Kulari ke hutan kemudian teriakku
Kulari ke pantai kemudian menyanyiku
Sepi.. sepi,, sendiri, aku benci
Aku ingin bingar, aku ingin di pasar
Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika kusendiri
Pecahkan saja gelasnya biar ramai!
Biar mengaduh sampai gaduh
Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang di tembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya
Biar terdera..
Atau aku harus lari ke hutan, belok ke pantai?
Aku suka sangat puisi ni.
Dan ceritanya sekali. Filem yang berjaya membuka minat aku untuk menulis puisi masa aku sekolah menengah.
Kau tahu kan zaman tu kan zaman kegelapan remaja. Zaman memberontak. Zaman kesunyiaan. Zaman nak kenal kawan mana baik, kawan mana tikam belakang. Bila abang aku hadiahkan aku VCD filem ni, aku terpegun sangat tengok keindahan sebuah seni puisi. Dan baru aku tahu apa minat aku sebenarnya. Mula dari satu, dah masuk buku kedua koleksi puisi yang aku cipta. Segala benda, aku tulis dalam bentuk puisi.
Beberapa minggu lepas, aku tengok balik filem tu. Dekat pejabat. Hohoho!
Dan minggu lepas, aku dan partner pergi kenduri kawan kami di Shah Alam. Lepas attend kenduri, kami cadang nak pergi ke Pulau Indah, tempat kerja si hati. Aku dapatlah tengok keadaan Pulau Indah tu yang totally out of Shah Alam figure land. Kau rentas jambatan merentas laut, terus pooff! Where am I?
Si hati bawa aku pergi tengok bangunan tempat kerja dia dan kawasan perumahan rumah dia.
"Nak pergi gurun tak?"
Si hati bawa aku pergi satu tempat nun hujung pulau.
"Cantik pokok ni."
"Cantik pokok ni?"
"Cantik pokok ni.."
Si hati pelik dengar aku kata pokok tu cantik. Selepas dan lalu jalan berliku melalui 'gurun' ni, sampailah aku ke sini...
Kulari ke hutan kemudian teriakku
Kulari ke pantai kemudian menyanyiku
Itu yang bermain dalam kepala otak aku masa aku sampai sini.
Terubat sikit rasa rindu aku pada pantai dan laut. Bagi yang betul-betul rapat dengan aku, tahu aku ni suka pergi pantai dan tengok laut. Lepas tu, aku akan diam je.
Tak lama pun dekat sana.
Lalu balik kawasan tanah lapang.
Atau aku harus lari ke hutan, belok ke pantai?
Ayat ni pula bermain dalam kepala otak aku masa nak balik.
Masa balik nak ke arah Kuala Lumpur, hujan selebat-lebatnya. Si hati kata sepanjang dia duduk Pulau Indah, baru ni ada hujan.
Terima kasih hati sebab bawa ke tempat indah ni.
Orang tak ramai. Tenang je.
Sekarang ni, aku duduk termenung je, merenung ke luar jendela~
Meh la termenung sama,
Tichasays: Kalau benar awan itu mengasyikkan, biar saja ia di depanku.
No comments:
Post a Comment