Sunday, 26 April 2015

hashtag: Kami Pusing KL: Rangkap Ketiga - 1 Million Money Tunnel


Kali ni entri tak berapa panjang. kotttttt.

Sebab lawatan untuk rancangan #KamiPusingKL ni tak dirancang langsung, sekadar nak berkongsi tempat menarik je.

Last Sunday, aku, mama, Cik Lyn (aunty), adik aku, dan adik saudara aku satu kereta pergi ke Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia. Ini pun atas jemputan geng Keluarga Haji Adam. Hehehe! Abang saudara aku yang bekerja di Bank Negara Malaysia ajak makan di cafe Sasana. Bagi yang mengikuti perkembangan blog Ticha! ni, tahu aku pernah kerja sana, kan? 

So, abang saudara aku ni ajak lepak dekat cafe Sasana Kijang. 

Masa sampai sana, aku teringat pasal 1 Million Money Tunnel yang kawan aku Ila dan Fuza (geng kursus kahwin, ex-officemate BNM) post dalam Instagram. 

Aku tanya isteri kepada abang saudara aku pasal terowong tu.
"Dekat mana terowong duit tu, kak?" Malu pun ada juga nak tanya sebab nama je pekerja BNM, tapi tak pernah lawat.
"Tu, dekat belakang akak ni." Kak Fina toleh belakang sambil tunjuk dekat satu dinding kaca. Time tu pula macam drama ada seorang wanita bersama anak dia berdiri depan dinding kaca tu. Slowly the glass wall opened. Woah! Macam mana aku boleh tak perasan padahal depan mata aku je.

Aku pun ajaklah adik saudara aku pergi. Punyalah teruja. Padahal tu tempat untuk kanak-kanak. Why bother~~~

Kami Pusing KL - 1 Million Ringgit in Kuala Lumpur


Terowong kaca ni dikatakan telah diisi dengan duit Ringgit Malaysia yang lama-lama tu, yang 4 series lagi sampai sekarang. Korang boleh nampak duit RM5, RM2, RM1000 pun ada. Total: RM 1,000,000.00 . Pergh.....

Dalam tu ada lah beberapa game yang kanak-kanak boleh main dan cuba untuk pelajari cara membelanjakan dan menyimpan duit. Ada game tu yang ada mesin scan barang ala-ala dekat cashier tu. Adik-adik kena fikir macam mana cara nak habiskan RM1 juta dengan scan bar code yang ada pada papan gambar barang-barang macam rumah, komputer, TV, cincin permata, buah-buahan, basikal dan lain-lain. 

Ada juga game yang adik-adik kena masukkan bola dalam satu lubang then golekkan pada arah yang betul, bertujuan nak tengok adik-adik ni nak spend duit macam mana and nak menyimpan duit macam mana.

Game lain macam, tempat mana yang sesuai untuk simpan duit daripada serangan perompak, macam mana duit dibuat, bahan-bahan apa duit diperbuat. Aku try cara buat duit, Dia ada bagi satu kertas, kau just perlu masukkan kertas then stamp. 



Kami Pusing KL - 1 Miliion Ringgit in Kuala Lumpur
Anak saudara jadi muka duit kertas 1 sen.

So, overall, untuk kanak-kanak diaorang boleh belajar cara nak menyimpan duit, dan tahu serba sedikit pasal duit.

Tapi untuk orang dewasa, mesti dorang akan terfikir, "Kenapa habiskan RM1juta pada terowong muzium kanak-kanak?" Kalau duit reject tu boleh terima lagi rasanya, tapi ini duit betul, kan?

Dekat sini ada muzium lain lagi yang korang boleh lawat and of course berkenaan dengan duit.

Dah jalan-jalan tu, korang boleh makan dekat cafe dekat sebelah Terowong Wang tu. Harga berpatutan dan sedap woh! Bukan calang-calang orang boleh kerja bahagian servis makanan dan minuman dekat Bank Negara. Mesti ada kelayakan, sijil semua.

So, kalau nak jalan-jalan tapi tak nak jauh-jauh dan nak relax punya, datanglah Galeri dan Muzium Bank Negara Malaysia, Sasana Kijang.

Free of charge. And ada kedai cenderahati. Payung dia cantik. Eh?

Tichasays: Aku masih dalam proses belajar menyimpan duit. Memang merana, tapi nak capai ke menara tertinggi, kena merana sikit. Menara Merana. Huh?


Sunday, 12 April 2015

Seorang Lelaki, 4 Orang Perempuan - Kursus Kahwin - OMGTichaIsGettingMarried

Assalammualaikum dan salam sejatera. Tak payah nak salam 1 Malaysia sangat.  Bukan tak ada semangat jati diri sayangi Malaysia, tapi sebab aku tak tahan bila teringat akibat salam 1,2,3 tu..

Minggu ni, aktiviti aku ialah......

Ya, kursus kahwin. Bila kita dengar orang tu hadirkan diri ke kursus kahwin, mesti orang akan ingat kita ni dah nak kahwin.

Aku ajak kawan-kawan aku masa aku kerja dekat Bank Negara dulu. Dan aku tanya Ila, dia cakap apa dekat mak dia.

"Kami kata kami pi teman hang nak pi kursus kahwen."

Aku tanya lagi, Julia (kawan kitaorang, sekerja) tak join sama ke?

"Dia nak tapi dia takut nak habaq kat mak dia."

Jangan kata Julia, aku pun hampir tipu mak aku sebab aku takut mak aku fikir aku gatai nak nikah.
Lagipun, masa tu aku tak bagi hint lagi dekat mama yang aku nak kahwin. Segan. Dan aku tak tahu pula yang mama okay je.

Aku terfikir balik. Dan aku kata dekat Ila macam ni,
"Kelakarlah kita ni. Pergi kursus kahwin pun takut nak habaq kat mak ayah. Padahal benda baik. Tapi bila nak pi seronok, tak dak pulak nak menipu bagai."

Pada aku, para ibu bapa sekalian, elok sangat bagi anak -anak hadirkan diri ke majlis ilmu kursu kahwin ni. Biar diaorang tahu hukum hakam, syarat-syarat dan tanggungjawab suami dan isteri.
Biar diaorang tahu matlamat perkahwinan ni apa sebenarnya. Bukan suka-suka nak kahwin. 
Seronok memang seronok bila kahwin. Kalau matlamat kita betul. Ha, tahu tak matlamat perkahwinan? Antaranya, untuk mendapatkan ketenangan jiwa dan rohani. Untuk mendapatkan zuriat. 

Jadi, 11hb April adalah tarikhnya.
Aku, Ila, Fuza dan Wahida serta partner aku pergilah kursus kahwin dekat Bangunan Medan Mara.
Medan Mara lama, tingkat 2, dekat dengan foodcourt.
Bayaran RM120.00 . 

Aku minta tolong si hati daftarkan untuk kami berempat dan dia. Dia just mesej orang tu untuk daftar.

Macam ni mesejnya:
MEDANMARA/<Nama Penuh>/<Tarikh untuk hadirkan diri,2 hari>

Contoh
MEDANMARA/NURUL WAHIDAH BINTI RAJLI/11-12/4/2015

dan hantar ke 0122943040 .

So, jadual untuk hari Sabtu start pukul 2.30 petang. Aku dengan si hati pergi sana naik LRT STAR Sentul ke Bandaraya. Then jalan kaki ke bangunan Medan Mara berwarna biru , belakang Busana. Busana sebelah Pertama, Pertama sebelah SOGO. Ha, nampak tak punyalah nak tunjuk dekat mana Mendan Mara tu.

Sampai sana tengok ada ramai perempuan dari lelaki. Mungkin diaorang pun macam kami, mai berkumpulan dengan kawan-kawan. Isi borang, bagi salinan I.C dan bayar. 

Dekat situ disediakan makanan juga. Macam Sarapan, tea-break, lunch, hi-tea.
Aku duduk depan sekali. Pergh....... Sebabnya menunggu kawan yang lain. Kono nak duduk sama-sama. Hmm.. sehari je. Besoknya diaorang bertiga duduk belakang sekali.

Penceramahnya semua lelaki. 
Diaorang ada lah bincang pasal Aqidah, Ibadah, Perkahwinan, Kesihatan, Stres dan Konflik, Pembubaran Perkahwinan, semua lah. Masa diaorang bagi taklimat, alhamdulillah diaorang ada lah buat lawak sikit, nak bagi kita tak bosan.  

Tapi kitaorang stok makan banyak. Lagi-lagi Fuza. Hahaha! Asal break je cari makanan untuk stok. Macam tengok wayang dah.

Antara yang aku ingat ialah bila masa akad nikah, ijab dan qabul, seorang wali kena akad dengan betul. Contoh, Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku dengan mas kahwin RM300 tunai. 
Itu kalau bapa hanya ada seorang anak perempuan je, macam aku. Tapi, kalau seorang bapa tu ada ramai anak perempuan, dia kena sebut nama anak perempuan yang dia nak nikahkan. Haa.. jaga-jaga ya.

Seorang wali hakim tidak digalakkan atau tak boleh dah tanya soalan-soalan dekat pengantin lelaki tu. Yelah, dia dahlah nervous, kau pergi tanya "Apa nama isteri kedua Nabi Muhammad saw?" "Siapa penasihat Rasulullah?" "Dalam surah Ar-Rahman, bacakan ayat yang diulang-ulang dalam surah tersebut." Tak ke naya orang tu. Dia bukan tak tahu. Dia tengah gemuruh. Kang kalau dia blur ke, tersasul ke, itu dah mengaibkan orang. Haa..

Masa hari kedua, ada ustaz tanya,"Siapa bawah umur dekat sini, jangan masuk. Yang umur 16 tahun ke. Ada?" Semua diam. Lepas tu, ustaz tu bertentang mata dengan aku. Ah, sudah!
"Saudari ni umur berapa tahun?" Ergh, dah agak dah. Dengan mulut yang berisi gula-gula Vita C perisa strawberi, "26."

Mata ustaz terbeliak, cakap pun gagap, "Dua, dua, dpoloh enam?"


Tak payah nak terkejut sangatlah ustaz. Come here, look closely, there are so many wrinkles under my eyebags.

Ada ustaz lain tanya aku, nak anak berapa orang? Aku jawab 4 orang. Tapi ikut logik aku rasa 3 orang. Yelah, umur elok berhenti pregnant 30 tahun macam tu. Tapi aku fikir, mak aku beranak adik bongsu umur 39 tahun, okay je. *wink*



Banyak benda boleh belajar sebenarnya, macam mana nak dapatkan perkahwinan yang aman damai dan diberkati. Set your mind ke arah positif bila nak hadir ke kursus ni. Ada yang cakap, "Boooorringg" Ada yang dah set nak tidur. Silaplah. Jangan. Tipulah kalau aku tak mengantuk. Aku mengantuk masa hari kedua, yang start pukul 8.30 pagi. So, aku cari cara untuk tak terlelap. Contohnya, aku melukis dekat file yang diaorang bagi. Bukanlah sepanjang taklimat. Tak. Bila rasa nak mamai mamai tu, aku buatlah garisan ke, bulat-bulat ke. Bunga ke. Lepas seminit dua, pandang penceramah balik. Kadang-kadang minum air, makan gula-gula.

So, pada yang nak hadirkan diri ke kursus kahwin, selamat mendapatkan ilmu. Ambil perhatian. Kahwin ni banyak prosedur tau. Bukan kursus je, kena pergi isi borang mendapatkan kebenaran berkahwin, kena buat HIV Test. 

Untuk orang Kuala Lumpur, yang nak tahu lebih lanjut pasal tempat kursus kahwin yang aku attended ni, boleh tengok dekat blog diaorang Daftar Kursus Kahwin .

Untuk Ila, Fuza dan Wahida, thank you so much sebab sanggup teman kami attend kursus kahwin ni du hujung minggu korang. Aku tau korang sangatlah busy di bank tu. Tapi tak apa, korang dah ada sijil kursus pra-perkahwinan yang validity nya sampai bila-bila! Yeay! Dan korang dapat elakkan diri dari kena hadap ujian kursus perkahwinan. Yeay! Sebab banyak penceramah kata Tahniah dekat kitaorang sebab terselamat dari ujian tu. Diaorang dah hampir siapkan soalan-soalan ujian dan mungkin akan bermula pada bulan Mei/Jun. Selamatlah korang......


Seorang Lelaki, 4 Orang Perempuan - Kursus Kahwin - OMGTichaIsGettingMarried


Thank you untuk Kursus Kahwin di Medan Mara atas perkhidmatan anda. Dan buat cik gadis yang bercermin mata, berpakaian ketat, bertudung itu, jaga-jagalah sikit bahasa awak tu, lagi-lagi depan penceramah yang seorang uztaz dan berusia. Tak perlu burukkan nama peserta. "Saya dah bagitau dorang suruh datang pukul 8.30, bannngaang betul." Kau ingat aku tak dengar? Kau nampak kan aku tenung kau. Macam tu kau cakap dengan ustaz? Tak apa lah. Agaknya kau kecut perut bila ustaz tu marah ada peserta lambat. 

Siapa suruh hantar mesej macam ni?

Seorang Lelaki, 4 orang perempuan - Kursus Kahwin - OMGTichaIsGettingMarried


9 Pagi?
Kau dah lama kerja ke, baru seminggu?
Meh aku ajar. Kalau nak orang datang awal, kalau majlis start pukul 8.30 pagi, kata dekat diaorang majlis mula pukul 8.00 pagi. Okay? Ngerti ngak?

Selamat menjalani proses persediaan perkahwinan. :)

Tichasays: Kursus pra-perkahwinan bukan tanda awak gatai nak kahwin, ini ilmu, Jangan malu. Nanti rugi.


Wednesday, 8 April 2015

Kami Dah Beritahu Mama - OMGTichaIsGettingMarried ?

"Sya, abang dah bagitau mama."


Akhirnya, si hati beritahu juga hasrat di hati nak pinang si bunga kuncup ni.

Aku dah lama suruh dia beritahu parents dia pasal nak pinang aku, kalau nak nikah tahun ni.
Tapi dia tak beritahu. Aku pun macam half hearted dah nak fikir pasal kahwin.

Entah kenapa last week aku dapat rasa yang dia akan beritahu parents dia. And I damn right.

Si hati kata dia punyalah menggeletar masa nak bagitahu mama dia. Tapi dia tarik nafas, "Mama, along ada benda nak bagitau mama." Dan bermulalah....

Mak dia ada lah cakap yang dia nak menantu ringan tulang. 
Aku bukanlah pemalas, tapi kalau sekali aku buat kerja, aku akan non-stop buat kerja. Kerja rumah maksud aku. Sampai kadang-kadang aku lupa nak makan. Mak aih, terok perangai.

Tapi kalau maksud ringan tulang ada lah menjadi seorang Cinderella, minta maaflah. Tapi kalau maksudnya menjadi seorang menantu yang baik dengan mertua, InsyaAllah, moga Allah permudahkan. 

Bila dengar si hati punya cerita malam tu, aku macam,


Tapi keesokan harinya,


I'm getting married???

Then the next day he said that his parents have decided on several things like, berapa dulang hantaran, bila tarikh bertunang. 

Parents dia akan pergi haji tahun ni, so mereka agak busy. Plus, there ain't any hall room to be rent for this year!

So, they've decided untuk bertunang Ogos ni. 

Tapi apa-apa pun, mereka akan berbincang lagi.

The best part is bila turn aku nak bagitahu mama aku.

"Ma, hujung bulan 4 ni free?"
"Kenapo? Tak tahu lah, Belom ado appoinment laei."
"Ada tetamu nak datang."

Ting! And my mama got the message.

Dan soalan pertama,
"Kita nak buat majlis bertunang kat mana, dik?"
~~~~~~~~Silent~~~~~~~~Blur~~~~~~~~~

Rumah aku rumah atas.
So, aku rasa macam tak muat. Huhuhuhu...
Akan dibincangkan lagi.


So!
Doakan aku ya! Doakan perjalanan kami nak bina masjid berjalan lancar.
Amiin..


*Gambar dan GIF ehsan hasil carian Google.

Tichasays: Aku blur. Aku blur. Aku blur. Kehendak atau keperluan?

Friday, 3 April 2015

Berlari ke gurun, belok ke pantai - Pulau Indah

Kulari ke hutan kemudian teriakku
Kulari ke pantai kemudian menyanyiku
Sepi.. sepi,, sendiri, aku benci
Aku ingin bingar, aku ingin di pasar
Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika kusendiri
Pecahkan saja gelasnya biar ramai!
Biar mengaduh sampai gaduh
Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang di tembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya
Biar terdera..
Atau aku harus lari ke hutan, belok ke pantai?

Aku suka sangat puisi ni.
Dan ceritanya sekali. Filem yang berjaya membuka minat aku untuk menulis puisi masa aku sekolah menengah.

Kau tahu kan zaman tu kan zaman kegelapan remaja. Zaman memberontak. Zaman kesunyiaan. Zaman nak kenal kawan mana baik, kawan mana tikam belakang. Bila abang aku hadiahkan aku VCD filem ni, aku terpegun sangat tengok keindahan sebuah seni puisi. Dan baru aku tahu apa minat aku sebenarnya. Mula dari satu, dah masuk buku kedua koleksi puisi yang aku cipta. Segala benda, aku tulis dalam bentuk puisi.

Beberapa minggu lepas, aku tengok balik filem tu. Dekat pejabat. Hohoho!

Dan minggu lepas, aku dan partner pergi kenduri kawan kami di Shah Alam. Lepas attend kenduri, kami cadang nak pergi ke Pulau Indah, tempat kerja si hati. Aku dapatlah tengok keadaan Pulau Indah tu yang totally out of Shah Alam figure land. Kau rentas jambatan merentas laut, terus pooff! Where am I?

Si hati bawa aku pergi tengok bangunan tempat kerja dia dan kawasan perumahan rumah dia.

"Nak pergi gurun tak?"

Si hati bawa aku pergi satu tempat nun hujung pulau.


"Cantik pokok ni."
"Cantik pokok ni?"
"Cantik pokok ni.."

Si hati pelik dengar aku kata pokok tu cantik. Selepas dan lalu jalan berliku melalui 'gurun' ni, sampailah aku ke sini...





Kulari ke hutan kemudian teriakku
Kulari ke pantai kemudian menyanyiku

Itu yang bermain dalam kepala otak aku masa aku sampai sini.
Terubat sikit rasa rindu aku pada pantai dan laut. Bagi yang betul-betul rapat dengan aku, tahu aku ni suka pergi pantai dan tengok laut. Lepas tu, aku akan diam je.



Tak lama pun dekat sana.
Lalu balik kawasan tanah lapang.




Atau aku harus lari ke hutan, belok ke pantai?

Ayat ni pula bermain dalam kepala otak aku masa nak balik.

Masa balik nak ke arah Kuala Lumpur, hujan selebat-lebatnya. Si hati kata sepanjang dia duduk Pulau Indah, baru ni ada hujan.

Terima kasih hati sebab bawa ke tempat indah ni.
Orang tak ramai. Tenang je.

Sekarang ni, aku duduk termenung je, merenung ke luar jendela~

Meh la termenung sama,


Tichasays: Kalau benar awan itu mengasyikkan, biar saja ia di depanku.