Tuesday 4 October 2016

Barang Wajib Ibu Mengandung si Ticha - OMGTichaIsPregnant

Assalammualaikum. Hello!

Hari ni Ticha nak share antara barang-barang compulsory sepanjang Ticha pregnant ni.


Pil Vitamin dari Klinik Kesihatan Keramat - Dari kiri: Vitamin C, Vitamin B6, Iron Tablet dan Folic Acid.

Ini wajib kena ada. Segala vitamin untuk keperluan tubuh badan ibu mengandung dan tumbesaran janin/bayi dalam kandungan. Lagi-lagi Folic Acid. Bak kata maklumat dalam Baby Centre, asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida. Untuk maklumat lanjut pasal asic folik ni, boleh ke sini .

Iron tablet tu Ticha diarahkan baru-baru ni untuk ambil 2 biji sehari, siang dan malam, gara-gara HB atau kuantiti sel darah Ticha below normal. Normal dalam 11. Ticha baru-baru ni checked 10.4. Bahaya kalau hgb rendah sebab boleh jadi anemia. Dalam sel darah merah kita ada hemoglobin yang membawa oksigen ke seluruh tubuh badan kita. Mudah pitam, pening, pucat, sakit dada kalau rendah. Ada risiko tumpah darah selepas bersalin, baby dalam kandungan boleh lemas sebab tak cukup oksigen (na'uzubillah).

Palmer's Cocoa Butter Formula. Skin Therapy Oil dan Lotion Softens, Smoothes & Relieves Dry Skin 24 Hour Moisture.

Dua benda ni yang Ticha guna (buat masa sekarang.teehee). Satu sebab masa mengandung ni memang kulit sangat cepat kering ya, ibu-ibu. Plus, Ticha ni sejenis yang ada eczema. Lagilah teruk kulit I. Uhuk! 

Perut mula meregang saban hari, lalu timbullah makhluk asing bernama tanda regangan atau stretch mark. Macam Ticha, masa 1st trimester je ada bintik-bintik hitam (tanda nak ada kesan reganganlah tu), tapi tak lama pun. 2nd trimester, dah tak wujud bintik-bintik hitam, so perut Ticha tak ada stretch mark, buat masa sekarang (yeah). Cuma parut bintik-bintik hitam and parut kesan gatal-gatal eczema tu lah yang Ticha nak hilangkan. 

Ticha sapu minyak tu 2-3 kali sehari, and lotion tu dekat bahagian kulit yang sangat kering macam tangan dan kaki Ticha.

Yang ni, bagi Ticha, ibu-ibu mengandung kena ada, tak kiralah brand apa, bagi nak jaga kulit, lagi-lagi stretch mark.

Shaklee Ostematrix

Ibu mengandung memang akan kurang macam-macam zat. Termasuklah kalsium. Perempuan kena ambil kalsium sebab - masa period, kalsium ditarik. Masa pregnant - kalsium ditarik juga. Sebab tu ada yang malam-malam kejang kaki/cramp lepastu gelabah kejut suami suruh betulkan balik. Sakit woh cramp kaki lagi-lagi masa tengah enak tidur. 

Ticha sebelum pregnant ok je nak minum susu. Tapi masa 1st trimester, Ticha tak lalu. So, Ticha belilah Shaklee ni. Kawan universiti dulu yang suggest. Bagus vitamin ni. Ticha pula tak ada masalah nak telan pil (selalunya masalah malas je Ahaks).

Bagi yang boleh minum susu, Ticha suggest minum susu kambing. Amacam, boleh? Hehehe!

Ulfaa Beauty Moisturizer Gel

Pelembab muka. Macam Ticha kata, kulit memang jadi kering. Actually, moisturizer ni cousin Ticha yang jual. Ticha beli untuk support dia. But, hey! Pelembab ni best tau. Dia ala-ala pelembab Aqua-Defense Garnier warna mint green tu. 

Pelembab ni 95% cucumber extract, suitable for face, body and hair. Ticha selalu pakai after solat especially masa dekat office lah. Aircond, kan. Kulit rasa tak bermaya je. Bila apply pelembab ni, mostly area eye bag, pufff! Sejuk, segar, lembut je! Ticha jadi suka usap-usap pipi. Tiibe admire pipi sendiri. Lembut je. Area mata rasa segar bermaya sikit. Yelah, menghadap komputer je, lesu jadi mata ni.

Kalau ada yang nak order; Nadhirah - +60173883150


De'xandra Perfume by Tsari

Ini bukan time pregnant je, selamanya kena ada. Ahahaha! Sejak pregnant ni, hormon tak betul sikit. Panas dalam je badan ni. Berlemoih tu jangan cakaplah. Lagipun, badan kita kan sekarang dah lain bentuknya, so, dalam masa sama nak pikat suamilah dengan berwangi-wangian.

Kenapa Ticha pilih De'xandra Perfume?
1. Haruman tahan lama  - Memang lama. Banyak feedback kata sembur pagi, balik kerja tudung wangi je. Kadang sangkut tudung, esok bau lagi. Selalu kantoi bab ni ialah mak Ticha. Ticha boleh tahu dia cilok tudung Ticha sebab perfume De'xandra dia. Hohoho!

2. Boleh bawa solat - memang ada fatwa kata alkohol dalam perfume boleh je bawa solat. Tapi, bila Ticha dapat tahu De'xandra pakai ekstrak tumbuhan (tebu) untuk alkoholnya, confident lah Ticha. Nak solat pun kena wangi asalkan tak berlebihan sampai orang sebelah terkepit-kepit hidung baca surah.

3. Produk buniputra

4. Mudah dibawa - orang yang selalu travel terbang sana sini sesuailah sebab dia ringan dan 35ml. Lepaslah kalau nak naik flight. Hehehe!

5. Eau de parfum - pati esen dia dalam 20-30% so memang tahan lama baunya berbanding Eau de Toilette apatah lagi mist dan cologne.

6. Harga berbaloi! - Berbaloi awak~ Harga perfume beraus-ratus, tapi De'xandra ni RM65.00 je. Kalau beli dekat kedai pak arab tu, tak tahan lama (sebab Ticha ada several times beli). 

7. Haruman diinspirasi dari wangian berjenama antarabangsa - Memang tak ada lah Ticha nak boli perfume beratus ringgit tu berbotol-botol. Ini Ticha siap boleh tukar-tukar, buat koleksi lagi. Isnin DKNY, Selasa Gucci, Rabu Chanel, Khamis Paco Robanne, Jumaat Katy Perry, Sabtu Carolina Herrera, Ahad Estee Lauder. Macam-macam lah! Mewah tak? Hahaha! Bau sama pula tu!

8. Jimat - Tak perlu sembur banyak kali. Sembur belakang telinga, pergelangan tangan, dan lipatan lengan (belakang siku). Situ je. Tak perlu sampai ke rambut sembur. Tak perlu mandi perfume tu. Tak perlu sembur sampai kita sendiri bau. Sebab selalunya orang lain yang akan bau dulu, baru kita sebab hidung kita sebati. Lagipun, eloklah bersederhana. Tahan sampai 2-3 bulan woh!

Nak order: Facabook - Tsari (@tsaripage) / Instagram @tsari_dexandra / Whatsapp +60169988244


Sekian cerita barang wajib yang Ticha kena ada sepanjang pregnant ni. Tak semua lah Ticha share. Kalau bab bekalan makanan, jangan ceritalah, banyak! Ahahaha! Buah-buahan nak kena ada. Sebab makin lama makin susah nak membuang. Kadang minum jus buah dekat Juice Boost. Nasib dekat dengan office. Caffeine dah sangat jarang consume memandangkan Ticha ni anemia.

Kepada para ibu mengandung, marilah berjuang!

Ticha says: Baby Centre kata budak dalam perut sebesar jagung. Auww Auww! Okay sorry sorry mak tak ngumpat awaklah (baby buat martial art slow motion dalam perut. Cam tahu tahu je kita tengah taip pasal dia)



No comments:

Post a Comment