4 Mac 2015. Pagi ni pergi kerja anak buah ikut sekali. Tak pernah budak tiga tahun ni tidur dekat rumah aku. Dah jadi abang dah dia. Andika, Ti Cha sayang kamu selalu.
The Lost World
Disebabkan untuk naik Jurassic Park Rapid Adventure ni kena beratur lama even for Universal Express Pass holder (dalam sejam juga masa orang tu beritahu), kami pun pergi naik benda lain iaitu Canopy Flyer. Permainan ni bagi aku kalau orang yang cepat gayat agak cuak sikitlah sebab kaki kita tergantung, tak ada tempat letak kaki. Tempat duduk ada lah. Kejap saja game ni, tapi sebab kaki tergantung, mungkin ada yang takut sikit.
Lepas tu, kami pergi Far Far Away! Skip kejap ya cerita Far Far Away ni, sebab kami patah balik ke kawasan The Lost World > Far Far Away balik. Skip kejap. Habiskan kisah The Lost World ni.
Pernah tengok cerita Waterworld tak? Saja tanya. Aku tak pernah pun tengok. Yang ni kitaorang tengok persembahan ala teater gitu. Ada tiga bahagian, Wet, Splash, Dry. Kalau korang tak nak kena simbah air, silalah duduk di belakang ya. Kalau duduk depan, tak pasal-pasal kena tembak dengan air. Lagi sekali, aku kagum tengok persembahan dan aksi lasak dorang. Lagi kagum bila tengok pelakon perempuan dok gayut dekat tali, jatuh dalam air, naik tangga menegak, panjat ini itu. Pergh! MC kau berapa hari weyh! Overall, aksi yang menarik. Tak boleh blah macam-macam bot dan jetski kau bawa masuk set. Kapal terbang pun ada!
Hampir 50 minit kitaorang beratur dekat Jurassic Park Rapids Adventure. Attention ya, ini kalau guna pas ekspres, kalau tak, beratur hampir 2-3 jam. Tapi, maybe sebab masa tu raya cina, so, ramailah. Game ni, kalau kau tak rela dilencunkan, sila pakai poncho, baju hujan, baju kalis air. Ada jual poncho dekat depan bangunan ride ni. Even masa beratur pun ada vending machine jual poncho. Masa tu harga poncho $4. Qila kata dah naik harga berbanding dia pergi dulu. Kesimpulan ride ni, silalah hayati gambar di bawah.
Basahnya mencurigakan. T_T |
Far Far Away
Yeeeeaahh! Aku nampak Far Far Away Castle! Istana ni diambil dari cerita Shrek. Masa tengok bangunan tu, aku rasa macam roh kanak-kanak berangan princess rasuk badan aku. Hehehehe! Titew jadi pwincess~
Dekat sana, kami masuk Shrek 4-D Adventure. Dia macam tengok wayang selama 10-15 minit. Kot. Dia akan bagi cermin mata 3D. Nanti korang tengok macam mana Shrek nak selamatkan Fiona. Sepanjang korang tengok tu, ada lah yang jadi nanti. Hehehe!
Far Far Away Castle |
Satu lagi persembahan yang aku boleh katakan not bad ialah di Donkey Live. Kita boleh tengok si Donkey dalam filem Shrek tu, berinteraksi dengan kita. Aku mula-mula ingatkan video rakaman. Tapi bila salah seorang penonton berinteraksi dengan keldai tu, baru aku tahu ianya live. Canggih betul teknologi.
Bekas tapak kaki dan hidung Pinocchio. |
Roller Coaster! Ingat nak naik yang dekat area Sci-fi, tapi tutup! Hahahaha! So, dapat naik dekat Enchanted Airways pun jadilah. Seronok gak.
Landasan Enchanted Airways yang dikatakan menyerupai Wekoma Junior Coaster. Gambar ehsan dari Wikipedia. Thank you. |
Teringat Oya yang tak dapat turut serta. :( |
Madagascar
~I like to move it! Move it! You like to MOVE IT!~ Feeling seorang menyanyi lagu tu dalam hati bila masuk kawasan ni. Dekat sini, kitaorang naik Madagascar: A Crate Adventure . Naik bot untuk jelajah kawasan kargo yang ada watak kartun Madagascar macam si singa tu, si badak, zirafah, zebra. Aku tak tahu nama watak, aku tahu nama binatang je. Heeee~
Then, kitaorang dah tak tahu nak naik apa, naik carousel pun jadilah. Comel what! King Julien's Beach Party-Go-Round ni untuk suka-suka gembirakan hati okaylah. Budak-budak suka.
Kesian nenek tu, Izan. Tak apa. Dia minum Terlajak Laghihhhh~ |
Then kami sampai semula ke New York area. Kami tengok naik ride Sesame Street Spaghetti Space Chase . Sama macam Madagascar juga, kami naik space-ship dan menjelajah pengembaraan si Elmo. Kitaorang ada tengok persembahan muzikal When I grow up dari karekter Sesame Street. Seronok juga sebab watak-watak dalam baju maskot tu akan turun pentas dan ajak menari bersama. Izan yang ajak tengok show ni. Qila rasa terharu dapat tengok watak kartun yang dia tengok masa kecil ada dekat depan mata.
Sesame Street Spaghetti Space Chase |
When I Grow Up - Sesame Street Musical Show |
Memandangkan hari tu USS melanjutkan waktu operasi mereka dari pukul 7 malam ke 9 malam, kitaorang jalan-jalan cari cenderahati. Dapat ketap gigi je tengok cenderahati yang best, sebab takut bajet untuk balik Johor tak cukup. Tapi, aku dapat beli fridge magnet untuk boyfriend aku, sebab dia kirim, and poskad untuk aku. Memang bajet aku tak termasuk shopping pun.
Masa nak membeli, ada persembahan bunga api. Aku berlari keluar dari kedai nak tengok, punyalah jakun.
Keluar dari USS, kami tangkap gambar dekat depan tugu bebola Universal tu. Wajib woh! Sebabkan tak lah ramai mana, haa kau. Melompat sana sini.
Kami balik ke Johor dengan menaiki bas pukul 10 malam. Nasib ada bas lagi. Fuuh~
Gambar wajib. |
Overall, memang pengalaman yang menarik bagi aku. Ini adalah travel ke luar negara pertama aku. Maksudnya, aku pergi sendiri, bukan dengan family lah. Lepas je ada pengalaman macam ni, kaki ni gatal je nak travel lagi. Amboiiii... Tak apa lah kan, luas pemandangan. Baru aku tahu escalator Singapura lagi laju dari Malaysia. Baru aku tahu toilet diaorang tak ada paip air dekat jamban. Baru aku tahu orang Singapura ni macam mana. Bahasa yang digunakan. Masa dalam MRT, kami bertiga je bertudung dalam gerabak tu. Gulp. Berlapar bersama, berkongsi makan dan minum. Nasib baik USS ada sediakan water filter untuk minum. Bayangkan kami tengok budak makan aiskrim, telan air liur je. Kami makan coklat Snickers sambil berangan konon tengah makan mi bandung, nasi ayam, tom yam dan air bandung. Bila sampai Johor dan tengok perkataan 'RM', aku rasa lega sangat. Bayangkan masa kami pergi jalan-jalan dekat Candilicious, ada promoter bagi sebiji coklat Reese untuk tester. Punyalah happy sampai makan sikit-sikit je. Oh, harga tiket bas untuk balik $7.
So, pada yang nak pergi USS nanti, harap cerita aku dapat bagi sedikit sebanyak maklumatlah ya. Memang susah kalau pergi tempat orang, tak belajar dulu pantang larangnya.
Ada info yang lagi menarik pasal USS? Share okay!
Gonna miss Universal Studios Singapore!
Tichasays: For those yang baik hati nak tengok video yang Ticha buat, jemput tengok ya. Tengok je. Jangan share. Tiibe bajet. Ke Universal Studios Singapore ke Kita? "Aku nak pergi! Aku nak pergi!"
No comments:
Post a Comment