Monday, 11 September 2017

New Year. New Title. "Saat melahirkan Kayyis"

Assalammualaikum and Good day!

This entry is merely my story before, while and after delivered my son. Purposely to keep it as my memory, as you all know, could be I forgot the journey, could be my son wanted to know (oh, he's crying! Bad dreams I guess).

I still remember, it was 31st December 2016. Me having a trip to Putraya (ceywahh like it was so far huh?) with my husband, my cousins' family and my in laws. It was just a sudden trip as we wanted to celebrate new year there watching lights and motion event held there. That time I 'm already 36 weeks pregnancy.

With my 'perut buyung' dan 'perut dah jatuh', I gigihkan diri dengan intentioned kononnya nak kerap jalan to ease the delivering progress KONONNYA. Yeah memang 'mujarab', terlebih 'mujarab'. You'll know later.

Staying at a hotel next to the dataran yang buat event tu. I still remember petang tu cari makan petang, I saw a cendol stall but the lady said,"Cendul habis". Time tu cuba untuk tak kempunan.

And that night, I remember after Maghrib, we went down to find something for dinner but all FULL HOUSE and CLOSED. So, my husband tapau kan some bread and air kotak. Walking to the dataran, surely like hiking a hill tau! Ada banyak foodtruck and yes of course, LONG QUEUE. I just buat tak tahu dengan dinner and keep on walking along, tengok lampu-lampu yang Putrajaya dah decorated and yup memang cantik. Tengok persembahan motion lights. Tapi I tak larat nak tunggu until midnight and plus I was super hungry. Went back to hotel, mandi, and get ready to sleep.

Midnight arrived, boleh dengar bunyi fireworks je dari bilik, cannot see it from my window. My husband kejutkan to feed me with roti john, he's afraid to let me sleep with empty tummy. I told him something.
"Baby kurang gerak hari ni. Sangat kurang."
You know bila dah tiba waktu kena buat baby movement counting. And that night macam susah sangat nak complete kan 10 movements. My husbang quite worried and he asked me either I want to check at the hospital.
"Tak apa lah. Maybe ruang sempit nak gerak cause baby is getting bigger." I just sedapkan hati dia... and me.

The next day, having a breakfast, I makan gila-gila non-stop. Muka sembab sangat, selekeh. Check out then went to IOI untuk makan aiskrim Magnum. Then gerak ke rumah in laws.

Sangat sangat ingat, masa tu baring untuk tunggu waktu Isyak. I was playing scrolling my phone laying on the bed. That time I felt something wet at you-know-where. I sat and just check it by wiped it with tissue (dasar pemalas nak tengok guna mata directly). And bila tengok tissue, something slippery red and clear on that tissue. Mata terbeliak. Like cannot hadam. What's that???

Tiba tiba teringat apa yang I baca untuk tanda-tanda dah nak beranak. Something named 'show', lelehan jernih and merah like darah. I terus tengok my panties. I was really really really shock! Oh my God is my baby ready to come out??? Sebab due date should be another 2 weeks. Oh that day was January 1st 2017. I was alone in my husband's room, while he was probably at the kitchen with his parents. I called my Mama. I told her what happened and what should I do. She said better come to KL and check it at the hospital. She asked me to calm down. Later then, I think I texted my husband to come to the room, sebab malas nak keluar bilik+takut nak keluar bilik.

He came and I told him to relax.
"Abang, tadi Sya tengok spenda Sya dah keluar lendir merah." At first he was like blurrrrr. And then I continued.
"Tu tanda-tanda nak beranak dah bang." Then baru dia bagi reaksi terkejut. Dia tanya sakit tak. Ada rasa apa-apa tak? Tapi dia still act cool. He called his Mama. His mom said to check it with hospital. She also said that probably cause I jalan banyak sangat malam new year tu sebab tu keluar darah. His Ayah insists sangat sangat suruh check dekat Hospital SALAM which is not far from the house but kitaorang tak nak.

So, malam-malam tu drive ke KL. Mula-mula nak direct balik rumah I tapi my Mama suruh pergi hospital check dulu. Okay, we listened to her. Sampai hospital, LUCKILY, I bring along the pink book everywhere. Cuma unfortunately, kitaorang tak ready lagi barang-barangkeperluan di hospital. LOL. Tapi malam tu macam confident Belum Waktu Beranak Lagi. So, nurse check heartbeat baby.

Tengah nurse tu sibuk borak, tiba-tiba one of them macam kelam-kabut and panic tengok chart heartbeat my baby dalam perut ni. They started to make a call, walking fast here and there. They started to change my clothes, put some wires on my chest, a girl doctor come to check berapa besar dah bukaan V. Then tiiiba datang doctor chinese guy and nak tengok juga bukaan V ADOIII WHY MUST HIM LA CHECK IT! He insert tomething like a rod into my V and masa tu rasa basah panas. And that time I know my water broke unnaturally. Tapi still don't get it what happened. I asked a nurse there, "Kenapa ni?" Nurse tu senyum and kata nanti ada doctor akan explain to me. Nurse tu blah tapi I boleh dengar dia bercakap dengan kawan dia,"Dia tanya Kenapa Ni.." . Masa tu rasa macam KENAPA SALAH KE AKU TANYA?

Wire berselirat dekat badan. A doctor came. She told me something yang I can conclude, my baby's heartbeat drop in a sudden and dikhuatiri lemas or terbelit tali pusat. Masa tu masih cuba control my mimik muka untuk nampak tenang and macho tapi dalam hati kata,"Allah, selamatkan anak aku!"

But then I heard a nurse said,"Doctor, dah normal balik." She waited for the doctor decision samada nak teruskan keluarkan baby secara operation or not. And the doctor decided untuk teruskan.

Masa ni my husband tak tahu cerita. Dia tunggu dekat luar bilik tapi he said dia nampak nurse kelam kabut keluar masuk. Bila I ditolak ke depan pintu to meet my husband, the doctor explain, and I can see his face macam berubah. I rasa macam nak peluk dia hopefully dia tak risaukan kami. I just smile and smile to him, dengan harapan dapat tenangkan dia. Doctor minta sign untuk kebenaran operation tu. That time betul betul masa tarikh January 2nd 2017, dalam pukul 12.02 a.m.. Badan I start menggigil, nurse kata maybe kesan suntikan ubat. Dia kata selalunya kalau operate kena puasa tapi I baru je lepas makan nasi goreng huhuhu.

I ditolak masuk ke bilik. Badan I menggigil shaking so hard tak boleh control punya. Bukan sebab takut, tapi like the nurse mention lah, kesan suntikan.

Dekat meja bedah. I nampak lampu. Pakar bius datang. Masa ni kepala otak teringat cerita my friend yang kena bius 2 times sebab ubat bius tak jalan. I prayed,"Janganlah kena cucuk dua kali!"

Doktor bius usik usik my paha tanya ada rasa tak. Masa tu I dapat rasa dia usi. Memang kena jawab tegas sebab WOI AKU NAK KENA BELAH PERUT KOT KALAU TAK KEBAS MAMPUS AKU.
Then the doctor kata I akan rasa macam semut semut then tak rasa apa-apa dah. Dalam hati "Tolonglah kebas tolonglah kebas."

Badan masih gigil kuat. I tak rasa dia belah perut tapi rasa seksa bila dia tekan tekan perut and dada rasa macam,"Eh diorang di nak keluarkan baby or organ aku sekali?" Sangat sesak dada tau dia tekan tekan urgh! I boleh nampak bayang dekat penutup lampu atas kepala I tapi I buat-buat tak nak tengok sebab ngeri.

Tiba-tiba perut rasa kempis kosong. That time I waited for a sound. "Allah, selamatkan anak aku. Bagi aku dengar suara dia ya Allah!" I tak dengar bunyi dia nangis. For a few seconds, at last....
I heard a crying baby! Masa tu legaaaa yang amat sangat sampai tak henti henti ucap syukur padaNya.

Then proses menjahit. Rasa lamaaa sangat. I muntah. I kata dekat nurse,"Saya rasa nak muntah." Sebelum start bedah, someone kata probably I akan muntah sebab I tak puasa before operate.
Nurse sediakan plastik and letak sebelah pipi I. I toleh and muntah. Yeah, my dinner.

Masa proses jahit, I sempat terlelap. Hohoho! Ngantuk.
Nurse datang bawa baby. Dia suruh I bagitahu dia apa jantina anak I. I nampak bibird and telor. "Boy..." I senyum. I tak nampak jelas muka anak I sebab I tak pakai spectacles.
Malam tu I warded. Masa tu kaki masih kebas dari paras pinggang ke bawah. So memang nurse angkat and uruskan I. Husband datang and letak barang-barang I. He smiled and kissed me. "Abang dah azankan dia. Anak kita lelaki!" I senyum and angguk. Malam tu juga baby I ada sebelah I. Tapi I tak nampak sangat muka dai sebab he's facing to the other side plus I kan tak boleh gerak masa tu.

Spend 3 days at ward. Mula-mula okay je, next night dah rasa stress sebab anak asyik nangis and masa tu I tak tahu nak buat apa. Dia berak. I tak ada wet tissue time tu. Husband tak bawak kan. I guna tisu biasa and basahkan. Habis kena selimut dia, tangan I. Nasib baik ada nurse dengar, and she assists me.

I'm a mom now.
I called myself as Mak.
Ramai yang macam terkejut sebab I gelarkan diri I just Mak, not mommy, not mama, not something else. They said,"Wow classic."

There's a reason.
1. My Mama called her mother as Mak.
2. My husband chose to call him as Ayah. So if, I choose to call me Mama, nanti sama macam parents dia. HOHOHO!

My son's name... (Oh he woke up..again... Macam tahu tahu je nak cerita pasal dia.)
Muhammad Kayyis.
He's now 8 months old. And now laying on my lap, munching my phone -_-"

Kayyis, this is how Mak delivered you. Hope you'll always love Mak like no other. Cause I love you too.

Kayyis, get down from the air cooler!!!!!

Sunday, 23 October 2016

Babymoon Fasa Ke 2 and Birthday Celebration - OMGTichaIsPregnant

Assalammualaikum. Hello!

Nak cerita sikit percutian Ticha ke Bukit Tinggi, Pahang. Kononnya, bersempena hari jadi Ticha yang ke 20an tu. Eyceyceyceyhh~

Husband booked bilik di Colmar Tropicale Berjaya Hills - Superior Twin Room.
Kami bertolak dari Kuala Lumpur dalam pukul 1 lebih macam tu sebab singgah rumah saudara.

Tol lebuhraya Karak (Plaza Tol Gombak) RM6.00. Dari Plaza Tol Gombak ke Colmar Tropicale ambil masa dalam 45 minit - 1 jam kalau tak sesak lah. Hehehe! Masa masuk ke kawasan Berjaya Hills tu, ada satu pondok guard. Then a few kilometers later, another booth, we need to pay RM13 per head for the tickets to Japanese Village/Botanical Garden. But if you're staying at one of the hotels there, you can get the refund at hotel's counter.

Parking
Ada parking lot indoor dan outdoor (kalau tak salah) tapi yang menginap sana memang parking dalam lah. Underground.

Lobby
Lobi di level G. Lobi dia tak besar mana pun. Husband yang tolong uruskan check-in progress. Receptionist tu akan explain pasal tempat-tempat macam restoran, blok bilik, sarapan, dan pasal tempat-tempat menarik yang ada di sekitar Berjaya Hills tu.

Bilik
Ticha duduk di blok Gazania. Dekat situ ada macam-macam blok, macam perkampungan french-themed gitu. Ticha ambil bilik standard saja. Alhamdulillah dapat pemandangan menghadap bukit. Suka! Ada juga yang menghadap bangunan blok bilik dan sekitar jalan yang inspired by french theme. Tapi Ticha prefer hadap bukit. Teehee~



Ticha suka gambar-gambar dekat dinding dia. Simple je.






TV Astro macam biasa lah. Vision Four.

Dalam pukul 6 macam tu, Ticha dan husband keluar jalan-jalan, ambil gambar sampailah ke pintu gerbang. Dekat pintu gerbang, bawah jambatan ada kolam, ada dalam 5-6 ekor swan. Besar-besar juga. Cuaca masa tu tak lah sejuk mana. Biasa-biasa je.



Ni hotel The Chateu Spa

Besar-besar swans dia.


Restoran
Kalau nak makan, memang dekat situ je lah. Nak keluar ke Genting Sempah pun,dalam 20.5 km. Jalan bengkang-bengkok juga nak turun dari bukit tu. So, bagi yang tak rajin, or yang tak larat nak hadap jalan jauh untuk makan malam macam Ticha ni, get ready je lah duit lebih.

Dekat situ, ada restoran jual ayam macam ala-ala Kenny Rogers, ada pizza and pasta, ada kedai roti, ada juga western food which is super mahal, bar, and buffet dekat La Bason. Masa tu buffet for dinner is RM78 per head. So, we decided to have our dinner at the restaurant yang jual ayam dishes tu. Kitaorang ambil half chicken with mash potatoes and coleslaw, add on cheesy macaroni. Air apple juice and.... tak ingat laki order air apa. LOL. Oh, dessert too! Jelly with mix fruits and vanilla ice cream. Total, RM80+ . Nangis. Masa makan tu, ada la a group like buskers macam tu consists of 2 ladies and a man. Filipino rasanya. They will come table to table asking if we will like them to sing a song or two. Best lah.



Dekat situ juga ada performance. There is a stage, at certain time, ada performance. That day, performance mostly akrobatik from chinese boys, doing some trick with hats la, with a barrel la. For me, macam bosan juga sebab hey, we're in a place with a french-themed. Show something yang boleh naikkan mood french lah. Hehehe! Kesian budak tu, Ticha punya mata asyik tertumpu pada seluar putih ketat dia je. Kbye.

Ada juga kedai saguhati, ada stall selling popcorn, ice cream, corn in a cup. Ada juga aktiviti like painting, sand art, ada video game and arcade (the token priced RM2) ada 6D Motion Movie, ada spa La Lavender, ada lounge room, informative kiosk, surprisingly ada swimming pool, nak booking for game at Adventure Park or Horse Riding pun ada.  They also have shuttle bus/van if we wanted to go to places like Japanese Village, Botanical Garden, Adventure Park, Ride Horse, Animal Park.

Who's that Pokemon?
Masa Ticha tengah jalan-jalan dekat area belakang blok hotel (ada small garden untuk saja-saja jalan menikmati angin), tengah posing ambil gambar, husband cakap,"Eh babun!" Mula-mula ingat dia bergurau or salah nampak. Ticha toleh, tengok belakang. "Wow, besarnya anjing!" Tapi bila tengok balik betul-betul, "Eh, apasal besar benor bontot anjing ni" LOL.
That was a really big baboon you know! As big as a dog, not a normal dog, Ticha rasa the baboon's height probably 135cm? If he's standing besides me lah. Bapak sado babun tu, macam abang long kawasan dah. Ada boys tengah lepak near him, bila nampak babun, kelam-kabut diaorang angkat kaki.

The next day, we had our breakfast at Le Bason. Rasanya itu lah namanya. Hohoho! Ticha asyik makan makan makan sampai husband komen dekat Facebook yang Ticha makan banyak. Mana ada banyak! Banyak kali je, kuantiti sikit je. Hehehehe! Breakfast starts at 7 a.m. until 10 a.m. Buffet. Got pastry, cereal, fruits, nasi lemak, mi goreng, kuey teow goreng, bubur, saviors, mi sup, roti canai, telur separuh masak, salads, etc. Ticha makan buah-buahan, pancake, cereal, bubur ayam and telur separuh masak. Siap mesej mama, "Mama, boleh ke orang pregnant makan telur setengah masak?" and she replied," Boleh je, masa pregnant ni makan je selagi boleh." Which mean nanti berpantang dah tak boleh balun da for few months T_T

First round

Japanese Village
Lepas check out, kami terus ke Japanese Village. Parking quite hard to find lah sebab the area is not so big. The best thing is, Ticha kena mendaki tangga dan bukit. DENGG! Husband banyak kali tanya,"Betul nak naik ni? Betul nak pergi?" He asked me even on the day before. I said,"Mestilah! Itu faktor utama tu datang sini." But when I climbed the stairs, omg, I even can't bother to talk with my husband. I even not to dare to stop climbing and walking, sebab risau I will just pass out. You'll be 35000km uphill you know. Of course you will feel a little bit dizzy. Tapi tak lama pun mendaki. After a few meters, you will enjoy the view, the plants and the weather, so refreshing. But first stop of course lah pergi kedai souvenirs dekat atas tu untuk beli air. HAUS! The drinking water cost RM3.00. Bukannya Spritzer or Cactus okay. Tapi Drinking Water by Colmar Tropicale. Cett! They even sell ice creams (masa tu cuma ada Solero-if im not mistaken-, Cornetto and Magnum kot) The Solero cost RM3.00. Then, we went to the Japanese Village. Ada anak sungai and a few little japanese houses lah. You can even try the Japanese traditional outfit tapi tak pasti berapa Ringgit sewanya. Kitaorang just visit 1 of the houses sebab my husband were really tired and already soaked in with sweat. Memang husband Ticha jenis peluh macam paip air. Hahahaha! Taking pictures here and there, then we went to the Botanical Garden pula. Singgah kedai tadi beli Solero sebab tiiibe teringin.

Botanical Garden
Gerak ke Botanical Garden, kali ini, kita turun tangga. But for me, tak menarik pun taman tu, Like an experimental garden je. Singgah sekejap je sebab there's nothing special plus there were monkeys jumping from tree to tree and yes I'm scared of them so dah blah jom! Yeah, kena daki tangga balik. Gila penat! Lepas naik tangga masing-masing bersidai dekat tembok cari nafas. Masa dekat Botanical Garden, ada lah nampak macam cafe dekat situ, but not really sure what kind of cafe and what they serve.

Dah hilang penat sikit, tengok jam dah pukul 2 lebih, masing-masing dah lapar. Kami pun gerak and decided to go to R&R Genting Sempah to have our lunch there. Lepas makan, "Erm, macam nak pergi karaoke, lah". Hehehe! Husband pun turutkan je lah. Singgah karaoke dekat KL.

Overall, Ticha a bit disappointed. Proably because my expentation a little bit high about the hotel. I mean, I saw the pictures in Google, the hotel's website, seems like the environment is totally gonna look like we are in oversea, french-themed place. But, I don't know, the french-themed were seems been established too light/small portion. A few blocks of french-like building, even the restaurant doesn't really been imaged like the theme. Dan kemungkinan juga sebab cuaca kot. Hehehe! Kesimpulan, situ pergi untuk keindahan alam dan tangkap gambar je lah. Entertainment paling best pun probably yang dekat Adventure Park which mak buyung ni tak dapat merasa. They said they have the longest flying fox in Asia - 1km.

Untuk keterangan lanjut - http://www.colmartropicale.com.my/

Sekian kesah babymoon fasa kedua dan sambutan hari jadi Ticha tahun 2016.

Terima kasih pada semua yang wish Ticha. Maaf kalau ada yang Ticha tak sempat reply.
Thank you to  my husband yang bagi surprise present. Lap you. Teehee~
Pada mama abah, thank you bagi hadiah aiskrim coklat gila sedap woh! Keluaq rumah senyap-senyap ingat pi masjid, rupanya pi beli eskem dengan aiskrim kon sekali.

Oh, well! Of course Ticha tak lupa bawa De'xandra Perfume Ticha. Nak berjalan, mendaki bukit, mesti nak rasa wangi, selesa dan yakin dengan diri sendiri. Bau pun mesti mau bau mahal, kan. Tapi harga berpatutan. Sebab tu Ticha pilih De'xandra Perfume. Bau tahan lama, EDP lah kata,kan. Nak solat pun yakin je sebab alkoholnya diekstrak dari tumbuh-tumbuhan.  Bawa travel senang je.


Selamat Hari Jadi, Ticha.

Tichasays: Tahun lepas sambut sebagai tunang orang. Tahun ni, sambut sebagai mak buyung. Alhamdulillah.

Jom wangi sama-sama!
Order De'xandra sekarang.
Facebook page: Tsari
Instagram: @tsari_dexandra

Tuesday, 4 October 2016

Barang Wajib Ibu Mengandung si Ticha - OMGTichaIsPregnant

Assalammualaikum. Hello!

Hari ni Ticha nak share antara barang-barang compulsory sepanjang Ticha pregnant ni.


Pil Vitamin dari Klinik Kesihatan Keramat - Dari kiri: Vitamin C, Vitamin B6, Iron Tablet dan Folic Acid.

Ini wajib kena ada. Segala vitamin untuk keperluan tubuh badan ibu mengandung dan tumbesaran janin/bayi dalam kandungan. Lagi-lagi Folic Acid. Bak kata maklumat dalam Baby Centre, asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida. Untuk maklumat lanjut pasal asic folik ni, boleh ke sini .

Iron tablet tu Ticha diarahkan baru-baru ni untuk ambil 2 biji sehari, siang dan malam, gara-gara HB atau kuantiti sel darah Ticha below normal. Normal dalam 11. Ticha baru-baru ni checked 10.4. Bahaya kalau hgb rendah sebab boleh jadi anemia. Dalam sel darah merah kita ada hemoglobin yang membawa oksigen ke seluruh tubuh badan kita. Mudah pitam, pening, pucat, sakit dada kalau rendah. Ada risiko tumpah darah selepas bersalin, baby dalam kandungan boleh lemas sebab tak cukup oksigen (na'uzubillah).

Palmer's Cocoa Butter Formula. Skin Therapy Oil dan Lotion Softens, Smoothes & Relieves Dry Skin 24 Hour Moisture.

Dua benda ni yang Ticha guna (buat masa sekarang.teehee). Satu sebab masa mengandung ni memang kulit sangat cepat kering ya, ibu-ibu. Plus, Ticha ni sejenis yang ada eczema. Lagilah teruk kulit I. Uhuk! 

Perut mula meregang saban hari, lalu timbullah makhluk asing bernama tanda regangan atau stretch mark. Macam Ticha, masa 1st trimester je ada bintik-bintik hitam (tanda nak ada kesan reganganlah tu), tapi tak lama pun. 2nd trimester, dah tak wujud bintik-bintik hitam, so perut Ticha tak ada stretch mark, buat masa sekarang (yeah). Cuma parut bintik-bintik hitam and parut kesan gatal-gatal eczema tu lah yang Ticha nak hilangkan. 

Ticha sapu minyak tu 2-3 kali sehari, and lotion tu dekat bahagian kulit yang sangat kering macam tangan dan kaki Ticha.

Yang ni, bagi Ticha, ibu-ibu mengandung kena ada, tak kiralah brand apa, bagi nak jaga kulit, lagi-lagi stretch mark.

Shaklee Ostematrix

Ibu mengandung memang akan kurang macam-macam zat. Termasuklah kalsium. Perempuan kena ambil kalsium sebab - masa period, kalsium ditarik. Masa pregnant - kalsium ditarik juga. Sebab tu ada yang malam-malam kejang kaki/cramp lepastu gelabah kejut suami suruh betulkan balik. Sakit woh cramp kaki lagi-lagi masa tengah enak tidur. 

Ticha sebelum pregnant ok je nak minum susu. Tapi masa 1st trimester, Ticha tak lalu. So, Ticha belilah Shaklee ni. Kawan universiti dulu yang suggest. Bagus vitamin ni. Ticha pula tak ada masalah nak telan pil (selalunya masalah malas je Ahaks).

Bagi yang boleh minum susu, Ticha suggest minum susu kambing. Amacam, boleh? Hehehe!

Ulfaa Beauty Moisturizer Gel

Pelembab muka. Macam Ticha kata, kulit memang jadi kering. Actually, moisturizer ni cousin Ticha yang jual. Ticha beli untuk support dia. But, hey! Pelembab ni best tau. Dia ala-ala pelembab Aqua-Defense Garnier warna mint green tu. 

Pelembab ni 95% cucumber extract, suitable for face, body and hair. Ticha selalu pakai after solat especially masa dekat office lah. Aircond, kan. Kulit rasa tak bermaya je. Bila apply pelembab ni, mostly area eye bag, pufff! Sejuk, segar, lembut je! Ticha jadi suka usap-usap pipi. Tiibe admire pipi sendiri. Lembut je. Area mata rasa segar bermaya sikit. Yelah, menghadap komputer je, lesu jadi mata ni.

Kalau ada yang nak order; Nadhirah - +60173883150


De'xandra Perfume by Tsari

Ini bukan time pregnant je, selamanya kena ada. Ahahaha! Sejak pregnant ni, hormon tak betul sikit. Panas dalam je badan ni. Berlemoih tu jangan cakaplah. Lagipun, badan kita kan sekarang dah lain bentuknya, so, dalam masa sama nak pikat suamilah dengan berwangi-wangian.

Kenapa Ticha pilih De'xandra Perfume?
1. Haruman tahan lama  - Memang lama. Banyak feedback kata sembur pagi, balik kerja tudung wangi je. Kadang sangkut tudung, esok bau lagi. Selalu kantoi bab ni ialah mak Ticha. Ticha boleh tahu dia cilok tudung Ticha sebab perfume De'xandra dia. Hohoho!

2. Boleh bawa solat - memang ada fatwa kata alkohol dalam perfume boleh je bawa solat. Tapi, bila Ticha dapat tahu De'xandra pakai ekstrak tumbuhan (tebu) untuk alkoholnya, confident lah Ticha. Nak solat pun kena wangi asalkan tak berlebihan sampai orang sebelah terkepit-kepit hidung baca surah.

3. Produk buniputra

4. Mudah dibawa - orang yang selalu travel terbang sana sini sesuailah sebab dia ringan dan 35ml. Lepaslah kalau nak naik flight. Hehehe!

5. Eau de parfum - pati esen dia dalam 20-30% so memang tahan lama baunya berbanding Eau de Toilette apatah lagi mist dan cologne.

6. Harga berbaloi! - Berbaloi awak~ Harga perfume beraus-ratus, tapi De'xandra ni RM65.00 je. Kalau beli dekat kedai pak arab tu, tak tahan lama (sebab Ticha ada several times beli). 

7. Haruman diinspirasi dari wangian berjenama antarabangsa - Memang tak ada lah Ticha nak boli perfume beratus ringgit tu berbotol-botol. Ini Ticha siap boleh tukar-tukar, buat koleksi lagi. Isnin DKNY, Selasa Gucci, Rabu Chanel, Khamis Paco Robanne, Jumaat Katy Perry, Sabtu Carolina Herrera, Ahad Estee Lauder. Macam-macam lah! Mewah tak? Hahaha! Bau sama pula tu!

8. Jimat - Tak perlu sembur banyak kali. Sembur belakang telinga, pergelangan tangan, dan lipatan lengan (belakang siku). Situ je. Tak perlu sampai ke rambut sembur. Tak perlu mandi perfume tu. Tak perlu sembur sampai kita sendiri bau. Sebab selalunya orang lain yang akan bau dulu, baru kita sebab hidung kita sebati. Lagipun, eloklah bersederhana. Tahan sampai 2-3 bulan woh!

Nak order: Facabook - Tsari (@tsaripage) / Instagram @tsari_dexandra / Whatsapp +60169988244


Sekian cerita barang wajib yang Ticha kena ada sepanjang pregnant ni. Tak semua lah Ticha share. Kalau bab bekalan makanan, jangan ceritalah, banyak! Ahahaha! Buah-buahan nak kena ada. Sebab makin lama makin susah nak membuang. Kadang minum jus buah dekat Juice Boost. Nasib dekat dengan office. Caffeine dah sangat jarang consume memandangkan Ticha ni anemia.

Kepada para ibu mengandung, marilah berjuang!

Ticha says: Baby Centre kata budak dalam perut sebesar jagung. Auww Auww! Okay sorry sorry mak tak ngumpat awaklah (baby buat martial art slow motion dalam perut. Cam tahu tahu je kita tengah taip pasal dia)



Friday, 30 September 2016

Kisah 6 Bulanku Sepanjang Mengandung

Assalammualaikum. Hello.

Dah nak masuk minggu ke 24. Anak dah aktif buat somersault, martial art, menyampuk bila orang tua bercakap, dan kadang-kadang hentak-hentak macam tengah layan lagu jazz.

When the news came in
Yeah, I'm pregnant. 2 weeks period tak mai. Tapi check pregnancy test, negative. I even bought Appeton Folic Acid sebab fikir mungkin aku masih belum ada rezeki. But a few weeks later, I checked again. It's positive. I even checked it twice. Positive. Checked pun sebab Joanne, my colleague asked me to checked it again, sebab ada fire-drill, and she was so positive that I'm pregnant. On the day of fire-drill, I told my leader, my friends; Ajeep, Joanne, Shahirah that I'm pregnant. And it was so chaos when my leader announced it to everyone. LOL. She's the one who really excited about the news. Oh,ya! My husband, he was so shocked, can't say anything other than hugged me and kissed my belly. Saying,"Saya nak jadi ayah? Dalam ni ada anak ayah?"

That day was Thursday. 19th May 2016. Aku dikecualikan dari join fire-drill. Right before the bell ring, I vomited. My breakfast all gone. Started that day, the nightmare began.

Me not myself anymore
I hardly can't handle my body, my emotional. Rasa macam bukan diri sendiri. Selalu MC.  Oh, yes. Lupa nak bagitahu. Kitorang ada pergi klinik. Dekat Taman Permata. Masa tu doktor gantian rasanya. Dia scan, check kiraan period. She said something terrible. Something like yang baby ni tak membesar ikut aturan pembesaran. Probably tak selamat. She asked us to check and probably kena gugurkan. Hancur hati. Gara-gara aku kata aku pernah sakit perut yang amat. Tapi tak ada pendarahan pun. Doktor tu assume macam tu.

My Nightmare of Ramadhan
Day after day. My May was just a starter of my sickness. I rarely come to work. On off. 6th June 2016. First day Ramadhan. Tengah aku bersiap nak ke pejabat, aku rasa tak sihat sangat badan ni. Pergi klinik dekat Boulevard, tutup. Dekat parking kereta juga aku muntah. Husband bawa aku ke klinik dekat Taman Permata. Doktor suruh aku ke hospital bahagian emergency terus, suruh check segala. Aku tak ingat pasal apa tiba-tiba doktor suruh husband bawa aku ke sana.

Masa tu petang dalam pukul 2. Pergi ke Hospital Kuala Lumpur. Lama juga tunggu giliran. Mas tu aku betul-betul tak tahan dengan badan aku. Masa tu aku dah buka puasa minum seteguk air. Tapi macam tak cukup. Tiba turn aku, doktor tanya ku berapa kali muntah, dia scan perut, dia minta air kencing. Aku kena masuk air dengan ubat tahan muntah. Paling aku tak tahan, bila ubat tahan muntah dicucuk dalam air. Aku dapat rasa ubat tu masuk dalam saluran aku. Badan jadi sakit-sakit. Aku cakap aku tak tahan dekat husband. Husband suruh sabar. Dia belikan aku roti dan air. Dia bagitahu aku, result air kencing aku tak cantik, dehydrate teruk. Kena masuk wad. Terkejut aku. Aku cakap aku nak balik. Husband pujuk suruh aku masuk wad. Dalam wad, aku merengek dekat husband, minta bawa aku keluar dari wad ni. Husband pujuk lagi. Dia kata, kalau masuk wad, nanti cepat sihat. I know, he was so worried about me and the baby. He's struggling too. He sacrificed his work, taking leaves so many times to take care of me. 4 hari aku di wad. Sepatutnya 3 hari je. Tapi hari keitga, right after doktor kata aku boleh balik, tiba-tiba aku kena strike temperature. Aku menggigil kesejukan padahal HKL tu panas kot. Payahnya aku dekat wad, MasyAllah. Nak mandi susah. Sebab kena heret sekali bag air tu dengan jarum kat tangan.

2 months of stressness
Hampir 2 bulan aku tak pergi kerja. Aku memang tak larat nak bergerak. Makan tak lalu. Muka aku mengecut, berat badan turun. Tengah malam husband kejut untuk makan ubat tahan muntah. Gighnya dia jaga aku. Dalam masa sama, emosi aku terganggu sangat. Sebab rasa aku bukan macam aku yang dulu. Tak aktif. Asyik sakit. Part makan paling seksa. Sebelum makan stress sebab tak tahu nak makan apa. Masa makan, stress sampai menangis sebab tak lalu nak makan tapi kena makan. Selepas makan, stress sebab perut rasa tak sedap. Hormon air liur melanda masa bulan kedua. Air liur asyik penuh tak berhenti berkumpu dalam mulut. Nak telan tak dapat sebab jadi loya. Korang bayangkan, baru je ludah, tak sampai 2 minit, dah penuh air liur dalam mulut. Sampaikan aku terpaksa bawa plastik ke mana-mana. Nak bercakap dengan orang pun susah. Cakap dengan suami guna bahasa isyarat, kadang-kadang taip dekat handphone. Gula-gula kena selalu ada kalau keluar or nak bercakap dengan orang. Bertambah stress bila orang sekeliling push aku itu ini. Lagi-lagi bab kerja. Office dok tanya sampai bila cuti, Padahal dah jumpa HR manager, minta pelepasan untuk work from home. Tapi tunggu punya tunggu, laptop tak dapat. Last-last bulan Ogos aku  masuk kerja akibat dah tak tahan denga surrounding. Of course, husband tak setuju aku pergi kerja dengan keadaan aku yang tak menentu. Tapi aku pujuk dia, yakinkan dia, InsyaAllah aku okay.

6th July 2016. Raya pertama. Baju nikah je pakai gara-gara malas and tak larat nak keluar shopping. Masa ni dah boleh makan sikit. Tengoklah dekat tangan ada kuih raya. Nak hilangkan rasa mual. Masa ni hormon air liur melanda.

Sekarang dah hujung bulan September. Masih ingat lagi saat aku morning sickness di office. Jarang di workplace, Asyik dekat toilet je muntah-muntah, mencangkung sorang-sorang menahan sakit nak muntah. Belum lagi menahan loya orang membuang dekat toilet sebelah. Makin loya aku. Alhamdulillah, walaupun kadang-kadang datang sakitnya macam badan rasa lemah semacam, tak pun sakit pinggang or sakit kepala. Aku masih boleh stay dekat pejabat walhal tak ada kerja nak buat.

Dilema of a Wife and a Daughter
One day, leader aku bagitahu aku bad news. Kemungkinan kontrak aku tak disambung. Adoihhhh ..Sorry. Anak menggeliat ke apa entah, ditolaknya perut aku. Mengeras..........
Okay sambung. Aku macam dah ready dah. Sedih tu tak. Tapi lebih pada risau. How to survive? Aku masih perlu tanggung ibu bapa aku serta adik bongsu aku yang masih belajar dekat politeknik. Parents aku tak nak aku berhenti kerja. Especially mama. Dia macam...amboi..anakku.. bergelora perut mak. Jap, mak tengah blogging ni. Sat norh, pujuk anak dalam perut jap.
Okay. Mama tak nak aku jadi macam dia which is as housewife tapi husband nak aku jadi housewife yang berjaya. Dilema weih. Sekarang syurga dekat tapak kaki suami tapi aku tak boleh nak tak endah je permintaan parents. Plus, hutang aku banyak. Kereta, PTPTN. Okay tu je. Cuma kalau tak bekerja, macam mana nak bayar kereta. Nanti parents tak ada transport nak ke sana sini. Kalau aku tak kerja, nanti bajet perbelanjaan parents dan adik terhad ibarat satu mulut tak dapat makan. Kalau aku tak kerja, macam mana nak bayar PTPBODOH tu yang dah heret ke CCRIS. Caj perkhidmatan je hampir RM50. Insurans 96 sen. That's bila dapat tahu adik ambil PTPTN, aku rasa down jap sebab tak nak dia merana macam aku.

There're someone talking to me
Sekarang aku tengah risaukan apa akan jadi pada aku selepas aku beranak nanti. Memang Allah dah aturkan segalanya. Cuma aku ni haa.. Dah ready ke nak hadap? Bertambah risau bila baca part eroyan after beranak gara-gara tak dapat kawal emosi. Yes, masa 1st trimester, aku menghadapi masalah nak kawal emosi. Ada satu malam, tengah malam aku menangis macam orang tak betul, tiba-tiba aku mendengus sorang-sorang, pandang kiri kanan, tutup telinga sebab dengar suara lain. Suara kata-kata paksaan, negatif, suara kata-kata orang sekeliling yang suruh aku buat itu ini. Aku tak tahan sangat sebab aku sorang je dengar, husband aku tak. Aku hampir pukul perut aku, kata anak jahat buat aku macam ni. Jahat betul aku. Aku yang jahat. Aku meronta-ronta. Husband aku peluk aku kuat-kuat. Baca ayat suci, suruh aku beristighfar. Aku nak, tapi marah aku lagi kuat dari dengar suara husband. Husband minta aku pandang dia. Aku dengar, tapi aku macam tak boleh nak turut cakap dia. Aku just tarik rambut aku, tutup telinga aku. Scary kan? Tu lah. Silap aku. Iman tak kuat. Time macam ni lah 'dorang' suka nak kacau and hasut. Husband dapat tenangkan aku. Sambil dia baca ayat-ayat suci, dia minta aku minum air yassin yang mama bekalkan. See. Mak aku pun tahu aku mungkin akan beremosi. Sebab tu sediakan berbotol air yassin. Tapi aku minum sikit je. Sebab aku seriau nak minum sebab kes aku minum air kosong, aku muntah balik.

Dugaan. Untuk aku. Dan suami. Kesian husband. Dia stress. Sampai naik darah tinggi. Sampai minta surat doktor untuk dia buat check up pasal stress level. Dia stress more to his work. Tapi dalam masa sama risaukan aku. Kami baru kahwin 5 bulan. Sebulan selepas berkahwin dah hadap dugann morning sickness. Bulan kedua hadap dugaan sakit sampai masuk wad. Bulan ketiga hadap dugaan orang office dan workload. Alhamdulillah, kami dapat hadapinya.

Sekarang, aku ligat nak berjalan. Walaupun tak larat kaki ni, tapi nak berjalan bercuti je rasa. Bulan Ogos hari tu, pergi bercuti di Desaru. Lotus Desaru Beach Resort dengan family-in-law. Hormon air liur masih melanda. So, pergi mana-mana bawa plastik kecil. Malu je.

Vacation pertama selepas morning sickness. Tak dapat nak join mandi-manda, mahupun berkaraoke.


Berjalan-jalan dekat Dataran Pahlawan Megamall dan sekitarnya. Ni baru lepas pergi kenduri kahwin kawan baik husband dekat Batu Pahat. Dua minggu lepas pergi Desaru.
Bulan September, Babymoon fasa pertama katanya. Pergi Gold Coast Morib Resort sebab nak rasa angin laut. Plus masa tu ada promosi Merdeka. Pergi dengan husband and mama abah serta adik-adik.
Weekend end of September. Gaji tak masuk lagi. Tapi gatal nak berjalan juga, plus jealous parents bercuti ke Sabah. Korek duit tabung, ajak husband berjalan dekat Genting Highland. 

Budak ni bakal keluar bulan Januari 2017. Harap sangat semuanya berjalan lancar. Semoga aku beranak normal. Semoga aku gagah.


Ticha says: Mungkin dugaan ni cara untuk aku matang dan berani nak menghadapi dugaan lebih besar sebagai ibu.

Wednesday, 9 March 2016

Bila Aku Mulai Bertanya

Salam sejahtera semua.

Jadi, ini puisi aku yang tak seberapa, buat kita semua, pasal persoalan yang selalu diajukan atau kita ajukan, atas sebab ingin tahu, atau sebab ingin bergurau, atau sinis, entahlah.

Ini puisi lebih kepada cerita aku.
Mungkin agak pening sikit.
Tak apa, perlahan-lahan baca..
Mungkin ada antara kita pun pernah lalui perkara macam yang aku lalui.

Bismillah...


Bila ibu mulai mengandungkan ku,
Bila mereka bertanya,"Puterikah barangkali?"
Bila ibu mulai melahirkan aku,
Bila mereka bertanya,"Lalu akhirnya sang puteri?"
Bila aku mulai mulai merangkak,
Bila mereka bertanya,"Apa sudah bertateh?"
Bila aku mulai menuntut ilmu,
Bila mereka bertanya,"Apa kamu anak yang bongsu?"
Bila aku kelihatan kerdil,
Bila mereka bertanya,"Apa kiranya tinggimu?"
Bila aku mahu berlari,
Bila mereka bertanya,"Apa pantas langkah kaki ketotmu?"
Bila aku juara larian,
Bila mereka bertanya,"Apa tubuhmu bak debu pelepah?
Bila aku mahu berkawad di dataran,
Bila mereka bertanya,"Apa tidak kecil kah tubuhmu?"
Bila aku juara dan mengetuai barisan,
Bila  mereka bertanya,"Apa tidak padannya dengan tubuh kerdilmu?"
Bila aku mahu menari,
Bila mereka bertanya,"Apa tetamu mampu melihatmu?"
Bila aku mahu bergaya,
Bila mereka bertanya,"Apa pakaianmu dari anak kecil?"
Bila aku mahu menutup auratku,
Bila mereka bertanya,"Apa pakaianmu pinjaman orang?"
Bila aku mahu memperoleh pekerjaan,
Bila mereka bertanya,"Apa kudratmu lakukan tugas ini?"
Bila aku berlemah lembut,
Bila mereka bertanya,"Mengapa kamu kelihatan lemah?"
Bila aku bertegas kata,
Bila mereka bertanya,"Apa padannya si kerdil dengan sikapnya?"
Bila aku tiada pasangan,
Bila mereka bertanya,"Apa mungkin mereka fikirmu anak kecil?"
Bila aku mulai mengenali arjuna,
Bila mereka bertanya,"Apa itu temanmu?"
Bila aku mulai berpacaran,
Bila mereka bertanya,"Kapan purnama mahu diikatkan?"
Bila aku mulai berjanji kasih,
Bila mereka bertanya,"Kapan dekad mahu disatukan?"
Bila aku mulai menyampaikan khabar pernikahan,
Bila mereka bertanya,"Andai aku ada waktunya untuk ke keraian mu,"
Bila aku sudah bersuami,
Bila mereka bertanya,"Apa sudah berisi?"
Bila aku masih belum dikurniakan rezeki,
Bila mereka bertanya,"Apa kalian bermasalah?"
Ya, setiap langkah kita, setiap perancangan kita,
setiap jalan cerita kita, setiap titik tindakan kita,
setiap itulah, dan setiap darinya punya setiap persoalan,
punya setiap dipersoalkan, punya setiap pertanyaan,
punya setiap tersiratnya,
dan dari setiap itulah,
punya hati yang terluka, punya hati dilukai, punya hati yang runtun jiwanya,
punya jiwa yang kian lemah, punya lemah membawa ke akhirnya,
punya akhir yang durhaka.
Bila aku mulai menerima semua,
Bila aku mulai enyah segala hingar,
Bila aku mulai mencarik bisa,
Bila aku mulai tebarkan jala sunnah,
Bila aku mulai lebarkan barisan sabda,
Dan bila aku mulai bertanya pada mereka,
"Apa kamu mempersoalkan kerja Dia, Tuhanmu?"


-Syahira Normah, 8 Mac 2016-

Sekian, harap dapat faham. Teehee~


tichasays: Memang manusia terlalu tinggi curiosity nya. Tapi, budi rasa kena tinggi juga ya.


Tuesday, 16 February 2016

Kamu harus ada To-Do List, Wahai Bakal Pengantin - OMGTichaIsGettingMarried

Jadi entry ini hanyalah satu benda yang saja-saja aku nak share.

Masa dekat office petang tadi, aku chatting dengan kawan office aku menggunakan web.whatsapp .
"Lorh, kenapa tak guna je Whatsapp handphone?"
Sebab nanti kantoi lah dengan bos. Plus lagi senang nak taip panjang. AHAHAHA!

Aku luah lah perasaan aku yang agak tegang ni akibat kekusutan jiwa mengingatkan banyak lagi kerja kahwin nak kena settle.
Yes, memang kahwin dalam Islam ni mudah. Tapi, bila masuk undang-undang, jadi rumit juga tau!
Aku ingat nikah macam tu je. Rupanya banyak betul borang nak kena isi. Dah selesai borang pihak lelaki, kita pula isi borang. Dah isi borang, minta signature kariah masjid, saksi semua, hantar ke pejabat agama Selangor. Hantar pula ke Jawi, isi borang lagi, bayar borang lagi, jumpa tok khadi pula. Panjang prosesnya.

Kisahnya aku cerita betapa aku agak dissapointed when some of our plan messed up.
Dan aku rasa agak lonely sebab fikir 'Apasal kau nak stress tetiba padahal semuanya ada, kan?'
Mungkin sebab bila aku tengok kalendar, less than 50 days left utk buat segala benda like fitting baju, ambil kad kahwin, food testing, meeting dengan orang dewan, meeting dengan family, fikir pasal doorgift dah di finalize by my mama ke belum, fikir nak set up kan appoinment Si Hati dengan tok khadi, plan tentatif honeymoon, all the payment yang belum settle, tudung untuk 3 majlis belum cari, veil nikah belum cari, baju nikah tak ambil lagi, manik belum jahit ahhhhhhhh!!!!

Then, my friend ni suggested me to make a To-Do List and share it with my fiance.
Masa tu aku rasa, kenapa aku tak terfikir semua ni?
Selama ni dok pendam sorang fikir segala kerja, even dah alert kan Si Hati pasal certain date for a certain task pun, kadang-kadang macam tak fungsi saja sebab dia lupa.

So, I created a To-Do List. Lebih kurang macam ni lah,

OMGTichaIsGettingMarried

Aku buat, kemudian aku send excel ni pada Si Hati via email.
Memang pada mulanya aku memang tak nak senaraikan segala kerja dan bagi pada Si Hati sebab aku fikir dia dah beban dengan kerja di pejabat dan kerah tenaga nak kumpul duit.

Tapi, at least, benda ni dapat bantu dia supaya benda-benda penting ni, kalau dia tak ingat, ada orang boleh ingatkan. Dia tak ada masa nak buat semua ni, jadi ini tugas aku untuk bantu dia walaupun tak secara langsung.

Bila buat benda ni, aku boleh nampak jelaslah steps aku dalam nak selesaikan kerja, uruskan masa dan tahu siapa yang terlibat. Which is really gives benefit to me!

Kesimpulan di sini, buat To-Do List, jangan jadi macam aku sentap sorang-sorang, naik jerawat segala akibat kesengalan sendiri.

Well, less than 50 days to go!



Tuesday, 2 February 2016

My DIY Pre-Wedding Photoshoot - OMGTichaIsGettingMarried

Counting Days



Yaaaa!!! Less than 3 months???
Okay, fuuh.. Sedapkan hati.
Lagi 2 bulan.
Weyyyyy tak menyedapkan hati langsung!

Kejap, sakit perut. Pi ladies sat.
.............................................

Okay, kita teruskan dengan topik kita iaitu Ticha's DIY Pre-Wedding Photoshoot.
DIY tak DIY sangatla. It's just Ticha tak upah jurugambar profesional.

So, siapa jadi jurugambar untuk sesi bergambar ni?

Photographer: Cousin Ticha - Faizal dan dibantu oleh adik aku, Jikeri Jikeri Puff. LOL.

Benda pertama yang aku buat ialah dengan menentukan TEMA.
Macam-macam tema keluar. Winter Sonata lah. Korean drama lah. Back to School lah. Twilight pun ada. Fairytales.

Lastly, akibat fikirkan bajet, bajet, bajet.
Tema yang dipilih; Vintage Picnic. Ambil era 40 an.

Secondly, menentukan siapa yang akan ada dalam kumpulan ni dan tugasannya.
Pembantu aku ialah cousin aku juga, Nad dan buah hati si photographer, Sha.

Third, tempat.
Mula-mula plan nak ke Genting Highland, konon nak buat Fairytales. Tapi memandangkan Genting macam banyak sangat construction, jadi cancel.
Pilihan tempat; Taman Botani, Putrajaya.

Keempat, plan segala tentatif. Contoh, kostum.
Aku pun Google lah pakaian yang sesuai untuk tema Vintage ni. Baik lelaki, baik perempuan.
Antaranya;
Contoh dress perempuan.

Contoh pemakaian untuk lelaki.
Aku ada juga search beberapa pose untuk dijadikan panduan, jadi tak menggelabah,"Nak shoot gaya apa ya?"
Antaranya;


Seterusnya, props! Sangat penting untuk hidupkan suasana vintage picnic.
Jadi, aku pun buat research dan bertanya pada saudara terdekat kot-kot diaorang ada barangan lama.
Untuk hal ni, aku dapat sumbangan dari abang dan kakak ipar. Dekat rumah diaorang, aku perasan ada botol-botol air yang rekaan lama macam Coke, Sprite. Dan signboard iklan susu zaman lama punya.

Props untuk photoshoot ni pun kena ada. Macam hiasan bunga, buku, alphabet materials ke.

Makanan-makanan untuk piknik kena ada. Jadi, aku beli French Bread dekat Hero Supermarket, RM2 lebih je. Air sparkling, kek (tapi lupa bawak masa photoshoot T_T) , buah-buahan yang dibeli dekat pasar tani depan pejabat.

Utensils pun kena ada, contoh gelas, cawan corak Vintage (mak punya), sudu, piring.
Bakul rotan pun ada. Bakul yang mak beli untuk letak gift masa aku tunang hari tu.

Last but not least, tikar or kain alas untuk piknik. Tapi, dalam photoshoot ni aku guna throw warna merah yang aku beli dekat Ikea, jadi hiasan katil. Sonang, guna apa yang ada je.
Mula-mula nak pergi Kamdar beli kain petak-petak tu. Tapi, masuk bilik, nampak throw tu, senyum sinis. I'm sorry babeh.


Picnic Decoration
Untuk nampak aku ni semangat sangat, aku buatlah tentatif menggunakan Power Point.

My DIY Pre-Wedding Photoshoot - OMGTichaIsGettingMarried

Bila tiba hari tu, kami pergi 2 kereta. Bertolak pagi sebab tak nak nanti berlarutan ke tengah hari. Masa tu pun, paginya dah rasa bahang.

Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Walaupun aku dengan Si Hati malu-malu nak bergambar posing sakan, tapi okaylah. Walaupun tapak kasut Si Hati tertanggal, dia gagahkan juga dan senyum.

Jadi, sempena 60 days more to go, inilah hasil photoshoot tu. Vintage Picnic.

My DIY Pre-Wedding Photoshoot - OMGTichaIsGettingMarried



My DIY Pre-Wedding Photoshoot - OMGTichaIsGettingMarried

My DIY Pre-Wedding Photoshoot - OMGTichaIsGettingMarried

My DIY Pre-Wedding Photoshoot - OMGTichaIsGettingMarried

My DIY Pre-Wedding Photoshoot - OMGTichaIsGettingMarried

Hehehehe yang ni gambar biasa biasa je.


My DIY Pre-Wedding Photoshoot - OMGTichaIsGettingMarried

My DIY Pre-Wedding Photoshoot - OMGTichaIsGettingMarried

My DIY Pre-Wedding Photoshoot - OMGTichaIsGettingMarried


Lepas habis photoshoot, terus pergi IOI Mall, makan mi. Dalam kereta, masing-masing dah pengsan. Hahahaha!

My DIY Pre-Wedding Photoshoot - OMGTichaIsGettingMarried
My Marvelous Crew
Thank you so much to my superb crew! Mmuah mmuah..puiihh..Hahaha!

Itulah kisah angan-angan si Ticha nak ada pre-wedding photo tapi bajet tarak!
Nasib baik ada sepupu yang baik hati sudi tolong aku. Lap you guys!
Terima kasih juga pada yang meminjam dan menaja barang-barang macam ukulele, segala botol air, papan iklan susu, suspender dan topi serta stools.
Tak lupa yang sanggup bangun pagi padahal malam tadi tengok bola.
Perah keringat dan otak fikirkan idea.

Minta maaf kalau ada yang kurang.

So, siapa kata tak boleh buat sendiri? Hehhehe!


Ticha says: Masa ni lah tahu betapa pentingnya ikatan persaudaraan.