Wednesday 25 February 2015

Ke Universal Studios Singapore ke Kita? - Mukasurat 2

By Ticha!

10 tahun yang lepas, pada tarikh 26 Februari, berikut adalah hari jatuhnya tarikh 26haribulan Februari ini;

By Ticha!

Kalau tak ada tahun lompat, mungkin susunan harinya teratur. Tapi itu yang menarik pasal Februari ni. Dan Selamat Hari Jadi, CL, penyanyi kumpulan 2NE1 yang lahir pada 26 Februari 1991. Muda lagi ya kau ni. Sebaya adik aku. 생일 축하합니다 , CL-shi. 생일 축하합니다! 항상 건강하시고 행복하세요!

-Tamat mukadimah mukaciklimah-

Sambungan kepada perjalanan aku dari Kuala Lumpur ke Larkin. 
Pagi tu aku bangun tidur sama seperti nak pergi kerja. Tapi kali ini bangun dengan penuh semangat. 
Selalunya kalau bangun nak pergi kerja merungut sejuklah apalah malas nak mandi padahal ada pancuran air panas. Tapi, kali ni bangun semangat nak mandi walaupun air pagi yang sejuk ditambah masa tu lampu bilik air tak dapat nak menyala sebab eletrik tak masuk. Mandi dalam gelap dan sejuk. Tiiba rasa nikmat. 

Pukul 7.45 pagi (lebih kuranglah sebab plan nak keluar 7.30pagi), suami Qila, Yun hantar kami bertiga ke CIQ atau Gerbang Selatan Bersepadu, tempat kastam, imigresen dan kuarantin. Sebelahnya ialah JB Sentral. Terima kasih suami Qila.

Bila masuk laluan nak ke bahagian imigresen Qila kata,"Nanti kau dengar lagu klasik, diaorang pasang." Tapi, yang kedengaran, "Ni bukan lagu klasik, ni lagu rock leleh ni Qila." Ya, lagu rock sentap kedengaran di ruang imigresen. Kumpulan mana, aku tak pasti. I don't give a damn care about rock leleh.

Aku nampak ruang yang macam pagar masuk LRT dekat depan aku. "Nanti kau masukkan passport kau dalam lubang tu." Qila dan Izan banyak bagi panduan dekat aku bak pemandu pelancong berkaliber. Aku ikut saja telunjuk dan buntut diaorang. Aku masuk dekat tempat pagar tu. Dua-dua pagar tertutup. Aku masukkan pasport baru aku ke dalam lubang yang Qila kata. Okay. Tunggu. Tak ada apa-apa terjadi. Tertulis pada skrin 'Selamat Jalan'. Heh?? Aku tak mampu nak buat apa-apa melainkan keluarkan balik pasport aku dan masukkan semula. Pagar masih tertutup. Dem. Aku terperangkap. Pasport aku tak laku ke? Qila dan Izan pergi mencari pegawai untuk bantu aku. Aku fikir guna otak. Aku keluarkan pasport, aku lompat-lompat sikit. Dan tulisan pada skrin berubah. 'Sila masukkan pasport anda...' 

"Macam mana kau buat?" Tanya Qila. Aku kata,"Aku lompat-lompat. Aku rasa dia tak detect aku." Okay, itu lawak. Mesin, kau bias.Aku pun manusia berjisim dan berat.

Qila bagi aku kad yang ala kad RapidKL. Untuk naik bas ke stesen MRT di Singapore. Tapi akan singgah di Pusat Imigresen Woodlands. Dekat situ, kami kena isi borang dan pergi ke kaunter untuk semakan pasport dan beg. Masa aku nak ke arah pusat imigresen tu, aku nampak banting tertulis tidak dibenarkan membawa pepper-spray. "Mammpus. Aku ada bawa!" Aku cuak bila teringat yang aku memang bawa benda alah tu ke mana-mana sebagai perlindungan. Pengakhiran hidup sebuah penyembur cili: Buang. Emmmaaakkk.~~

Naik semula bas dan menuju ke stesen MRT Singapura. Aku tak pasti dekat mana. Jurong East Station mungkin. Ambil masa hampir sejam juga untuk menuju ke Harbour Front station memandangkan kena tukar stesen dari North-East Line ke Circle Line. Kenapa naik MRT? Saja kami cari pasal. Eh, bukan. Aku nak merasa naik MRT dan saja nak mencabarkan perjalanan ni.

By Ticha!
Menunggu MRT itu satu peluang bergambar secara sorok-sorok sebab masih malu-malu nak berlagak pelancong

By Ticha!
Qila baca buku Dari Tanjung Malim ke Kuala Lumpur. Izan tengok cerita Korea. Aku seorang je melangok tengok orang Singapura.

Sampai Harbour Front, kami ke Vivo City. Pada mulanya nak naik monorail. Tapi bila tengok ramainya manusia dan kekangan wang, kami putuskan untuk berjalan kaki ke Sentosa - USS. 
By Ticha!
Gambar wajib kalau jadi pelancong luar negara.

Pemandangan dari luar Vivo City. Yang tali-tali tu kereta kabel. Qila kata ni laut. Aku ingatkan tasik. Teehee.

Aku pun turut berpura-pura lagak pelancong luar negara.

Dalam 20 minit jugalah kami berjalan tapi tak membosankan sebab pemandangan cantik. Dari jauh dapat nampak roller-coaster USS. Dan juga istana Far Far Away, tempat penting bagi aku untuk lawat. Plus, ada escalator yang macam airport semasa kami berjalan. Jadi, tak rasa hangok' sangat.

Bila nampak mercu bebola Universal Studios, aku rasa macam tak percaya. Aku depan bola bergerak tu! Kami mulanya beratur depan kaunter untuk membeli pas ekspres dimana kalau kau ada pas tu, kau boleh jimat masa beratur sebab ada laluan khas. Tapi, ada seorang mak cik cina ni kata beli dekat dalam USS. Kami yang memang dari awal dah beli tiket USS secara online (RM155.00) terus beratur untuk masuk. Izan pergi bertanya pada orang mengenai pas ekspres, dan kami dapat tahu harga pas ekspres dinaikan sempena season day iaitu Tahun Baru Cina. Tahu berapa dollar? Dari $30 ke $60. Kami macam, "What???" Tak sanggup nak convert jumlahnya pada Ringgit Malaysia.

Jadi, kami redha. Tak, kami tengok dulu keadaan di dalam macam mana. Masuk je USS, dah rasa macam negara omputih. Aku nampak papan tanda gambar Elmo dari Sesame Street. Itu adalah Space Chase. Aku nampak banyak papan tanda yang selalu aku nampak dalam TV je. Hiasan pada hari itu lebih kepada tanglung. Raya cina kan. 

By Ticha!
Tanglung,lung,lung. 
Aku dah berjaya ke Universal Studios Singapore!

Ada permainan yang buat aku lencun dan kami terpaksa akur dengan jumlah dollar itu. Bersambung...


Tichasays: Kalau nak melancong, adalah sangat afdal membawa orang yang pernah ke situ. Kalau tak, belajarlah betul-betul pasal selok-belok jalan di negara itu. 

Tuesday 24 February 2015

Ke Universal Studios Singapore ke Kita? - Mukasurat 1

Ticha

Hari ni 24 Februari 2015. Horoskop - Pisces a.k.a ikan. Kalau orang Teganu, ikang. Kalau orang Klate, ike. Kalau mat saleh, ee-can.
Horoskop kata kalau orang yang lahir hari tarikh ni, katanya penuh dengan kreativiti dan tahu apa yang dimahukan dalam kehidupan.Macam kalau waktu makan, kau rasa nak makan roti naan tandoori.Kau tahu apa yang perut kau nak. Tapi orang yang lahir pada tarikh ni kadang-kadang tak boleh putuskan mana satu hala tuju seterusnya. Macam lepas kau dah makan, kau nak masuk pejabat balik ke, singgah kedai buku beli buku Tandoori Nan Sekeping.

Ini buku Tandoori Nan Sekeping. Abang aku salah seorang penulisnya.

-Tamat cerita horoskop sebagai mukadimah mukamaklimah-

Hari Rabu, bertarikh 18hb Februari 2015, pergi kerja macam biasa, tapi, aku bawa dua beg! Satu beg baju yang besar untuk saiz badan aku;terima kasih buat adik bongsu aku sebab bagi pinjam beg sekolah dia, dan satu beg kerja. Dengan gigih aku bawa, naik LRT Putra sampai ke Pasar Seni, naik bas ke tempat kerja. Aku macam lari dari pejabat, bukan lari dari rumah ya.

Dengan harapan dapat separuh hari atas ikhsan bos besar sempena esoknya Tahun Baru Cina, hampa. Takdo! Tapi! Tiba-tiba, ketua bahagian aku yang cuti sakit hari tu, telefon aku suruh aku pergi jumpa client untuk dapatkan DVD, dan suruh aku terus balik lepas dapat DVD. DVD dokumen ya, harap maklum.
Aku macam, ikan yang tersekat dalam jala, dapat meloloskan diri ke laut semula. Hari ni tema ikan ya para pembaca sekalian. *kriuuukkkk lapar*

Pukul 2 lebih aku tergopoh-gapah keluar dari pejabat melarikan diri daripada disoal oleh ketua projek si mat saleh botak yang menggelabah itu. PungpangPungpang, Let's Go!  Naik teksi ke Stesen LRT Masjid Jamek untuk menaiki LRT STAR ke Terminal Bas Bandar Tasik Selatan (TBS). Pinggang dah sakit menahan dua 'anak' yang dikendong ni. Harap bakal suami tak kisah dukung anak sepanjang masa.

Sampai saja di Terminal Bas TBS, yang kalau pertama kali datang tu fikir,"Macam airport lah!", aku terus cari kaunter bas Causeway link. Tengok jam pukul 4. Tengok atas meja kaunter ada tanda tulis KL-Larkin 4.30pm Non-stop. Wow, kan seronok dapat tukar masa tiket aku dari 7 pm ke 4.30pm. Tapi, bila ditanya, ~Awak kat mana?Awak, awak kat mana?Yeeaa~ Eh, bukan tu soalan aku. "Boleh tukar masa bertolak tak?" Perempuan dalam kotak kaunter tu senyum kecil menggelengkan kepala. Aku tanya lagi, "Kalau saya nak naik bas cepat sikit, saya kena beli tiket barulah ya?Tak boleh tukar?" Jawapannya, Ya, Tak boleh. Auwwwww.... Aku duduk fikir. Aku mesej buah hati aku pasal ni, dan balasan mesejnya buat aku terus bangun dan beli tiket baru yang berharga RM34.10. Demi nak sampai Johor waktu malam dan bukannya lewat malam. Aku kesiankan Qila nanti nak menjemput aku tengah malam kalau bertolak pukul 7 malam (berapa kali nak taip 'malam' ni?). Dah lah esoknya raya cina. Memang tak boleh nak jangka keadaan jalan raya. Ibarat makan ikan masak sambal, tak tahu bila tinjanya akan keluar. K bye.

Naik bas, tiba-tiba dapat panggilan dari pejabat. Mammmmmmpus. Ada isu ke? Pembantu pejabat tanya sama ada aku masih dekat pejabat client atau tak sebab mat saleh botak cari. Mammmmpuss.. Aku terus telefon ketua aku dan minta pandangan dia. Sebab dia yang suruh aku balik terus kot. Dan dengan baik hati dia mengajar aku cara nak menipu. High five! Tapi serius selama sejam jantung berdebar, hati rasa tak sedap.

Pengalaman dalam bas: Sangat tak tenteram bila ada sebuah keluarga dengan anak kecil asyik buat bising tapi ibu bapanya sekadar,"Eh, janganlah kacau orang". Tanpa tanda seru ya. Oi, anak kau tengok kartun kuat-kuat, anak kau main sentuh-sentuh kepala aku, volume MP3 aku dah habis kuat tapi still dengar bunyi tablet anak kau.
Dan, tipu. Kata non-stop. Tapi berhenti ambil penumpang dekat Melaka Sentral.

Aku sampai Stesen Bas Larkin lebih kurang pukul 9 malam. Aku pening, mabuk, dan mamai, ekor je seorang perempuan ni. Aku teringat yang Qila ada suruh aku tunggu dia di restoran McDonald. Akhirnya, pertemuan antara aku-Qila-Izan. "Weih, jom kita pergi beli roti"

Sepanjang aku di Johor Bahru, aku dan Izan menumpang rumah Qila.
"Okay, malam ni kena tidur awal."
Pukul 12 tengah malam, bunyi mercun di hadapan rumah Qila masih kedengaran. Errkkkkkkkk..... habislah aku mata merah esok.

Ada sesuatu yang terjadi masa di imigresen. Bersambung....

Tichasays: Maaf sebab mukadimah mukamaklimah aku pasal tarikh 24hb tapi keluarkan entri pada 25hb.
Untuk entri Ke USS ke Kita pendahuluan >>> Ke USS ke Kita?

Saturday 14 February 2015

Teruja ja ja jaaaaa stop!

Aku bila teruja buat sesuatu
Aku mesti nak buatnya waktu itu juga
Aku akan minta tolong orang
Walaupun kadang kadang tak kena waktu.

Aku teruja bila dia kata
Dia nak nikah dengan aku tahun ni
Bertambah teruja bila dia kata
Bulan 10

Bagi aku,
Bila fikir balik
Tak make sense nak buat majlis
Macam yang aku angan angan kan
Dalam tempoh kurang setahun

Aku bertambah geram
Bila dia kata ini kerja senang je
Bertambah tambah geram
Bila dia kata aku ni saja peningkan kepala
Bertambah tambah tambah geram
Dia suruh aku slow down
Bertambah tambah tambah tambah geram
Bila dia buat aku rasa macam pathetic

Gila
Lama kot aku tunggu
Nak plan majlis kahwin sendiri
Macam yang aku idamkan
Kalau boleh nak kurangkan kerosakan atau kesilapan
Yang mungkin buat aku rasa menyesal
Lepas majlis nanti
"Ahhh patut aku buat macam ni"
"Kan best kalau dulu aku buat macam ni"

Hmmm...macam tak mungkin kan?

Keterujaan aku terhenti kerana diberhentikan oleh calon suami aku sendiri.
Aku terujaaa jaa jaa...then dia kata Stop!

Great.

Tuesday 10 February 2015

X-ray yang Seksi...atau Seksa?

Hari ni aku semput.
Hari ni aku sesak nafas.
Hari ni cannot go lah sakitnya.
Aku Spark kawan aku.
Kata aku tak tahan, nak pergi klinik.
Dia jawab pendek, 'Go'
Terus menangis. Tak sangka aku dapat sokongan dari bukan darah daging aku.
Aku pergi.
Aku tak suka jumpa doktor.
Aku tak lah banyak duit.
Jadi, kebanyakan sebelum ni, aku selalu pergi klinik murah, atau kerajaan.
No offense, but there were some totally jerk and douche.
Without taking any initiative nak tahu aku sakit apa, spekulasi saja mereka dapat buat.
Bazir belajar kedoktoran.
Kali ni aku nekad nak paksa doktor bagitahu apa sebab aku macam ni.
Disebabkan paksaan aku dan mungkin doktor klinik panel company aku ni nampak kesungguhan aku, dia minta aku buat xray.
Credit buat doktor klinik panel yang pandang mata aku masa aku luahkan masalah aku.
Walaupun mulanya dia pun kata,'Tak ada apa apa. Paru paru tak ada bunyi, jadi bukan athma'
Aku tanya balik, kalau bukan, apa sakitnya? Ada ubat atau apa apa yang dapat hilangkan sesak nafas? Aku tahu dia tak dapat jawab. Aku nak dia pun berusaha untuk cari penyelesaian, sama macam aku. Apa, ingat senang ke aku nak gagahkan diri pergi klinik terhanguk hanguk sosak napeh den
Xray dekat tempat lain.
Dorang tak ada alat tu.
Bos bagi keluar awal. Yeay.
Xray.
Aku tak suka.
Sebab kena bogel.
'okay tukar baju jubah tu. Tanggal semua termasuk bra dan rantai ya'
Kata singh tu.
Balls. Kau memang berani arah macam tu. Tahniah. Kalau aku, mesti cakap berlapik.
Dia suruh relax kan badan. Tarik nafas dalam dalam. Aku jadi nervous bila singh tu tiba tiba bagi arahan macam nak marah. Kuat gila suara.
Tunggu kat depan meja receptionist.
Muka bajet tenang. Aku dapat rasa result xray everything normal.
Sama macam 3 tahun lepas. Dorang tak dapat figure out aku sakit apa.
Last last dorang assume........ Gastrik.
Aku baca nota dalam sampul yang budak receptionist bagi.
Normal.
Clear.
Normal.
No other focal.
No pleural.
Tapi...
Impression:
Peribronchial thickening seen at the right suprahilar region maybe due to bronchitis changes.
Okay.
Ada lendir kat bronkiol yang macam ranting anggur.
Tenang okay cik penulis.
All is well.
Tichasays: Dah lama benda ni jadi. Tak seorang doktor pun ambil perhatian. Tapi dorang ada ambil benda lain. Ambil duit aku. New doctors, don't ever be like them.

Monday 9 February 2015

Celaka Jalan Raya

Aku pergi kerja naik public transport.
Aku naik LRT dan bas.
Kebarangkalian aku dalam menghadapi kecelakaan jalan raya agak tinggi.
Semalam aku pergi kerja, turun bas, aku hampir dilanggar kereta sebab orang yang melintas sama dengan aku, tak bagi ruang untuk aku berdiri dekat divider jalan.

Masa balik kerja,
Ada bas hampir nak langgar aku masa dia nak belok.
Tu tak apa lagi. Memang jalan dia.
Tapi, ada kereta mewah ni tiba-tiba buat U-turn masa aku lintas.
Dia hon. Eh,kau! Nak hon kenapa? Setahu aku, lah, tak boleh U-turn.
Kalau kau nak U-turn pun, sabarlah!
Aku pun apa lagi, angkat tangan kata,"Apa lah!"
Bengong. Orang kaya berlagak berangan ingat jalan tu dia punya.
Tengok sikit resit kau kata kau beli jalan tu.

Pagi ni, benda yang sama, pejalan kaki tak bagi ruang untuk aku berdiri atas divider.
Ingatkan dah selesai lintas, dah settle.
Tengok tengok ada motor tak balance masa nak berhenti hampir-hampir nak langgar aku,
Bini kau berat sangat ke kat belakang kau tu?

Aku pun drive kereta.
Aku pun pejalan kaki.
Kita yang jalan kaki ni everything pun nak kena tergesa-gesa.
So, for the drivers, bertimbangrasa lah sikit.
Tak perlu hon. Terkejut beruk tau. Bagi high beam pun okay je.
Okay?


Saturday 7 February 2015

Ke USS Singapore ke kita?

Kalau buat kerja gila memang nombor satu lah.
Baru dapat kerja baru, gaji up sikit, berangan macam-macam dah.
Mulanya saja nak mengadu damba konon nak bercuti,
Alih-alih tup tup plan trip menjadi.
Nama plan pun diberi,
#keusskekita februari ni.
Gila.
Time raya cina kita nak pergi sana.
Menghadap sesaklah kita bersama.
Benda pertama buat lantik orang yang pakar untuk ke sana,
Tak payah tourist guide, Qila ada.
Dia buat proposal, kira-kira semua,
Kita cuma sedia duit saja.
Plan adventure mesti ada,
Tak da lah mencabar mana, cuma naik MRT nak ke sana.
Benda pertama aku buat bayar tiket masuk USS,
Bagi duit dekat Qila, semua dia beres.
RM155.
Qila whatsapp ejen tu,
Nanti ejen pos tiket ku. Wee~
Perkara kedua aku buat,
Hari-hari aku check currency duit,
Semalam check 1sgd=RM2.61
Murah tuuu..
So,aku tukar tak banyak pun.
Dalam SGD75
Sikit kan?
Jangan tiru aku.
Oh,kalau nak check currency,
Boleh check dekat sini xe.com
Then, memandangkan aku tak ada passport,
So, kena buatlah, takkan tak buat kot.
Hehe.
Harga PMA buat passport dewasa RM200 untuk 5 tahun. Bermula 15 Januari 2015.
Nasib baik ada UTC Keramat Mall.
Dekat dengan rumah dan buka hari minggu juga.
Sampai malam tau buka!
Pergi pukul 9 lebih, dah ramai orang.
Nombor aku 1062, nombor waktu tu 1028.
Erkkkkk
Pegawai tanya umur berapa, tinggi berapa, asal mana, mak ayah asal mana.
Aku bab tinggi sensitif je. Hohiho
Tangkap gambar tak boleh senyum nampak gigi.
Aku tengok muka aku gila tembam.
Dalam masa sejam lebih,
Passport aku siap.
Pergh, laju.
Sekarang tengah fikir pasal cara nak ke JB.
Naik bas pukul 7mlm, takut jam.
Nak ambil half day, takut kena cop pekerja baru yang tak berdedikasi pula.
Yelah, baru sebulan kot kerja situ.
Nak naik flight, tiket mahal pula time tu.
Nak naik KTMB, tak ada waktu malam.
Nanti lah aku check
Taa!