Yaaaa!!! Less than 3 months???
Okay, fuuh.. Sedapkan hati.
Lagi 2 bulan.
Weyyyyy tak menyedapkan hati langsung!
Kejap, sakit perut. Pi ladies sat.
.............................................
Okay, kita teruskan dengan topik kita iaitu Ticha's DIY Pre-Wedding Photoshoot.
DIY tak DIY sangatla. It's just Ticha tak upah jurugambar profesional.
So, siapa jadi jurugambar untuk sesi bergambar ni?
Photographer: Cousin Ticha - Faizal dan dibantu oleh adik aku, Jikeri Jikeri Puff. LOL.
Benda pertama yang aku buat ialah dengan menentukan TEMA.
Macam-macam tema keluar. Winter Sonata lah. Korean drama lah. Back to School lah. Twilight pun ada. Fairytales.
Lastly, akibat fikirkan bajet, bajet, bajet.
Tema yang dipilih; Vintage Picnic. Ambil era 40 an.
Secondly, menentukan siapa yang akan ada dalam kumpulan ni dan tugasannya.
Pembantu aku ialah cousin aku juga, Nad dan buah hati si photographer, Sha.
Third, tempat.
Mula-mula plan nak ke Genting Highland, konon nak buat Fairytales. Tapi memandangkan Genting macam banyak sangat construction, jadi cancel.
Pilihan tempat; Taman Botani, Putrajaya.
Keempat, plan segala tentatif. Contoh, kostum.
Aku pun Google lah pakaian yang sesuai untuk tema Vintage ni. Baik lelaki, baik perempuan.
Antaranya;
Contoh dress perempuan. |
Contoh pemakaian untuk lelaki. |
Antaranya;
Seterusnya, props! Sangat penting untuk hidupkan suasana vintage picnic.
Jadi, aku pun buat research dan bertanya pada saudara terdekat kot-kot diaorang ada barangan lama.
Untuk hal ni, aku dapat sumbangan dari abang dan kakak ipar. Dekat rumah diaorang, aku perasan ada botol-botol air yang rekaan lama macam Coke, Sprite. Dan signboard iklan susu zaman lama punya.
Props untuk photoshoot ni pun kena ada. Macam hiasan bunga, buku, alphabet materials ke.
Makanan-makanan untuk piknik kena ada. Jadi, aku beli French Bread dekat Hero Supermarket, RM2 lebih je. Air sparkling, kek (tapi lupa bawak masa photoshoot T_T) , buah-buahan yang dibeli dekat pasar tani depan pejabat.
Utensils pun kena ada, contoh gelas, cawan corak Vintage (mak punya), sudu, piring.
Bakul rotan pun ada. Bakul yang mak beli untuk letak gift masa aku tunang hari tu.
Last but not least, tikar or kain alas untuk piknik. Tapi, dalam photoshoot ni aku guna throw warna merah yang aku beli dekat Ikea, jadi hiasan katil. Sonang, guna apa yang ada je.
Mula-mula nak pergi Kamdar beli kain petak-petak tu. Tapi, masuk bilik, nampak throw tu, senyum sinis. I'm sorry babeh.
Picnic Decoration |
Bila tiba hari tu, kami pergi 2 kereta. Bertolak pagi sebab tak nak nanti berlarutan ke tengah hari. Masa tu pun, paginya dah rasa bahang.
Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Walaupun aku dengan Si Hati malu-malu nak bergambar posing sakan, tapi okaylah. Walaupun tapak kasut Si Hati tertanggal, dia gagahkan juga dan senyum.
Jadi, sempena 60 days more to go, inilah hasil photoshoot tu. Vintage Picnic.
Hehehehe yang ni gambar biasa biasa je.
Lepas habis photoshoot, terus pergi IOI Mall, makan mi. Dalam kereta, masing-masing dah pengsan. Hahahaha!
My Marvelous Crew |
Itulah kisah angan-angan si Ticha nak ada pre-wedding photo tapi bajet tarak!
Nasib baik ada sepupu yang baik hati sudi tolong aku. Lap you guys!
Terima kasih juga pada yang meminjam dan menaja barang-barang macam ukulele, segala botol air, papan iklan susu, suspender dan topi serta stools.
Tak lupa yang sanggup bangun pagi padahal malam tadi tengok bola.
Perah keringat dan otak fikirkan idea.
Minta maaf kalau ada yang kurang.
So, siapa kata tak boleh buat sendiri? Hehhehe!
Ticha says: Masa ni lah tahu betapa pentingnya ikatan persaudaraan.
No comments:
Post a Comment