.

Ini buku Tandoori Nan Sekeping. Abang aku salah seorang penulisnya.

-Tamat cerita horoskop sebagai mukadimah mukamaklimah-

Hari Rabu, bertarikh 18hb Februari 2015, pergi kerja macam biasa, tapi, aku bawa dua beg! Satu beg baju yang besar untuk saiz badan aku;terima kasih buat adik bongsu aku sebab bagi pinjam beg sekolah dia, dan satu beg kerja. Dengan gigih aku bawa, naik LRT Putra sampai ke Pasar Seni, naik bas ke tempat kerja. Aku macam lari dari pejabat, bukan lari dari rumah ya.

Dengan harapan dapat separuh hari atas ikhsan bos besar sempena esoknya Tahun Baru Cina, hampa. Takdo! Tapi! Tiba-tiba, ketua bahagian aku yang cuti sakit hari tu, telefon aku suruh aku pergi jumpa client untuk dapatkan DVD, dan suruh aku terus balik lepas dapat DVD. DVD dokumen ya, harap maklum.
Aku macam, ikan yang tersekat dalam jala, dapat meloloskan diri ke laut semula. Hari ni tema ikan ya para pembaca sekalian. *kriuuukkkk lapar*

Pukul 2 lebih aku tergopoh-gapah keluar dari pejabat melarikan diri daripada disoal oleh ketua projek si mat saleh botak yang menggelabah itu. PungpangPungpang, Let's Go!  Naik teksi ke Stesen LRT Masjid Jamek untuk menaiki LRT STAR ke Terminal Bas Bandar Tasik Selatan (TBS). Pinggang dah sakit menahan dua 'anak' yang dikendong ni. Harap bakal suami tak kisah dukung anak sepanjang masa.

Sampai saja di Terminal Bas TBS, yang kalau pertama kali datang tu fikir,"Macam airport lah!", aku terus cari kaunter bas Causeway link. Tengok jam pukul 4. Tengok atas meja kaunter ada tanda tulis KL-Larkin 4.30pm Non-stop. Wow, kan seronok dapat tukar masa tiket aku dari 7 pm ke 4.30pm. Tapi, bila ditanya, ~Awak kat mana?Awak, awak kat mana?Yeeaa~ Eh, bukan tu soalan aku. "Boleh tukar masa bertolak tak?" Perempuan dalam kotak kaunter tu senyum kecil menggelengkan kepala. Aku tanya lagi, "Kalau saya nak naik bas cepat sikit, saya kena beli tiket barulah ya?Tak boleh tukar?" Jawapannya, Ya, Tak boleh. Auwwwww.... Aku duduk fikir. Aku mesej buah hati aku pasal ni, dan balasan mesejnya buat aku terus bangun dan beli tiket baru yang berharga RM34.10. Demi nak sampai Johor waktu malam dan bukannya lewat malam. Aku kesiankan Qila nanti nak menjemput aku tengah malam kalau bertolak pukul 7 malam (berapa kali nak taip 'malam' ni?). Dah lah esoknya raya cina. Memang tak boleh nak jangka keadaan jalan raya. Ibarat makan ikan masak sambal, tak tahu bila tinjanya akan keluar. K bye.

Naik bas, tiba-tiba dapat panggilan dari pejabat. Mammmmmmpus. Ada isu ke? Pembantu pejabat tanya sama ada aku masih dekat pejabat client atau tak sebab mat saleh botak cari. Mammmmpuss.. Aku terus telefon ketua aku dan minta pandangan dia. Sebab dia yang suruh aku balik terus kot. Dan dengan baik hati dia mengajar aku cara nak menipu. High five! Tapi serius selama sejam jantung berdebar, hati rasa tak sedap.

Pengalaman dalam bas: Sangat tak tenteram bila ada sebuah keluarga dengan anak kecil asyik buat bising tapi ibu bapanya sekadar,"Eh, janganlah kacau orang". Tanpa tanda seru ya. Oi, anak kau tengok kartun kuat-kuat, anak kau main sentuh-sentuh kepala aku, volume MP3 aku dah habis kuat tapi still dengar bunyi tablet anak kau.
Dan, tipu. Kata non-stop. Tapi berhenti ambil penumpang dekat Melaka Sentral.

Aku sampai Stesen Bas Larkin lebih kurang pukul 9 malam. Aku pening, mabuk, dan mamai, ekor je seorang perempuan ni. Aku teringat yang Qila ada suruh aku tunggu dia di restoran McDonald. Akhirnya, pertemuan antara aku-Qila-Izan. "Weih, jom kita pergi beli roti"

Sepanjang aku di Johor Bahru, aku dan Izan menumpang rumah Qila.
"Okay, malam ni kena tidur awal."
Pukul 12 tengah malam, bunyi mercun di hadapan rumah Qila masih kedengaran. Errkkkkkkkk..... habislah aku mata merah esok.

Ada sesuatu yang terjadi masa di imigresen. Bersambung....

Tichasays: Maaf sebab mukadimah mukamaklimah aku pasal tarikh 24hb tapi keluarkan entri pada 25hb.
Untuk entri Ke USS ke Kita pendahuluan >>> Ke USS ke Kita?

No comments:

Post a Comment