Tuesday, 24 March 2015

hashtag : Kami Pusing KL - Rangkap Kedua

Ticha

Sampai dalam 11.49 pagi. Parking bawah pokok. Panasnya mak aih. Dengan perut lapar tak sarapan lagi. Depan mata aku ada sebuah keretapi lama. Warna merah. 

Ticha

Masuk je pintu gerbang, Muzium Negara, "Saya nak pergi toilet dululah." Dua-dua orang pergi serbu tandas dengan bayaran 30 sen.

Ya, rancangan #KamiPusingKL, alhamdulillah masih dijalankan. Tempat kedua yang kami tuju ialah Muzium Negara. Tau tak dekat mana?

Jalan Damansara, Tasik Perdana, 50566 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ticha

Dibuka dari pukul 9.00 pagi sampai 6.00 petang, dengan bayaran masuk RM2.00 untuk pemegang MyKad Dewasa. Untuk maklumat lanjut pasal bayaran dan cara nak pergi >>> Muzium Negara

Ticha

Aku pergi sana dengan teman hati aku a.k.a partner in crime untuk buat rancangan ni. 

Ticha
Pameran kereta dekat luar pintu muzium.
Beli tiket, then bagi tiket dekat pak cik yang tercongok dekat depan pintu masuk muzium. Aku ingatkan cleaner. Sorry pak cik.

Ticha

Ticha

Masuk je, dah kena naik tangga. Dekat situ, mari kita mulakan dengan sejarah awal iaitu di bahagian A. Dekat situ korang boleh tengok barang-barang penemuan zaman Paleolitik, Neolitik, Zaman Logam apa semua tu la. Antara barang yang agak buat aku kagum ialah aku tak sangka manik-manik hiasan diri dah ada dah zaman dulu-dulu yang sampai sekarang kita pakai, ada dia tunjukkan gambar dan kisah Manusia Perak, iaitu penemuan rangka manusia yang cacat tapi ikutkan cerita dia ni macam orang yang disanjung juga lah sebab dia ni macam pengamal perubatan, cara dia dikebumikan pun lain. Aku asyik menengok dinding-dinding dekat situ, konon nak merasai apa yang orang dulu cuba sampaikan. Ticha, please jangan bengap sangat. Dah sah-sah ini lukisan orang zaman sekarang. Nasib ada yang tak buat gambar Doraemon, memandangkan Doraemon ada ajar cara lukis muka dia. ~Bulatan titik! Bulatan titik!~ Tarik atas! Tarik bawah!~

Ticha

Lepas tu, di bahagian B, kita boleh tengok permulaan zaman Melayu di tanah Melayu. Aku kagum tengok ukiran pintu gerbang dia. Aku asyik dok sentuh ukiran kayu tu. Me like it so much. Cantik. Pergh! Aku tak tahu nak kata apa, nak kata aku ni penggiat barang seni ukir kayu, tak juga. Tapi aku boleh tercegat lama pegang pintu gerbang tu siap kata,"Saya nak ada pintu gerbang macam ni dekat rumah boleh?" Kalau dulu aku belajar ukiran masa belajar Kemahiran Hidup, mungkin pintu bilik aku jadi mangsa...mangsa vandelisme.

Ticha
Kata-kata torrrrbaik.
Dekat situ, kita boleh tengok barang-barang Melayu; tak kira lah melayu jawa ke, melayu bugins ke, minang ke. Si partner terpegun tengok keris-keris yang ada. Aku melompat tengok tepak sirih. Kuikuikui!

Ticha
Pemandangan sekitar Bahagian B

Bahagian C ialah bahagian di zaman kita dijajah dulu. Dulu? Macam sekarang pun macam kena jajah je. Jajahan minda. Oops! Dekat sini kita dapat tengok senjata-senjata yang dipakai, replika bangunan, dan barang-barang antik di zaman itu. Aku tak sangka senapang diaorang bapak panjang. Mungkin sebab diorang punya peluru tak ada panduan hala tuju yang tepat, sebab tu panjang bukan main, jadi peluru tu tak melelong. Okay, merepek.

Ticha

Ticha


Bahagian D, haaa.. ni zaman kemerdekaan. Ada lah sikit-sikit selit gambar mangsa komunis semua, then ada patung askar jaga pagar. Tapi dekat sini dia ceritakan masa kita nak dapatkan kemerdekaan dulu. Ada tempat tayangan video juga dekat situ. Aku tak sempat tengok. Sebab lapar. Tahap gaban.

Ticha
Pemandangan dalam Muzium Negara

Ticha
Nampak tak bayang-bayang orang gigih nak ambil gambar dinding?
Lepas sejam lebih meronda menimba ilmu, kami pun keluar dari muzium. 

Tapi, masa kami masuk bangunan tu, ada seorang lelaki bagi kami kertas survey untuk study dia, or orang lain, entah aku tak pasti, tapi yang penting, survey tu pasal pendapat dan pandangan kita pasal perkhidmatan dan benda yang dipamerkan di Muzium Negara. Kepada insan itu, semoga berjaya dengan kajian awak! All the best!

Ticha
Paper survey. Apa kata survey?! *siapa ingat rancangan tu?*
Dekat situ ada kafe, jadi kami makan tengah hari dekat situ. Makan nasi campur. Masakan panas pun ada. Sedap juga lauk-pauknya. Tapi mungkin perut aku dah masuk angin, aku tak habis makan. Eh, tak masuk angin pun macam tu juga gaya makannya.

Lepas makan, kami teruskan perjalanan ke destinasi yang ketiga, iaitu ke arah KLCC. Kami tak memandu ke sana pun. Kami letak kereta di Keramat Mall, dekat dengan Stesen LRT Putra Damai. So, hey! Ho! Let's Go! Menuju Stesen KLCC.

#kamipusingkl - kawasan jajahan ketiga: Petrosains, The Discovery Centre, Suria KLCC.

"Kenapa abang dah besar pun nak tengok dinasor?" Soalan sentap dari seorang budak, anak orang yang naik The Dark Ride bersama kami. Padan muka. Siapa suruh ramah sangat.

Ticha

Masa kami sampai di Petrosains, mungkin rezeki kami, ada potongan diskaun sempena....apa entah. Nampak tak aku tak peduli dah pasal apa, asal ada diskaun, gumbira..


Tapi, gumbira pun, sekali ramai daa. Sebab ada lawatan sambil belajar budak politeknik dengan budak kolej mana entah. So, beratur lama juga lah masa nak naik ride tu. Dengan karenah anak orang yang asyik menyelit nak diri depan kami. Hmm..sabar ya. Budak-budak tu teruja.

Masa naik The Dark Ride yang hanya ambil masa 5 minit (mungkin kurang), kita boleh set up ala hutan belantara, dalam laut,  konon pendahuluan lah sebelum kita nak belajar sesuatu dalam Petrosains. Tapi tak boleh blah, boleh pula ride tu pusing ke belakang, then naik bukit. Dah penat aku menahan, takut jatuh dari landasan bukit tu. Budak-budak dekat belakang dah cuak,"Aaa! Nak jatuh!" Haa..apa lagi encik abang, pergilah jaga 'anak-anak' awak tu. Huh!

Kawasan pertama yang kami pergi ialah Space, tempat dimana kita boleh belajar pasal angkasa lepas, NASA, angkasawan, etc.. Dekat situ macam-macam kita boleh cuba; kita boleh cuba tempat tidur angkasawan, macam mana perasaan naik kapal angkasa, macam-macamlah. Dekat situ pun ada video pasal seorang angkasawan ni, dia tunjuk life dia dalam kapal angkasa tu. Dia tunjuk macam mana dia sediakan sandwich (yelah, dekat atas tu kan kita terapung je, so, makanan limited sikit), macam mana dia tidur, macam mana dia buat kajian.

Kau letak muka dekat skrin, pandang atas. Nanti ada muka kau sebesar alam super zoom in dekat patung angkasawan tu.
Tak sure paa benda tapi macam nak bagi rasa tekanan angin kalau naik kapal angkasa kot.

Untuk tengok haba.

Perasaan berpusing bila naik kapal angkasa kot.
Kawasan kedua ialah Geotime Diorama.


Dekat situ, korang masuk je, ada seeokr dinasor akan sapa korang sambil nyanyi lagu bergenre reggae. Eh? Hehehehe! Dekat situ bolehlah belajar alam zamna 200 juta tahun dulu. Hidupan apa yang ada dulu dekat bumi sebelum ada tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan serangga. Tengah-tengah kawasan tu ada replika hutan dan gunung berapi. Ada satu slot tu, dia suruh bau udara zaman dulu dengan bau udara zaman sekarang. Pergh! Dulu bau bara api lava terbakar semualah. Tapi, aku tak surelah samada betul ke bau tu, atau mungkin bau mulut orang. -_-"


Encik Dino yang akan mendendangkan sebuah lagu. Lirik dekat papan tu.



Kawasan keseluruhan.

Kawasan ketiga - Exploration. Aku tak ingat sangat kawasan ni. Mungkin sebab ada pameran je, Atau mungkin aku tak cuba pun permainan yang ada. Dia lebih kepada nak tunjuk teknologi dan peralatan seorang geologist dalam mencari petroleum.





Kawasan keempat - Sparkz. Tempat dimana kita boleh cuba barang yang boleh dikatakan permainan yang lebih kepada nak kembangkan minda supaya kita punya otak dapat kembangkan lagi idea dalam sesuatu benda. Aku tak cuba sangat permainan dekat situ sebab budak-budak kolej ramai. Pening aku. Entah kenapa hari tu, aku anti budak. Wow, that is so not me. Tapi ada satu benda aku cuba. Dia macam life video/tayangan yang kalau kita berdiri depan slide tu, benda tu macam detect kita ada, then bagi reaksi. Tengoklah video ni.





Kawasan keempat - Oil Platform.


Memandangkan aku kerja dalam bahagian oil and gas, jadi aku agak teruja tengok replika platform di offshore, exactly. Dari peralatannya, struktur, siap ada cabin lagi.




Kawasan kelima - SPEED.


Dekat sini, dia lebih kepada Grand Pit, kelajuan, geseran, kepantasan, tekanan, ketinggian. Aku aktif sikit dekat sini sebab budak-budak tak ramai sangat. Aku cubalah main permainan dekat situ, siap berlumba dengan partner. (Okay, partner bermakna si dia. Aku malas nak taip boyfriend mahupun si dia. Jadi, setiap kali aku kata 'partner', maksudnya si dia lah ya).

Nak tengok kelajuan kau baling. Ke kekuatan? Confuse~

Nak uji tahap ketinggian kau lompat.

Game ni ada tahap ketinggian orang. Tapi budak tu nak main sangat, kaki pun tak sampai, terus tak nampak pemandu

Selepas tu, kita akan lalu bahagia Molecule Cafe. Dah penat melompat sana-sini, jemputlah relaks makan minum ringan-ringan. Kitaorang tak singgah pun.

Kawasan keenam, Molecule Nano World. Yang ni pasal molekul nano la. Kalau korang betul-betul ikut si Moly dan Poly cerita pasal nano nano ni, korang dapat tahu kelebihannya. Malangnya, I tak berminat. Huh! Dasar budak akal seni! Hehehe! Aku hanya mahu membayangkan nano sebagai ~begitulah awan nano, nanooo, nano nano..~ Dan penjagaan muka Nano White.

Kawasan ketujuh - Music, Art and Science. Me so suka. Akhirnya ada penerangan sains yang berkaitan dengan seni. Hihihi! Tapi malangnya tak semua equipment dapat digunakan dengan mudah. Macam old fashion punya software or PC. Sedih balik. Huhuhu!

Dekat situ juga ada pementasan mini Teater Ungku Umar. Yang ni aku tak dapat nak tengok sebab dia ada masa-masanya untuk dipertontonkan. Tapi setahu aku, Ungku Omar atau Allahyarham Datuk Dr. Ungku Omar Ungku Ahmad ni seorang saintis Melayu. Jadi, terkilan sikit tak dapat tengok mini teater tu untuk kenal dia dengan cara seni teater. Heh?

Then, lagi sekali kita akan naik The Dark Ride dimana kita akan lalui laluan yang penuh dengan potret-potret yang melambangkan kebanggaan rakyat Malaysia dengan kemajuan kita hari ni. Dan ianya diakhiri dengan laluan yang macam bintang-bintang di langit, dan kalau masa tu korang senyum, gigi korang putih, Bola mata pun glow. Ya, glow in the dark. Kelakar. Partner aku yang putih tiba-tiba berubah macam negga.


Apa yang aku boleh komen pasal Petrosains, please check, upgrade and do some maintenance dengan pameran atau game yang menggunakan komputer atau software. Agak memalukan bila ianya bukan touch screen mahupun berfungsi dengan baik. Nak pamer sesuatu mestilah kena guna barang baik kan? Kalau tak, bazir je lah. Kebersihan tip top. Tapi tak tahulah keadaan toiletnya macam mana. Tak masuk pun.

Lapar. Haus. Kami serbu foodcourt Rasa yang satu aras dengan Petrosains dan pekena coconut shake, ice lemon tea dan Banana Chocolate Waffles.

Banana Chocolate Waffle
Itulah perjalanan kami untuk #kamipusingkl untuk hari kedua. Harap next trip, dipermudahkanlah. Harap jadilah. Amiin. Doa-doakanlah ya. You know, I want to do something meaningful in my life. I love arts, I love seni lakonan, muzik. But those things I'm not sure either I can do something meaningful with it. Then, I realize I love travelling, I love sight-seeing, Yeah, I 've just realized that. So, have you realized what is your passion? Have you do anything meaningful in your life with your passion?

Tichasays: Life is sometime like coffee. Different coffee, different taste. To make it taste different and tasty, depends on what you add-in. Sugar? Milk? Creamer? Or just black? Depends on how you will like your life to be as how you want your coffee to be taste.  Think back.

1 comment: