Showing posts with label inibarangbaik. Show all posts
Showing posts with label inibarangbaik. Show all posts

Tuesday, 4 October 2016

Barang Wajib Ibu Mengandung si Ticha - OMGTichaIsPregnant

Assalammualaikum. Hello!

Hari ni Ticha nak share antara barang-barang compulsory sepanjang Ticha pregnant ni.


Pil Vitamin dari Klinik Kesihatan Keramat - Dari kiri: Vitamin C, Vitamin B6, Iron Tablet dan Folic Acid.

Ini wajib kena ada. Segala vitamin untuk keperluan tubuh badan ibu mengandung dan tumbesaran janin/bayi dalam kandungan. Lagi-lagi Folic Acid. Bak kata maklumat dalam Baby Centre, asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida. Untuk maklumat lanjut pasal asic folik ni, boleh ke sini .

Iron tablet tu Ticha diarahkan baru-baru ni untuk ambil 2 biji sehari, siang dan malam, gara-gara HB atau kuantiti sel darah Ticha below normal. Normal dalam 11. Ticha baru-baru ni checked 10.4. Bahaya kalau hgb rendah sebab boleh jadi anemia. Dalam sel darah merah kita ada hemoglobin yang membawa oksigen ke seluruh tubuh badan kita. Mudah pitam, pening, pucat, sakit dada kalau rendah. Ada risiko tumpah darah selepas bersalin, baby dalam kandungan boleh lemas sebab tak cukup oksigen (na'uzubillah).

Palmer's Cocoa Butter Formula. Skin Therapy Oil dan Lotion Softens, Smoothes & Relieves Dry Skin 24 Hour Moisture.

Dua benda ni yang Ticha guna (buat masa sekarang.teehee). Satu sebab masa mengandung ni memang kulit sangat cepat kering ya, ibu-ibu. Plus, Ticha ni sejenis yang ada eczema. Lagilah teruk kulit I. Uhuk! 

Perut mula meregang saban hari, lalu timbullah makhluk asing bernama tanda regangan atau stretch mark. Macam Ticha, masa 1st trimester je ada bintik-bintik hitam (tanda nak ada kesan reganganlah tu), tapi tak lama pun. 2nd trimester, dah tak wujud bintik-bintik hitam, so perut Ticha tak ada stretch mark, buat masa sekarang (yeah). Cuma parut bintik-bintik hitam and parut kesan gatal-gatal eczema tu lah yang Ticha nak hilangkan. 

Ticha sapu minyak tu 2-3 kali sehari, and lotion tu dekat bahagian kulit yang sangat kering macam tangan dan kaki Ticha.

Yang ni, bagi Ticha, ibu-ibu mengandung kena ada, tak kiralah brand apa, bagi nak jaga kulit, lagi-lagi stretch mark.

Shaklee Ostematrix

Ibu mengandung memang akan kurang macam-macam zat. Termasuklah kalsium. Perempuan kena ambil kalsium sebab - masa period, kalsium ditarik. Masa pregnant - kalsium ditarik juga. Sebab tu ada yang malam-malam kejang kaki/cramp lepastu gelabah kejut suami suruh betulkan balik. Sakit woh cramp kaki lagi-lagi masa tengah enak tidur. 

Ticha sebelum pregnant ok je nak minum susu. Tapi masa 1st trimester, Ticha tak lalu. So, Ticha belilah Shaklee ni. Kawan universiti dulu yang suggest. Bagus vitamin ni. Ticha pula tak ada masalah nak telan pil (selalunya masalah malas je Ahaks).

Bagi yang boleh minum susu, Ticha suggest minum susu kambing. Amacam, boleh? Hehehe!

Ulfaa Beauty Moisturizer Gel

Pelembab muka. Macam Ticha kata, kulit memang jadi kering. Actually, moisturizer ni cousin Ticha yang jual. Ticha beli untuk support dia. But, hey! Pelembab ni best tau. Dia ala-ala pelembab Aqua-Defense Garnier warna mint green tu. 

Pelembab ni 95% cucumber extract, suitable for face, body and hair. Ticha selalu pakai after solat especially masa dekat office lah. Aircond, kan. Kulit rasa tak bermaya je. Bila apply pelembab ni, mostly area eye bag, pufff! Sejuk, segar, lembut je! Ticha jadi suka usap-usap pipi. Tiibe admire pipi sendiri. Lembut je. Area mata rasa segar bermaya sikit. Yelah, menghadap komputer je, lesu jadi mata ni.

Kalau ada yang nak order; Nadhirah - +60173883150


De'xandra Perfume by Tsari

Ini bukan time pregnant je, selamanya kena ada. Ahahaha! Sejak pregnant ni, hormon tak betul sikit. Panas dalam je badan ni. Berlemoih tu jangan cakaplah. Lagipun, badan kita kan sekarang dah lain bentuknya, so, dalam masa sama nak pikat suamilah dengan berwangi-wangian.

Kenapa Ticha pilih De'xandra Perfume?
1. Haruman tahan lama  - Memang lama. Banyak feedback kata sembur pagi, balik kerja tudung wangi je. Kadang sangkut tudung, esok bau lagi. Selalu kantoi bab ni ialah mak Ticha. Ticha boleh tahu dia cilok tudung Ticha sebab perfume De'xandra dia. Hohoho!

2. Boleh bawa solat - memang ada fatwa kata alkohol dalam perfume boleh je bawa solat. Tapi, bila Ticha dapat tahu De'xandra pakai ekstrak tumbuhan (tebu) untuk alkoholnya, confident lah Ticha. Nak solat pun kena wangi asalkan tak berlebihan sampai orang sebelah terkepit-kepit hidung baca surah.

3. Produk buniputra

4. Mudah dibawa - orang yang selalu travel terbang sana sini sesuailah sebab dia ringan dan 35ml. Lepaslah kalau nak naik flight. Hehehe!

5. Eau de parfum - pati esen dia dalam 20-30% so memang tahan lama baunya berbanding Eau de Toilette apatah lagi mist dan cologne.

6. Harga berbaloi! - Berbaloi awak~ Harga perfume beraus-ratus, tapi De'xandra ni RM65.00 je. Kalau beli dekat kedai pak arab tu, tak tahan lama (sebab Ticha ada several times beli). 

7. Haruman diinspirasi dari wangian berjenama antarabangsa - Memang tak ada lah Ticha nak boli perfume beratus ringgit tu berbotol-botol. Ini Ticha siap boleh tukar-tukar, buat koleksi lagi. Isnin DKNY, Selasa Gucci, Rabu Chanel, Khamis Paco Robanne, Jumaat Katy Perry, Sabtu Carolina Herrera, Ahad Estee Lauder. Macam-macam lah! Mewah tak? Hahaha! Bau sama pula tu!

8. Jimat - Tak perlu sembur banyak kali. Sembur belakang telinga, pergelangan tangan, dan lipatan lengan (belakang siku). Situ je. Tak perlu sampai ke rambut sembur. Tak perlu mandi perfume tu. Tak perlu sembur sampai kita sendiri bau. Sebab selalunya orang lain yang akan bau dulu, baru kita sebab hidung kita sebati. Lagipun, eloklah bersederhana. Tahan sampai 2-3 bulan woh!

Nak order: Facabook - Tsari (@tsaripage) / Instagram @tsari_dexandra / Whatsapp +60169988244


Sekian cerita barang wajib yang Ticha kena ada sepanjang pregnant ni. Tak semua lah Ticha share. Kalau bab bekalan makanan, jangan ceritalah, banyak! Ahahaha! Buah-buahan nak kena ada. Sebab makin lama makin susah nak membuang. Kadang minum jus buah dekat Juice Boost. Nasib dekat dengan office. Caffeine dah sangat jarang consume memandangkan Ticha ni anemia.

Kepada para ibu mengandung, marilah berjuang!

Ticha says: Baby Centre kata budak dalam perut sebesar jagung. Auww Auww! Okay sorry sorry mak tak ngumpat awaklah (baby buat martial art slow motion dalam perut. Cam tahu tahu je kita tengah taip pasal dia)



Thursday, 14 January 2016

80 Days More to Go - OMGTichaIsGettingMarried

Assalammualaikum. Hai!

Well, cerita OMGTichaIsGettingMarried mungkin akan memenuhi ruang blog Ticha ni.
Sebab Ticha tak pandai nak bagi tips or petua kecantikan, cara dapatkan body cantik mahupun tutorial make up. Teehee~

Pernah je, kan kita dok counting days our big day macam berapa hari lagi nak exam, berapa hari lagi birthday, berapa hari lagi nak habis praktikal. Paling orang kuat jadi pengira hari bila nak menikah. Maakk~~~

Aku ni jenis mengingat tarikh sesuatu benda macam of course birthday kawan, anniversary mama abah, tapi Si Hati tak. Hehehe. Nampak tak kontra dah di situ,

Aku tahu dia tak suka nak ada anniversary or counting days ni. Dia jenis follow the flow. Ni jenis tak ingat sejarah ni. Tapi, Sejarah aku failed. Hoho!

So, saja aku nak kenakan dia, saja nak buat dia cuak menggelabah, every 10 days left, aku akan alert dia. Macam hantar mesej '100 days more to go', tak pun hantar gambar dalam apps counting days aku dekat Whatsapp. Hahaha! Ni namanya dengki.

Apps yang aku guna untuk membilang hari ni ialah :

80 Days More to Go - OMGTichaIsGettingMarried
Gambar ehsan Google

Dreamdays App - Counting Day. Ni recommended by my cousin's wife. Panggil apa ya?

So this is what it looks like;

80 Days More to Go - OMGTichaIsGettingMarried

Ni muka depannya. Set kan lah event yang nak dibilangnya. Macam aku, aku set kan my wedding day as my skin for this apps. 

80 Days More to Go - OMGTichaIsGettingMarried

First sight? Tak boleh blah. Padahal first sight bukan tarikh tu. First sight, tu masa aku darjah enam dulu. Lama dah aku perhati budak ni. Hahaha!

80 Days More to Go - OMGTichaIsGettingMarried

Hi! Ni lah my wedding counting days skin looks like. Ini gambar masa buat pre-wedding photoshoot. DIY ya. Hasil pertolongan my cousins and my lil' brother yang dah tak little tu.

Actually, today is officially 79 days more to go. Rasa kelakar pun ada juga dok counting days ni. Sebenarnya, niat aku nak counting days sebab aku nak mengingatkan diri aku sendiri yang aku bakal melangkah ke dunia baru tak lama lagi. Dunia yang orang kata banyak pancaroba pancasitara. Jujurlah, aku sangat takut dan cuak. Like seriously I'm gonna be someone's wife? A daughter-in-law? Lepas ni nak kena jaga dua family besar. Sebab orang kata kita kahwin bukan dengan pasangan je, tapi bersama keluarga dia juga. 

Aku perhati je perangai menantu perempuan family aku, tak kira lah menantu mak aku ke, menantu mak cik aku ke, tapi yang paling aku perhati dan ambil sebagai peringatan ialah bini cousin aku yang bekerja sebagai pensyarah. Dia awal-awal lagi pesan dekat aku, mak suami kita, kita kena jaga kebajikan diaorang. Anggap macam mak sendiri. Aku macam,"Mampu ke aku?"Lebih merisaukan bila tengok mak-mak dok komen menantu diaorang. Apa lah agaknya yang bakal mak mertua aku akan umpat pasal aku? Hahaha!

1. Aku tak hebat memasak, tapi boleh masak.
2. Aku tak hebat kemas rumah, tapi aku boleh mengemas.
3. Aku tak hebat berborak tapi aku pendengar yang setia.
4. Aku tak hebat menjahit tapi aku tahu menjahit.
5. Aku garang orangnya tapi aku sayang keluarga aku.
6. Aku tak pandai orangnya tapi aku percaya pada usaha dan tawakal.

Harap-haraplah aku kuat semangat dan terbuka hati untuk belajar perbetulkan dan improve diri ini.
Harap-harap Tuhan akan lembutkan hati aku untuk beriman dengan teguh pada agamaNya.
Huuu..kita doa sama-sama ya!

InsyaAllah aku akan share pasal pre-wedding photoshoot DIY aku.

Wednesday, 11 March 2015

Antara Proton Preve dan 6 Mawar

Hari Ahad lepas, aku bawa adik-adik aku pergi Sunway Lagoon dengan sepupu aku (dan kawan perempuan dia). Terima kasih banyak pada sepupu aku, Faizal sebab sudi join kitaorang dan tumpangkan kami pergi sana.

Mula-mula, plannya nak pergi dengan buah hati aku. Tapi dia tak dapat nak join. Katanya Sabtu ada hal, jadi dia kena balik Seremban. Aku mengharap dia pergi sebab boleh cukup korum 6 orang. So, bolehlah pair kalau naik apa-apa ride. So, sepanjang aku dekat Sunway Lagoon, yang mana kena pair 2 orang, aku tak naik, Aku jadi cameraman. Tukang pegang cermin mata adik aku.

Dalam pukul 5 petang aku dan yang lain-lain selesai mandi dan tukar baju, adik-adik aku balik dengan sepupu (dan kawan perempuan dia), while me myself tunggu depan hotel sunway, tunggu ketibaan buah hati yang kata nak lepak jumpa aku kejap. Lagipun, hari tu memang dia akan balik ke Pelabung Klang, so, alang-alang, dia nak jumpalah.

Tengah aku tunggu dekat depan air pancur depan bangunan hotel tu, aku dengar macam ada bunyi hon kereta. Aku toleh ke kanan. Aku nampak kereta sedan warna merah metallic. Dalam kepala otak aku fikir cari kereta Savvy merah, kereta yang si hati selalu bawa. Tapi, entah kenapa, tergerak nak tengok kereta sedan tu lama-lama. 'Eh, macam dia?' Aku tenung lagi. Aku nampak si hati dalam kereta tengah nak U-turn nak ke arah aku. 'Kenapa dia bawa kereta mak dia?' Kereta mak dia ialah kereta Inspira warna merah. Kadang-kadang dia akan bawa kereta tu kalau mak dia tak guna. 'Mama dia tak kerja ke esok?' Nampak tak punyalah banyak soalan.

Dia parking depan aku. Aku nampak nombor plate mula dengan huruf W. Belakangnya F. Pelik. Kereta siapa ni? Ayah dia beli kereta lagi ke?

Masuk saja dalam kereta. Aku tanya,"Kenapa bawa kereta mama?" Muka dia terkejut. Dia kata,"Cuba tengok ni kereta siapa?" Aku tengok sekeliling. Macam pernah aku naik kereta macam ni. Dekat mana ya, aku fikir. Lepas tu, aku teringat aku nampak nombor plate kereta mula dengan W dan akhir dengan F. Entah macam mana, SUUPP!SAAPP!SSUUP!SSAAPP! Kepala otak aku berfungsi balik lepas main air. Masuk air agaknya. Aku pandang dia. Terus aku, "Aaaaaaa!!!!!!!!!" Ya, aku menjerit sampai bergema kereta tu. Si hati pun tutup telinga, sakit telinga dia dengar aku jerit.

Aku goyang-goyang lengan dia,"Betul ke??! Betul ke ni??!" Dia senyum. Aku macam tak percaya.
DIA BELI KERETA!!!

Kisahnya, dia baru konvokesyen bulan Januari hari tu, dan mula start kerja di Port Klang pada bulan Februari hari tu. Rupanya, sebelum dia mulakan pekerjaan, dia dah cari kereta dengan ayahnya. Tapi dia tak beritahu aku.

Aku selalu bebel dekat dia bila nak masuk minang. Okay, bukanlah bebel, tapi asyik tanyalah. Dia kata lepas dia beli kereta, baru dia akan step into those wedding things. Kadang-kadang aku tahu aku dah banyak kali tanya, tapi aku tanya lagi sebab aku tak tahan orang asyik dok tanya bila nak kahwin.

Jadi, rupa-rupanya dia beriya nak jumpa aku petang tu sebab nak beritahu dan tunjuk dekat aku dia dah beli kereta. Proton Preve Premium. Patutlah aku macam pernah naik kereta tu. Sebab abang aku pakai Proton Preve juga tapi biasa punya.

Dari pandangan aku yang tak tahu pasal kereta ni, dalam Proton Preve Premium ni ada dua jenis gear, main is automatic and ada manual gear juga. Ada Engine Starter Button. Ada GPS. Touch screen monitor. Enjin turbo. Erm, apa lagi ek? Kerusi boleh adjust ke depan ke belakang ke atas ke bawah. Hehehe! Dia kata dia memang cari features adjustable seat sebab dia kata nanti aku boleh bawa kereta tu. Aku kan kurang tinggi, jadi bila bawa kereta contoh bawa kereta abah aku, aku akan letak kusyen.

Itu baru satu surprise. Hampir buat aku menangis tapi aku dapat tahan sebak. Tapi, bila dia tiba-tiba berhenti dekat tepi jalan, tak jauh dari hotel tu, dia pusing belakang sambil kata,"Satu lagi..."

BUNGA!!!

Ticha


Aku nampak je jambangan bunga tu dekat riba aku, aku terus tutup muka. Nangis dekat situ juga. Okay, even sekarang pun aku rasa nak menangis lagi. Selama 6 tahun aku dengan dia, aku tak pernah dapat hadiah bunga. Oh, pernah, sekali, masa aku konvokesyen, dia bagi bunga dan patung beruang. Kalau dia tak bagi, mungkin aku akan terasa sikit. Hehehe! Tapi, ini bagi bunga untuk surprise kan aku beserta kereta baru yang dia beli. Bunga ros 6 kuntum. Bunga hidup. Masa konvo, dia bagi bunga span dan ada juraian dawai plastik yang menyala. Cantik dan sampai sekarang elok ada atas meja bilik aku.

Kisahnya, aku main-main merajuk dengan dia. So, aku mengada minta dia pujuk bagi aku bunga. Tapi, pada hari yang patutnya dia bagi, dia tak bagi, tapi dia belikan aku satu kotak coklat. Aku nak juga bunga. Siap hantar e-mail dekat dia gambar bunga. Yang buat aku menangis ialah aku bajet dia akan bagi aku sekuntum bunga ros dalam pembalut plastik warna silver tu je. Aku tak sangka langsung dia akan bagi sejambak besar dengan 6 kuntum bunga ros. Aku tahu, bukan murah jambangan bunga ros. Dia kata 6 kuntum melambangkan 6 tahun bersama. Agak-agaknya, lagi 4 tahun aku merengek lagi dapat tak 10 kuntum? Hehehehe!

Dia ni memang tak pandai nak buat romantic surprise ni. Tapi bila aku tengok dia ada cuba nak buat walaupun aku tahu, that's not him, aku rasa terharu sangat sangat sangat sangat. Aku menangis macam budak kecil. Dia terkedu sebab dia tak expect aku akan menangis. Sebelum dia fikir aku menangis sebab sedih, aku beritahu dia yang aku menangis kegembiraan+terharu .

Di sini, aku nak nyatakan yang aku kagum ada sahabat macam dia. Aku gembira dapat kenal dia. Dia inspirasi aku. Dia antara orang yang aku kagum. Jangan salah faham. Aku cuma kagum dengan usaha dia. Of course Rasul kita adalah manusia mulia yang aku sanjung. Kadang-kadang mesti kia akan rasa kagum dengan perkara baik dari seseorang, kan?

Aku tak sempat nak ambil gambar dalam kereta dia, lagipun waktu tu malam. Nanti kalau aku sempat ambil gambar bila jumpa dia Sabtu ni untuk plan #KamiPusingKL tu, aku akan upload gambarnya dekat entri ni. Okay? Oh, nantikan entri pasal #KamiPusingKL tu ya!


Tichasays: Tak semua benda kita dapat. Ya. Tapi yang penting kita berusaha. Dan berdoa padaNya. Itu yang Dia mahu. Terima kasih abang. :)

Sambungan/Update (16 Mac 2015)

Seperti yang dijanjikan, ini dia antara gambar specification kereta Proton Preve Premium yang berjaya aku tangkap;

Ticha

Ticha

Ticha

Ticha

Ticha

Ticha

Ticha

Sekian.