Showing posts with label omgtichagettingmarried. Show all posts
Showing posts with label omgtichagettingmarried. Show all posts

Tuesday, 16 February 2016

Kamu harus ada To-Do List, Wahai Bakal Pengantin - OMGTichaIsGettingMarried

Jadi entry ini hanyalah satu benda yang saja-saja aku nak share.

Masa dekat office petang tadi, aku chatting dengan kawan office aku menggunakan web.whatsapp .
"Lorh, kenapa tak guna je Whatsapp handphone?"
Sebab nanti kantoi lah dengan bos. Plus lagi senang nak taip panjang. AHAHAHA!

Aku luah lah perasaan aku yang agak tegang ni akibat kekusutan jiwa mengingatkan banyak lagi kerja kahwin nak kena settle.
Yes, memang kahwin dalam Islam ni mudah. Tapi, bila masuk undang-undang, jadi rumit juga tau!
Aku ingat nikah macam tu je. Rupanya banyak betul borang nak kena isi. Dah selesai borang pihak lelaki, kita pula isi borang. Dah isi borang, minta signature kariah masjid, saksi semua, hantar ke pejabat agama Selangor. Hantar pula ke Jawi, isi borang lagi, bayar borang lagi, jumpa tok khadi pula. Panjang prosesnya.

Kisahnya aku cerita betapa aku agak dissapointed when some of our plan messed up.
Dan aku rasa agak lonely sebab fikir 'Apasal kau nak stress tetiba padahal semuanya ada, kan?'
Mungkin sebab bila aku tengok kalendar, less than 50 days left utk buat segala benda like fitting baju, ambil kad kahwin, food testing, meeting dengan orang dewan, meeting dengan family, fikir pasal doorgift dah di finalize by my mama ke belum, fikir nak set up kan appoinment Si Hati dengan tok khadi, plan tentatif honeymoon, all the payment yang belum settle, tudung untuk 3 majlis belum cari, veil nikah belum cari, baju nikah tak ambil lagi, manik belum jahit ahhhhhhhh!!!!

Then, my friend ni suggested me to make a To-Do List and share it with my fiance.
Masa tu aku rasa, kenapa aku tak terfikir semua ni?
Selama ni dok pendam sorang fikir segala kerja, even dah alert kan Si Hati pasal certain date for a certain task pun, kadang-kadang macam tak fungsi saja sebab dia lupa.

So, I created a To-Do List. Lebih kurang macam ni lah,

OMGTichaIsGettingMarried

Aku buat, kemudian aku send excel ni pada Si Hati via email.
Memang pada mulanya aku memang tak nak senaraikan segala kerja dan bagi pada Si Hati sebab aku fikir dia dah beban dengan kerja di pejabat dan kerah tenaga nak kumpul duit.

Tapi, at least, benda ni dapat bantu dia supaya benda-benda penting ni, kalau dia tak ingat, ada orang boleh ingatkan. Dia tak ada masa nak buat semua ni, jadi ini tugas aku untuk bantu dia walaupun tak secara langsung.

Bila buat benda ni, aku boleh nampak jelaslah steps aku dalam nak selesaikan kerja, uruskan masa dan tahu siapa yang terlibat. Which is really gives benefit to me!

Kesimpulan di sini, buat To-Do List, jangan jadi macam aku sentap sorang-sorang, naik jerawat segala akibat kesengalan sendiri.

Well, less than 50 days to go!



Tuesday, 2 February 2016

My DIY Pre-Wedding Photoshoot - OMGTichaIsGettingMarried

Counting Days



Yaaaa!!! Less than 3 months???
Okay, fuuh.. Sedapkan hati.
Lagi 2 bulan.
Weyyyyy tak menyedapkan hati langsung!

Kejap, sakit perut. Pi ladies sat.
.............................................

Okay, kita teruskan dengan topik kita iaitu Ticha's DIY Pre-Wedding Photoshoot.
DIY tak DIY sangatla. It's just Ticha tak upah jurugambar profesional.

So, siapa jadi jurugambar untuk sesi bergambar ni?

Photographer: Cousin Ticha - Faizal dan dibantu oleh adik aku, Jikeri Jikeri Puff. LOL.

Benda pertama yang aku buat ialah dengan menentukan TEMA.
Macam-macam tema keluar. Winter Sonata lah. Korean drama lah. Back to School lah. Twilight pun ada. Fairytales.

Lastly, akibat fikirkan bajet, bajet, bajet.
Tema yang dipilih; Vintage Picnic. Ambil era 40 an.

Secondly, menentukan siapa yang akan ada dalam kumpulan ni dan tugasannya.
Pembantu aku ialah cousin aku juga, Nad dan buah hati si photographer, Sha.

Third, tempat.
Mula-mula plan nak ke Genting Highland, konon nak buat Fairytales. Tapi memandangkan Genting macam banyak sangat construction, jadi cancel.
Pilihan tempat; Taman Botani, Putrajaya.

Keempat, plan segala tentatif. Contoh, kostum.
Aku pun Google lah pakaian yang sesuai untuk tema Vintage ni. Baik lelaki, baik perempuan.
Antaranya;
Contoh dress perempuan.

Contoh pemakaian untuk lelaki.
Aku ada juga search beberapa pose untuk dijadikan panduan, jadi tak menggelabah,"Nak shoot gaya apa ya?"
Antaranya;


Seterusnya, props! Sangat penting untuk hidupkan suasana vintage picnic.
Jadi, aku pun buat research dan bertanya pada saudara terdekat kot-kot diaorang ada barangan lama.
Untuk hal ni, aku dapat sumbangan dari abang dan kakak ipar. Dekat rumah diaorang, aku perasan ada botol-botol air yang rekaan lama macam Coke, Sprite. Dan signboard iklan susu zaman lama punya.

Props untuk photoshoot ni pun kena ada. Macam hiasan bunga, buku, alphabet materials ke.

Makanan-makanan untuk piknik kena ada. Jadi, aku beli French Bread dekat Hero Supermarket, RM2 lebih je. Air sparkling, kek (tapi lupa bawak masa photoshoot T_T) , buah-buahan yang dibeli dekat pasar tani depan pejabat.

Utensils pun kena ada, contoh gelas, cawan corak Vintage (mak punya), sudu, piring.
Bakul rotan pun ada. Bakul yang mak beli untuk letak gift masa aku tunang hari tu.

Last but not least, tikar or kain alas untuk piknik. Tapi, dalam photoshoot ni aku guna throw warna merah yang aku beli dekat Ikea, jadi hiasan katil. Sonang, guna apa yang ada je.
Mula-mula nak pergi Kamdar beli kain petak-petak tu. Tapi, masuk bilik, nampak throw tu, senyum sinis. I'm sorry babeh.


Picnic Decoration
Untuk nampak aku ni semangat sangat, aku buatlah tentatif menggunakan Power Point.

My DIY Pre-Wedding Photoshoot - OMGTichaIsGettingMarried

Bila tiba hari tu, kami pergi 2 kereta. Bertolak pagi sebab tak nak nanti berlarutan ke tengah hari. Masa tu pun, paginya dah rasa bahang.

Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Walaupun aku dengan Si Hati malu-malu nak bergambar posing sakan, tapi okaylah. Walaupun tapak kasut Si Hati tertanggal, dia gagahkan juga dan senyum.

Jadi, sempena 60 days more to go, inilah hasil photoshoot tu. Vintage Picnic.

My DIY Pre-Wedding Photoshoot - OMGTichaIsGettingMarried



My DIY Pre-Wedding Photoshoot - OMGTichaIsGettingMarried

My DIY Pre-Wedding Photoshoot - OMGTichaIsGettingMarried

My DIY Pre-Wedding Photoshoot - OMGTichaIsGettingMarried

My DIY Pre-Wedding Photoshoot - OMGTichaIsGettingMarried

Hehehehe yang ni gambar biasa biasa je.


My DIY Pre-Wedding Photoshoot - OMGTichaIsGettingMarried

My DIY Pre-Wedding Photoshoot - OMGTichaIsGettingMarried

My DIY Pre-Wedding Photoshoot - OMGTichaIsGettingMarried


Lepas habis photoshoot, terus pergi IOI Mall, makan mi. Dalam kereta, masing-masing dah pengsan. Hahahaha!

My DIY Pre-Wedding Photoshoot - OMGTichaIsGettingMarried
My Marvelous Crew
Thank you so much to my superb crew! Mmuah mmuah..puiihh..Hahaha!

Itulah kisah angan-angan si Ticha nak ada pre-wedding photo tapi bajet tarak!
Nasib baik ada sepupu yang baik hati sudi tolong aku. Lap you guys!
Terima kasih juga pada yang meminjam dan menaja barang-barang macam ukulele, segala botol air, papan iklan susu, suspender dan topi serta stools.
Tak lupa yang sanggup bangun pagi padahal malam tadi tengok bola.
Perah keringat dan otak fikirkan idea.

Minta maaf kalau ada yang kurang.

So, siapa kata tak boleh buat sendiri? Hehhehe!


Ticha says: Masa ni lah tahu betapa pentingnya ikatan persaudaraan.

Thursday, 14 January 2016

80 Days More to Go - OMGTichaIsGettingMarried

Assalammualaikum. Hai!

Well, cerita OMGTichaIsGettingMarried mungkin akan memenuhi ruang blog Ticha ni.
Sebab Ticha tak pandai nak bagi tips or petua kecantikan, cara dapatkan body cantik mahupun tutorial make up. Teehee~

Pernah je, kan kita dok counting days our big day macam berapa hari lagi nak exam, berapa hari lagi birthday, berapa hari lagi nak habis praktikal. Paling orang kuat jadi pengira hari bila nak menikah. Maakk~~~

Aku ni jenis mengingat tarikh sesuatu benda macam of course birthday kawan, anniversary mama abah, tapi Si Hati tak. Hehehe. Nampak tak kontra dah di situ,

Aku tahu dia tak suka nak ada anniversary or counting days ni. Dia jenis follow the flow. Ni jenis tak ingat sejarah ni. Tapi, Sejarah aku failed. Hoho!

So, saja aku nak kenakan dia, saja nak buat dia cuak menggelabah, every 10 days left, aku akan alert dia. Macam hantar mesej '100 days more to go', tak pun hantar gambar dalam apps counting days aku dekat Whatsapp. Hahaha! Ni namanya dengki.

Apps yang aku guna untuk membilang hari ni ialah :

80 Days More to Go - OMGTichaIsGettingMarried
Gambar ehsan Google

Dreamdays App - Counting Day. Ni recommended by my cousin's wife. Panggil apa ya?

So this is what it looks like;

80 Days More to Go - OMGTichaIsGettingMarried

Ni muka depannya. Set kan lah event yang nak dibilangnya. Macam aku, aku set kan my wedding day as my skin for this apps. 

80 Days More to Go - OMGTichaIsGettingMarried

First sight? Tak boleh blah. Padahal first sight bukan tarikh tu. First sight, tu masa aku darjah enam dulu. Lama dah aku perhati budak ni. Hahaha!

80 Days More to Go - OMGTichaIsGettingMarried

Hi! Ni lah my wedding counting days skin looks like. Ini gambar masa buat pre-wedding photoshoot. DIY ya. Hasil pertolongan my cousins and my lil' brother yang dah tak little tu.

Actually, today is officially 79 days more to go. Rasa kelakar pun ada juga dok counting days ni. Sebenarnya, niat aku nak counting days sebab aku nak mengingatkan diri aku sendiri yang aku bakal melangkah ke dunia baru tak lama lagi. Dunia yang orang kata banyak pancaroba pancasitara. Jujurlah, aku sangat takut dan cuak. Like seriously I'm gonna be someone's wife? A daughter-in-law? Lepas ni nak kena jaga dua family besar. Sebab orang kata kita kahwin bukan dengan pasangan je, tapi bersama keluarga dia juga. 

Aku perhati je perangai menantu perempuan family aku, tak kira lah menantu mak aku ke, menantu mak cik aku ke, tapi yang paling aku perhati dan ambil sebagai peringatan ialah bini cousin aku yang bekerja sebagai pensyarah. Dia awal-awal lagi pesan dekat aku, mak suami kita, kita kena jaga kebajikan diaorang. Anggap macam mak sendiri. Aku macam,"Mampu ke aku?"Lebih merisaukan bila tengok mak-mak dok komen menantu diaorang. Apa lah agaknya yang bakal mak mertua aku akan umpat pasal aku? Hahaha!

1. Aku tak hebat memasak, tapi boleh masak.
2. Aku tak hebat kemas rumah, tapi aku boleh mengemas.
3. Aku tak hebat berborak tapi aku pendengar yang setia.
4. Aku tak hebat menjahit tapi aku tahu menjahit.
5. Aku garang orangnya tapi aku sayang keluarga aku.
6. Aku tak pandai orangnya tapi aku percaya pada usaha dan tawakal.

Harap-haraplah aku kuat semangat dan terbuka hati untuk belajar perbetulkan dan improve diri ini.
Harap-harap Tuhan akan lembutkan hati aku untuk beriman dengan teguh pada agamaNya.
Huuu..kita doa sama-sama ya!

InsyaAllah aku akan share pasal pre-wedding photoshoot DIY aku.

Wednesday, 19 August 2015

Love is in the air - Sticker Logo Door Gift - OMGTichaIsGettingMarried

Semut gigit lengan aku tanpa sebab.

Oh, baru aku sedar.

Aku berdarah manis sekarang.

O-M-G!!!

So, pernah dengar lagu Love is in The Air?


Aku jadikan tajuk lagu ni sebagai slogan majlis pertunangan aku.

Proses masa nak buat logo sticker ni nak kata senang pun tak, nak kata susah pun tak.
Sebab aku nak buat logo sticker untuk lekat dekat cenderahati / doorgift aku, tapi bajet tak berapa gagah.
Aku bernasib baik sebab cousin aku ni Graphic Designer freelance.
Dan bertambah bernasib baik bila dia tolong buatkan. Free of Charge! I like~~~

Mula-mula, apa tema warna atau warna apa yang aku nak.
Aku decided dark blue and mint green color.

Gambar ehsan Google.
Second, decide apa nak ada pada logo tu.


  • First letter of both name - S & A.
  • Date of my engagement day - 09082015
  • Majlis apa - Engagement Day
  • Dan semestinya slogan yang disayangi. Ahahaha!
Aku pilih bentik bulat untuk logo ni. Tapi kalau nak senang gunting, ambil bentuk bersegi.

Cousin aku akan bagi beberapa design, then aku pilih.

Love is in the air - Sticker Logo Door Gift - OMGTichaIsGettingMarried


Aku pilih font yang aku nak, susunan points yang aku nak macam S & A aku nak in the middle.
Aku ada bagi beberapa contoh logo hasil carian dekat Google.com. Untuk senangkan cousin aku. Yelah, FOC kannnn.

Aku ada request untuk letak gambar bentuk hati berterbangan ibarat Love is in the air gitu, untuk diletakkan sebagai background picture logo tu.

Contoh bunga hati berterbangan menyebarkan kasih sayang. Tiibe!
So, lepas dah settle design tu, aku pun print.

Aku print dekat kedai Achik di Melawati. Cousin aku dah setkan logo-logo tu dalam bentuk A3.
Dekat Achik tu, print sticker A3, RM5 sekeping. Aku print 4 helai (dalam 200+ logo). Dekat Achik tu ada perkhidmatan print sticker laser cut juga. Maksudnya, aku dah tak payah potong, tinggal ambil lekat terus. Sehelai dalam RM80. Tapi, seperti biasa, bajet~ So aku decided untuk potong sendiri je.
So, total bajet sticker RM20.00 = 200+ logo stickers.

Balik rumah, gunting. Nasib baik ada cousin baik hati tolong potongkan.

Love is in the air - Sticker Logo Door Gift - OMGTichaIsGettingMarried

Love is in the air - Sticker Logo Door Gift - OMGTichaIsGettingMarried

Love is in the air - Sticker Logo Door Gift - OMGTichaIsGettingMarried


Aku ada request juga Poem Poster.
Haa.. apakah itu...

Aku tulis poem berinspirasikan cerita 10 Things I hate About You.

Gambar ehsan Google
Plan aku nak letak Poem Poster ni dekat Dessert Table. 
So aku minta cousin aku design kan poster; Poem berlatarbelakangkan gambar sisi muka kitaorang. Tapi buat jadi shadow je.

Tema warna masih sama.

So, cousin aku came up with this.

Love is in the air - Sticker Logo Door Gift - OMGTichaIsGettingMarried

Beli frame RM5.30 dekat Daiso, frame up, then letak dekat Dessert Table. Settle.

Love is in the air - Sticker Logo Door Gift - OMGTichaIsGettingMarried
Letak dekat Dessert Table, bagi orang rasa kemanisan Love is in the Air~ Krik Krik Krik Krik


Kalau ada sesiapa nak upah cousin aku untuk design kad, logo, etc., boleh email dia dekat NadiahJamal92@yahoo.com . 

Fuuhhh... Baru cerita logo. Belum cerita isi doorgift, mini pelamin, baju, make up. Pergh~


Tichasays: Orang kata darah manis banyak nyamuk suka. Nnnnnyaaamukkk.



Sunday, 12 April 2015

Seorang Lelaki, 4 Orang Perempuan - Kursus Kahwin - OMGTichaIsGettingMarried

Assalammualaikum dan salam sejatera. Tak payah nak salam 1 Malaysia sangat.  Bukan tak ada semangat jati diri sayangi Malaysia, tapi sebab aku tak tahan bila teringat akibat salam 1,2,3 tu..

Minggu ni, aktiviti aku ialah......

Ya, kursus kahwin. Bila kita dengar orang tu hadirkan diri ke kursus kahwin, mesti orang akan ingat kita ni dah nak kahwin.

Aku ajak kawan-kawan aku masa aku kerja dekat Bank Negara dulu. Dan aku tanya Ila, dia cakap apa dekat mak dia.

"Kami kata kami pi teman hang nak pi kursus kahwen."

Aku tanya lagi, Julia (kawan kitaorang, sekerja) tak join sama ke?

"Dia nak tapi dia takut nak habaq kat mak dia."

Jangan kata Julia, aku pun hampir tipu mak aku sebab aku takut mak aku fikir aku gatai nak nikah.
Lagipun, masa tu aku tak bagi hint lagi dekat mama yang aku nak kahwin. Segan. Dan aku tak tahu pula yang mama okay je.

Aku terfikir balik. Dan aku kata dekat Ila macam ni,
"Kelakarlah kita ni. Pergi kursus kahwin pun takut nak habaq kat mak ayah. Padahal benda baik. Tapi bila nak pi seronok, tak dak pulak nak menipu bagai."

Pada aku, para ibu bapa sekalian, elok sangat bagi anak -anak hadirkan diri ke majlis ilmu kursu kahwin ni. Biar diaorang tahu hukum hakam, syarat-syarat dan tanggungjawab suami dan isteri.
Biar diaorang tahu matlamat perkahwinan ni apa sebenarnya. Bukan suka-suka nak kahwin. 
Seronok memang seronok bila kahwin. Kalau matlamat kita betul. Ha, tahu tak matlamat perkahwinan? Antaranya, untuk mendapatkan ketenangan jiwa dan rohani. Untuk mendapatkan zuriat. 

Jadi, 11hb April adalah tarikhnya.
Aku, Ila, Fuza dan Wahida serta partner aku pergilah kursus kahwin dekat Bangunan Medan Mara.
Medan Mara lama, tingkat 2, dekat dengan foodcourt.
Bayaran RM120.00 . 

Aku minta tolong si hati daftarkan untuk kami berempat dan dia. Dia just mesej orang tu untuk daftar.

Macam ni mesejnya:
MEDANMARA/<Nama Penuh>/<Tarikh untuk hadirkan diri,2 hari>

Contoh
MEDANMARA/NURUL WAHIDAH BINTI RAJLI/11-12/4/2015

dan hantar ke 0122943040 .

So, jadual untuk hari Sabtu start pukul 2.30 petang. Aku dengan si hati pergi sana naik LRT STAR Sentul ke Bandaraya. Then jalan kaki ke bangunan Medan Mara berwarna biru , belakang Busana. Busana sebelah Pertama, Pertama sebelah SOGO. Ha, nampak tak punyalah nak tunjuk dekat mana Mendan Mara tu.

Sampai sana tengok ada ramai perempuan dari lelaki. Mungkin diaorang pun macam kami, mai berkumpulan dengan kawan-kawan. Isi borang, bagi salinan I.C dan bayar. 

Dekat situ disediakan makanan juga. Macam Sarapan, tea-break, lunch, hi-tea.
Aku duduk depan sekali. Pergh....... Sebabnya menunggu kawan yang lain. Kono nak duduk sama-sama. Hmm.. sehari je. Besoknya diaorang bertiga duduk belakang sekali.

Penceramahnya semua lelaki. 
Diaorang ada lah bincang pasal Aqidah, Ibadah, Perkahwinan, Kesihatan, Stres dan Konflik, Pembubaran Perkahwinan, semua lah. Masa diaorang bagi taklimat, alhamdulillah diaorang ada lah buat lawak sikit, nak bagi kita tak bosan.  

Tapi kitaorang stok makan banyak. Lagi-lagi Fuza. Hahaha! Asal break je cari makanan untuk stok. Macam tengok wayang dah.

Antara yang aku ingat ialah bila masa akad nikah, ijab dan qabul, seorang wali kena akad dengan betul. Contoh, Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku dengan mas kahwin RM300 tunai. 
Itu kalau bapa hanya ada seorang anak perempuan je, macam aku. Tapi, kalau seorang bapa tu ada ramai anak perempuan, dia kena sebut nama anak perempuan yang dia nak nikahkan. Haa.. jaga-jaga ya.

Seorang wali hakim tidak digalakkan atau tak boleh dah tanya soalan-soalan dekat pengantin lelaki tu. Yelah, dia dahlah nervous, kau pergi tanya "Apa nama isteri kedua Nabi Muhammad saw?" "Siapa penasihat Rasulullah?" "Dalam surah Ar-Rahman, bacakan ayat yang diulang-ulang dalam surah tersebut." Tak ke naya orang tu. Dia bukan tak tahu. Dia tengah gemuruh. Kang kalau dia blur ke, tersasul ke, itu dah mengaibkan orang. Haa..

Masa hari kedua, ada ustaz tanya,"Siapa bawah umur dekat sini, jangan masuk. Yang umur 16 tahun ke. Ada?" Semua diam. Lepas tu, ustaz tu bertentang mata dengan aku. Ah, sudah!
"Saudari ni umur berapa tahun?" Ergh, dah agak dah. Dengan mulut yang berisi gula-gula Vita C perisa strawberi, "26."

Mata ustaz terbeliak, cakap pun gagap, "Dua, dua, dpoloh enam?"


Tak payah nak terkejut sangatlah ustaz. Come here, look closely, there are so many wrinkles under my eyebags.

Ada ustaz lain tanya aku, nak anak berapa orang? Aku jawab 4 orang. Tapi ikut logik aku rasa 3 orang. Yelah, umur elok berhenti pregnant 30 tahun macam tu. Tapi aku fikir, mak aku beranak adik bongsu umur 39 tahun, okay je. *wink*



Banyak benda boleh belajar sebenarnya, macam mana nak dapatkan perkahwinan yang aman damai dan diberkati. Set your mind ke arah positif bila nak hadir ke kursus ni. Ada yang cakap, "Boooorringg" Ada yang dah set nak tidur. Silaplah. Jangan. Tipulah kalau aku tak mengantuk. Aku mengantuk masa hari kedua, yang start pukul 8.30 pagi. So, aku cari cara untuk tak terlelap. Contohnya, aku melukis dekat file yang diaorang bagi. Bukanlah sepanjang taklimat. Tak. Bila rasa nak mamai mamai tu, aku buatlah garisan ke, bulat-bulat ke. Bunga ke. Lepas seminit dua, pandang penceramah balik. Kadang-kadang minum air, makan gula-gula.

So, pada yang nak hadirkan diri ke kursus kahwin, selamat mendapatkan ilmu. Ambil perhatian. Kahwin ni banyak prosedur tau. Bukan kursus je, kena pergi isi borang mendapatkan kebenaran berkahwin, kena buat HIV Test. 

Untuk orang Kuala Lumpur, yang nak tahu lebih lanjut pasal tempat kursus kahwin yang aku attended ni, boleh tengok dekat blog diaorang Daftar Kursus Kahwin .

Untuk Ila, Fuza dan Wahida, thank you so much sebab sanggup teman kami attend kursus kahwin ni du hujung minggu korang. Aku tau korang sangatlah busy di bank tu. Tapi tak apa, korang dah ada sijil kursus pra-perkahwinan yang validity nya sampai bila-bila! Yeay! Dan korang dapat elakkan diri dari kena hadap ujian kursus perkahwinan. Yeay! Sebab banyak penceramah kata Tahniah dekat kitaorang sebab terselamat dari ujian tu. Diaorang dah hampir siapkan soalan-soalan ujian dan mungkin akan bermula pada bulan Mei/Jun. Selamatlah korang......


Seorang Lelaki, 4 Orang Perempuan - Kursus Kahwin - OMGTichaIsGettingMarried


Thank you untuk Kursus Kahwin di Medan Mara atas perkhidmatan anda. Dan buat cik gadis yang bercermin mata, berpakaian ketat, bertudung itu, jaga-jagalah sikit bahasa awak tu, lagi-lagi depan penceramah yang seorang uztaz dan berusia. Tak perlu burukkan nama peserta. "Saya dah bagitau dorang suruh datang pukul 8.30, bannngaang betul." Kau ingat aku tak dengar? Kau nampak kan aku tenung kau. Macam tu kau cakap dengan ustaz? Tak apa lah. Agaknya kau kecut perut bila ustaz tu marah ada peserta lambat. 

Siapa suruh hantar mesej macam ni?

Seorang Lelaki, 4 orang perempuan - Kursus Kahwin - OMGTichaIsGettingMarried


9 Pagi?
Kau dah lama kerja ke, baru seminggu?
Meh aku ajar. Kalau nak orang datang awal, kalau majlis start pukul 8.30 pagi, kata dekat diaorang majlis mula pukul 8.00 pagi. Okay? Ngerti ngak?

Selamat menjalani proses persediaan perkahwinan. :)

Tichasays: Kursus pra-perkahwinan bukan tanda awak gatai nak kahwin, ini ilmu, Jangan malu. Nanti rugi.


Wednesday, 8 April 2015

Kami Dah Beritahu Mama - OMGTichaIsGettingMarried ?

"Sya, abang dah bagitau mama."


Akhirnya, si hati beritahu juga hasrat di hati nak pinang si bunga kuncup ni.

Aku dah lama suruh dia beritahu parents dia pasal nak pinang aku, kalau nak nikah tahun ni.
Tapi dia tak beritahu. Aku pun macam half hearted dah nak fikir pasal kahwin.

Entah kenapa last week aku dapat rasa yang dia akan beritahu parents dia. And I damn right.

Si hati kata dia punyalah menggeletar masa nak bagitahu mama dia. Tapi dia tarik nafas, "Mama, along ada benda nak bagitau mama." Dan bermulalah....

Mak dia ada lah cakap yang dia nak menantu ringan tulang. 
Aku bukanlah pemalas, tapi kalau sekali aku buat kerja, aku akan non-stop buat kerja. Kerja rumah maksud aku. Sampai kadang-kadang aku lupa nak makan. Mak aih, terok perangai.

Tapi kalau maksud ringan tulang ada lah menjadi seorang Cinderella, minta maaflah. Tapi kalau maksudnya menjadi seorang menantu yang baik dengan mertua, InsyaAllah, moga Allah permudahkan. 

Bila dengar si hati punya cerita malam tu, aku macam,


Tapi keesokan harinya,


I'm getting married???

Then the next day he said that his parents have decided on several things like, berapa dulang hantaran, bila tarikh bertunang. 

Parents dia akan pergi haji tahun ni, so mereka agak busy. Plus, there ain't any hall room to be rent for this year!

So, they've decided untuk bertunang Ogos ni. 

Tapi apa-apa pun, mereka akan berbincang lagi.

The best part is bila turn aku nak bagitahu mama aku.

"Ma, hujung bulan 4 ni free?"
"Kenapo? Tak tahu lah, Belom ado appoinment laei."
"Ada tetamu nak datang."

Ting! And my mama got the message.

Dan soalan pertama,
"Kita nak buat majlis bertunang kat mana, dik?"
~~~~~~~~Silent~~~~~~~~Blur~~~~~~~~~

Rumah aku rumah atas.
So, aku rasa macam tak muat. Huhuhuhu...
Akan dibincangkan lagi.


So!
Doakan aku ya! Doakan perjalanan kami nak bina masjid berjalan lancar.
Amiin..


*Gambar dan GIF ehsan hasil carian Google.

Tichasays: Aku blur. Aku blur. Aku blur. Kehendak atau keperluan?

Monday, 30 March 2015

Nafsu Cincin



Ada Twitter?

Aku dari tahun lepas ada follow satu Twiiter account ni > Ring Porn.
Aku follow sebab saudara ipar aku re-tweet gambar pasal perkahwinan.
Sejak tu, aku follow Ring Porn dan Wedding Porn.
Dan terjerumus ke Room Porn dimana dia tunjuk gambar perhiasan bilik tidur.
Berbalik pada Ring Porn.

Hari Sabtu lepas, aku dan si hati decided to go to Habib Jewels dekat shopping mall area Setapak.
Sebab Habib bagi mesej dekat aku yang diaorang ada buat promosi. Plus Hanan, kawan sepejabat aku suruh aku pergi beli cincin sebelum GST sebab barangan emas dan perak bakal dikenakan GST.

Aku pergi agak lewat sebab aku dari Pantai Aceh, then sesak dekat Federal Highway.
Masa tu lagi 10 minit shopping mall nak tutup. Even masa kitaorang pergi, bodygouard kedai Habib tu dah tarik pagar.

Kitaorang tengok cincin emas ala belah rotan. Si hati tunjuk satu design emas bersalut emas putih. Dia kata dia prefer macam tu. Aku masa tu letih sangat dan bila aku pegang, rasa ringan je cincin tu.
Aku takut mama macam fikir,"Kenapa ringan bonar cincin nih?"

Lastly, tak ada size pun untuk jari aku. Penjual kata aku kena tempah. Dia bagi set saiz cincin. Aku saiz 4, tapi aku pilih 5 sebab aku takut lepas kahwin aku gemuk. -_-"

"Kalau cik tempah sekaranh, cik kena bayar bila dah siap cincin tu," kata jurujual Habib tu.
"So, memang kena GST jugalah ye?" Tanya si hati. Jurujual tu senyum pasrah then angguk perlahan. Dia faham yang kitaorang nak elak harga GST. Tapi apakan daya,~~ *lagu sedih bercampur lagu GST*

Jadi untuk mengubati kepiluan kesedihan kesayuan kesentapan dalam hati ini, aku pun tengoklah gambar-gambar cincin dekat Ring Porn.

Aku suka Tiffany and Co. Tak tahu kenapa. So, ini antara 10 cincin yang aku sempat scroll dan muat turun dimasa mencuri tulang sewaktu bekerja *Jangan tiru aksi ini kalau tak nak kena tembakan sinis dari bos di bilik meeting*

Cincin 01

Cincin 02

Cincin 03

Cincin 04

Cincin 05

Cincin 06

Cincin 07

Cincin 08

Cincin 09

Cincin 10
Ini antara cincin pertunangan yang berjaya buat aku menjerit kecil bila tengok. Menjerit kecil je ya, nanti kantoi dengan ketua.

Aku suka cincin yang kecil tapi wow! Haa..dapat rasa tak apa aku rasa? Tapi untuk cincin tunang lah. Aku paling suka nombor 4. Untuk cincin tunang, aku nak emas. Mesti orang kata macam makcik-makcik, mami jarum ke hape. Pada aku, sebab aku nak jadikan sebagai harta. Cincin kahwin kalau nak diamond ke platinum ke hape ke, tak kisah.

Hmm, hopefully berjalan lancarlah. Mama dah tanya aku semalam, "Bila *si hati* nak masuk minang ni?" Aku macam "Err...nanti dia masuklah. Tengah pilih cincin lagi. Tak tahu mama nak yang macam mana." Nampak tak aku cuba nak ubah situasi supaya tak nampak serius sangat. Mama pelik je dengar jawapan aku. "Apo kono mongono dengan mama pullakk.."

Tapi mama ada pesan, sebelum hantar mama ayah si hati datang merisik, jumpa mama abah aku dulu untuk berbincang. Aku dengar je, berbunga hati. Green light! Teehee~

Doa-doakanlah  kami ya!

Tichasays: Aku dan si hati adalah salah sepasang bakal pengantin GST. T_T