Aku ada dua orang adik. Seorang muda dua tahun dari aku, seorang lagi lahir tahun 97. Jadi, minggu lepas aku plan nak bawak adik bongsu aku berjalan have fun sempena dapat result SPM. Aku tahu dia takkan dapat straight A's (okay, itu pandangan yang kejam tapi nyata), tapi aku nak raikan cinta (?) dengan dia sebab aku tahu bukan senang nak hadap dunia seorang pelajar SPM di K.L dan merupakan anak bongsu dalam keluarga, so harapan nak teruskan tradisi masuk U tu meninggi. Sekarang susah nak dapat masuk kalau result biasa-biasa je. Tak payahlah aku nyatakan berapa keputusan SPM dia tapi aku bangga dan bersyukur sangat sebab apa yang aku minta dari dia, dia tunaikan berkat doa kami semua padaNya juga. Aku nak B.M., B.I., dan Matematik dia kredit sebab kalau nak kerja Bank Negara, kena kredit 3 subjek tu. Kiranya dia masih ada peluanglah untuk ke mana-mana.
Jadi, satu hari, aku tanya, "Kita pergi Sunway Lagoon nak, Ki?".
Puas juga memujuk adik bawah aku ni untuk turut serta. Dan susah juga nak dapatkan masa sepupu aku untuk join kami sebab bulan Mac ni dia agak busy. Tapi, alhamdulillah, berjaya juga walaupun ada dugaan kecil.
Apa yang perlu disediakan kalau nak pergi Sunway Lagoon?
Aku selalu pergi sana. Masa hari jadi aku ke, masa hari jadi si buah hati ke, family day ke.
Pertama; tahu harga tiket. Untuk harga MyKad, tiket berharga RM90 untuk dewasa. Untuk kanak-kanak aku tak tahu. Tapi ada pakej untuk dua dewasa dan dua budak. Tiket tu kita boleh masuk semua tempat;Extreme Park, Waterpark, Amusement Park, Scream Park dan Wildlife. Kecuali tiga rides je kena bayar kalau nak main;Bunjee Jumping, G-force dan Go-Kart.
Kedua; barang-barang yang kena bawa dan tak boleh bawa. Dekat situ, makanan dari luar tak boleh bawa masuk ya. Ada pemeriksaan beg dekat pintu masuk, so tak payah nak sorok sangat makanan. Ada macam-macam restoran ada dalam tu, tapi harga lebih sikitlah.
Dekat situ, diaorang guna khidmat Cashless iaitu bayar guna wristband yang ditopup. Kiranya, korang pergi dekat kaunter dalam Sunway tu nanti, kata nak topup duit. Korang bagi duit min RM10 lah, then nanti diaorang scan wristband korang. So, nanti kalau nak beli air ke, cikedis ke, hulur je tangan. Jadi, tak ada lah korang ke hulu ke hilir bawa duit, hilang kang.
Barang-barang wajib aku akan bawa bila pergi sana;
Sunblock
Towel
Waterproof Handphone Casing
Barang mandian
Sunblock Sport Sunscreen Lotion Banana Boat 30ml. SPF 110 PA+++ RM19.90 |
Waterproof Gadget Casing Beli dekat Lelong. |
Hypergear Luggage Waterproof 1.5 liter pemberian token company lama. |
Kadang kadang aku bawa je hairdryer. Kalau ada plug kosong, boleh aku keringkan rambut. Yelah kan, tak elok basah-basah rambut pakai tudung.
Aku selalu akan pakai terus baju mandi. Dalam bajulah. Hehehe! Dan selipar ya. Aku malas nak bawa banyak kasut.
Sampai bulan Mei 2015 ni, RapidKL ada promosi untuk pemegang kad RapidKL, diskaun. Jadi, harga untuk dewasa RM84.00. Satu kad valid untuk 2 orang.
Sunway Lagoon ada sediakan loker bersaiz sedang dan besar. Harga loker dia aku tak dapat nak predict sebab last year RM15, baru ni aku pergi RM20 pula untuk size sedang. Haihh...
Ada dua pintu untuk masuk sana, satu dekat depan Sunway Pyramid bersebelahan Texas Chicken, dan satu lagi dekat dengan Sunway Resort Hotel and Spa apa entah namanya aku bantai je nama hotel tu. So, prepare lah duit parking dalam RM10-RM15 macam tu.
Untuk Waterpark, aku suka mandi dekat Surf sebab luas kolamnya. Kalau korang nak ada ombak sikit, ada dekat sebelah kolam kanak-kanak. Kalau nak round ikut laluan air naik pelampung pun ada tapi kena sewa pelampung tu. Aku jarang sewa. Kalau nak try surf, ada tempat surf disediakan. Boleh cuba 2 kali. Benda wajib korang kena try Vuvuzela. Terbaik. Boleh naik 4-6 orang satu pelampung. Kalau kurang, korang kena share dengan orang lain ler. Time tu mesti korang malu-malu nak jerit. Ada juga gelongsor ular, 2 orang naik.Ada Waterslide, korang lawan dengam kawan korang siapa slide laju. Ada 6 lane. Ada 4-D ke 5-D entah, Cinema Waterplexx. Pakai cermin mata 3-D, duduk, tengok. Ride ni korang akan basah.
Gelongsor ular. Ada 3 jenis, terbuka, half terbuka, tertutup. |
Amusement Park ada roller coaster, Pirate Revenge, Tomahawk, teacups, boating. Dekat situ korang dalam keadaan lembab basah pun boleh naik, tapi jangan lencun-lencun. Licin nanti. Kalau korang naki roller coaster, seat-belt ikat kuat ya. Sebab adik aku tak ikat ketat, dia terlambung sikit. Aku yang ikat ketat pun, terlambung. Logiklah sebab berat bawah 40 kilo. Tapi best.
Wildlife ada macam-macam binatang, dari yang kecik sampai lah ke singa. Buaya pun ada,betul-betul bawah kaki kau. Buah hati aku pernah terjatuh handphone nya, nyaris nak jatuh dalam kawasan buaya, sipi-sipi je! Kalau tak, berderinglah handphone lagu metal dalam perut buaya. Buasir buaya tu nak keluarkan balik handphone 5 1/2 inci.
Buaya ni pemalas |
Buaya ni tidur menganga. Nasib tak berdengkur. |
Tengok singa putih |
Scream park ada rumah hantu, tapi ada waktu untuk masuk. Rules dia, pakai selipar, jangan pegang hantu sebab hantu takkan pegang kau. Dalam tu, korang kena berjalan dalam kumpulan. Masa aku pergi dulu, masa tu family day Bank Negara, tema rumah hantu ialah Zombies Attack. Bagi aku tak takut sangat sebab aku suka zombi especially R dalam Warm Bodies. Eh?
Dalam tu ada kedai makan dari makanan mamak hingga ke Subway dan makanan ringan. Aku selalu makan dekat Marrybrown.
Kalau nak naik pengangkutan awam, erm, setahu aku, korang boleh turun dekat stesen komuter Subang Jaya dan naik bas ke Sunway Pyramid (then jalanlah sikit ke pintu masuk Sunway Lagoon), ataupun turun dekat stesen LRT Kelana Jaya dan naik bas ke Sunway Pyramid (juga).
Ehsan dari laman sesawang Sunway Pyramid |
Kalau risau sesat, naiklah teksi dari stesen tu.
So, bagi yang nak pergi tu, have fun okay? Dan sediakan wang secukupnya. Have fun!
Tichasays: Maaf sebab nama-nama game dan tempat di Sunway Lagoon, serta maklumat tak berapa nak cantik dan lengkap. Sebab aku cuma tulis ikut pengalaman.
Dari Stesen LRT Putra Kelana Jaya ke Sunway Lagoon mengikut Google Maps |
Dari Stesen Komuter Subang Jaya ke Sunway Lagoon mengikut Google Maps |
So, bagi yang nak pergi tu, have fun okay? Dan sediakan wang secukupnya. Have fun!
Tichasays: Maaf sebab nama-nama game dan tempat di Sunway Lagoon, serta maklumat tak berapa nak cantik dan lengkap. Sebab aku cuma tulis ikut pengalaman.
Terima kasih infonya. Saya suka :)
ReplyDeleteSedang plan nak bawa anak ke Sunway Lagoon.
sekarang harganya naik sedikit sebab ada park baru. :)
Deletebeli online lagi murah berbanding walk in.
Deletehi sista.. is there any towel rental facility there? thanks
ReplyDeletehello..as far as i know, there's no towel rental there..merely a locker to keep your belongings..:)
DeleteSalam.. Awak nak tnya.. Pakaian macam mana ye. Bleh pakai tshirt & trackbottom x? Tq in advanced.
ReplyDeleteSalam.. Awak nak tnya.. Pakaian macam mana ye. Bleh pakai tshirt & trackbottom x? Tq in advanced.
ReplyDelete