Sunday, 12 April 2015

Seorang Lelaki, 4 Orang Perempuan - Kursus Kahwin - OMGTichaIsGettingMarried

Assalammualaikum dan salam sejatera. Tak payah nak salam 1 Malaysia sangat.  Bukan tak ada semangat jati diri sayangi Malaysia, tapi sebab aku tak tahan bila teringat akibat salam 1,2,3 tu..

Minggu ni, aktiviti aku ialah......

Ya, kursus kahwin. Bila kita dengar orang tu hadirkan diri ke kursus kahwin, mesti orang akan ingat kita ni dah nak kahwin.

Aku ajak kawan-kawan aku masa aku kerja dekat Bank Negara dulu. Dan aku tanya Ila, dia cakap apa dekat mak dia.

"Kami kata kami pi teman hang nak pi kursus kahwen."

Aku tanya lagi, Julia (kawan kitaorang, sekerja) tak join sama ke?

"Dia nak tapi dia takut nak habaq kat mak dia."

Jangan kata Julia, aku pun hampir tipu mak aku sebab aku takut mak aku fikir aku gatai nak nikah.
Lagipun, masa tu aku tak bagi hint lagi dekat mama yang aku nak kahwin. Segan. Dan aku tak tahu pula yang mama okay je.

Aku terfikir balik. Dan aku kata dekat Ila macam ni,
"Kelakarlah kita ni. Pergi kursus kahwin pun takut nak habaq kat mak ayah. Padahal benda baik. Tapi bila nak pi seronok, tak dak pulak nak menipu bagai."

Pada aku, para ibu bapa sekalian, elok sangat bagi anak -anak hadirkan diri ke majlis ilmu kursu kahwin ni. Biar diaorang tahu hukum hakam, syarat-syarat dan tanggungjawab suami dan isteri.
Biar diaorang tahu matlamat perkahwinan ni apa sebenarnya. Bukan suka-suka nak kahwin. 
Seronok memang seronok bila kahwin. Kalau matlamat kita betul. Ha, tahu tak matlamat perkahwinan? Antaranya, untuk mendapatkan ketenangan jiwa dan rohani. Untuk mendapatkan zuriat. 

Jadi, 11hb April adalah tarikhnya.
Aku, Ila, Fuza dan Wahida serta partner aku pergilah kursus kahwin dekat Bangunan Medan Mara.
Medan Mara lama, tingkat 2, dekat dengan foodcourt.
Bayaran RM120.00 . 

Aku minta tolong si hati daftarkan untuk kami berempat dan dia. Dia just mesej orang tu untuk daftar.

Macam ni mesejnya:
MEDANMARA/<Nama Penuh>/<Tarikh untuk hadirkan diri,2 hari>

Contoh
MEDANMARA/NURUL WAHIDAH BINTI RAJLI/11-12/4/2015

dan hantar ke 0122943040 .

So, jadual untuk hari Sabtu start pukul 2.30 petang. Aku dengan si hati pergi sana naik LRT STAR Sentul ke Bandaraya. Then jalan kaki ke bangunan Medan Mara berwarna biru , belakang Busana. Busana sebelah Pertama, Pertama sebelah SOGO. Ha, nampak tak punyalah nak tunjuk dekat mana Mendan Mara tu.

Sampai sana tengok ada ramai perempuan dari lelaki. Mungkin diaorang pun macam kami, mai berkumpulan dengan kawan-kawan. Isi borang, bagi salinan I.C dan bayar. 

Dekat situ disediakan makanan juga. Macam Sarapan, tea-break, lunch, hi-tea.
Aku duduk depan sekali. Pergh....... Sebabnya menunggu kawan yang lain. Kono nak duduk sama-sama. Hmm.. sehari je. Besoknya diaorang bertiga duduk belakang sekali.

Penceramahnya semua lelaki. 
Diaorang ada lah bincang pasal Aqidah, Ibadah, Perkahwinan, Kesihatan, Stres dan Konflik, Pembubaran Perkahwinan, semua lah. Masa diaorang bagi taklimat, alhamdulillah diaorang ada lah buat lawak sikit, nak bagi kita tak bosan.  

Tapi kitaorang stok makan banyak. Lagi-lagi Fuza. Hahaha! Asal break je cari makanan untuk stok. Macam tengok wayang dah.

Antara yang aku ingat ialah bila masa akad nikah, ijab dan qabul, seorang wali kena akad dengan betul. Contoh, Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku dengan mas kahwin RM300 tunai. 
Itu kalau bapa hanya ada seorang anak perempuan je, macam aku. Tapi, kalau seorang bapa tu ada ramai anak perempuan, dia kena sebut nama anak perempuan yang dia nak nikahkan. Haa.. jaga-jaga ya.

Seorang wali hakim tidak digalakkan atau tak boleh dah tanya soalan-soalan dekat pengantin lelaki tu. Yelah, dia dahlah nervous, kau pergi tanya "Apa nama isteri kedua Nabi Muhammad saw?" "Siapa penasihat Rasulullah?" "Dalam surah Ar-Rahman, bacakan ayat yang diulang-ulang dalam surah tersebut." Tak ke naya orang tu. Dia bukan tak tahu. Dia tengah gemuruh. Kang kalau dia blur ke, tersasul ke, itu dah mengaibkan orang. Haa..

Masa hari kedua, ada ustaz tanya,"Siapa bawah umur dekat sini, jangan masuk. Yang umur 16 tahun ke. Ada?" Semua diam. Lepas tu, ustaz tu bertentang mata dengan aku. Ah, sudah!
"Saudari ni umur berapa tahun?" Ergh, dah agak dah. Dengan mulut yang berisi gula-gula Vita C perisa strawberi, "26."

Mata ustaz terbeliak, cakap pun gagap, "Dua, dua, dpoloh enam?"


Tak payah nak terkejut sangatlah ustaz. Come here, look closely, there are so many wrinkles under my eyebags.

Ada ustaz lain tanya aku, nak anak berapa orang? Aku jawab 4 orang. Tapi ikut logik aku rasa 3 orang. Yelah, umur elok berhenti pregnant 30 tahun macam tu. Tapi aku fikir, mak aku beranak adik bongsu umur 39 tahun, okay je. *wink*



Banyak benda boleh belajar sebenarnya, macam mana nak dapatkan perkahwinan yang aman damai dan diberkati. Set your mind ke arah positif bila nak hadir ke kursus ni. Ada yang cakap, "Boooorringg" Ada yang dah set nak tidur. Silaplah. Jangan. Tipulah kalau aku tak mengantuk. Aku mengantuk masa hari kedua, yang start pukul 8.30 pagi. So, aku cari cara untuk tak terlelap. Contohnya, aku melukis dekat file yang diaorang bagi. Bukanlah sepanjang taklimat. Tak. Bila rasa nak mamai mamai tu, aku buatlah garisan ke, bulat-bulat ke. Bunga ke. Lepas seminit dua, pandang penceramah balik. Kadang-kadang minum air, makan gula-gula.

So, pada yang nak hadirkan diri ke kursus kahwin, selamat mendapatkan ilmu. Ambil perhatian. Kahwin ni banyak prosedur tau. Bukan kursus je, kena pergi isi borang mendapatkan kebenaran berkahwin, kena buat HIV Test. 

Untuk orang Kuala Lumpur, yang nak tahu lebih lanjut pasal tempat kursus kahwin yang aku attended ni, boleh tengok dekat blog diaorang Daftar Kursus Kahwin .

Untuk Ila, Fuza dan Wahida, thank you so much sebab sanggup teman kami attend kursus kahwin ni du hujung minggu korang. Aku tau korang sangatlah busy di bank tu. Tapi tak apa, korang dah ada sijil kursus pra-perkahwinan yang validity nya sampai bila-bila! Yeay! Dan korang dapat elakkan diri dari kena hadap ujian kursus perkahwinan. Yeay! Sebab banyak penceramah kata Tahniah dekat kitaorang sebab terselamat dari ujian tu. Diaorang dah hampir siapkan soalan-soalan ujian dan mungkin akan bermula pada bulan Mei/Jun. Selamatlah korang......


Seorang Lelaki, 4 Orang Perempuan - Kursus Kahwin - OMGTichaIsGettingMarried


Thank you untuk Kursus Kahwin di Medan Mara atas perkhidmatan anda. Dan buat cik gadis yang bercermin mata, berpakaian ketat, bertudung itu, jaga-jagalah sikit bahasa awak tu, lagi-lagi depan penceramah yang seorang uztaz dan berusia. Tak perlu burukkan nama peserta. "Saya dah bagitau dorang suruh datang pukul 8.30, bannngaang betul." Kau ingat aku tak dengar? Kau nampak kan aku tenung kau. Macam tu kau cakap dengan ustaz? Tak apa lah. Agaknya kau kecut perut bila ustaz tu marah ada peserta lambat. 

Siapa suruh hantar mesej macam ni?

Seorang Lelaki, 4 orang perempuan - Kursus Kahwin - OMGTichaIsGettingMarried


9 Pagi?
Kau dah lama kerja ke, baru seminggu?
Meh aku ajar. Kalau nak orang datang awal, kalau majlis start pukul 8.30 pagi, kata dekat diaorang majlis mula pukul 8.00 pagi. Okay? Ngerti ngak?

Selamat menjalani proses persediaan perkahwinan. :)

Tichasays: Kursus pra-perkahwinan bukan tanda awak gatai nak kahwin, ini ilmu, Jangan malu. Nanti rugi.


No comments:

Post a Comment