Thursday 12 March 2015

hashtag : Kami Pusing KL - Rangkap Pertama

Ticha


Selepas membaca entri blog abang aku dan kawannya, aku terinspirasi nak berjalan-jalan juga. Tapi tak lah se-adventure perjalanan dia. Kita kena warm-up dulu. Hehehe! Kalau nak baca pengembaraan bas tambang abang aku > Bas Tambang

Aku buat satu plan nak pergi tempat-tempat melawat di sekitar Kuala Lumpur. Aku duduk K.L., tapi aku tak pernah pergi tempat-tempat lawatan macam Muzium Negara, Petronas Twin Tower - Skybridge, Perpustakaan Negara.

So, travel partner aku kali ini ialah buah hati aku. Hehehe! Aku ada sebab ajak dia untuk bersama-sama dengan aku menjalankan rancangan yang aku namakan #KamiPusingKL . Sebab selama ni, aku kalau keluar dengan dia, pergi shopping, window shopping, lepak minum. Kiranya, aku nak create memories lah dengan dia.

First spot aku ialah Pasar Seni atau Central Market.

1 Mac 2015.

Ticha

Kami pergi sana menaiki LRT Putra. Senang. Turun dekat Stesen Pasar Seni, turun tangga, seberang jalan dah nampak dari jauh bangunan biru dengan tanda nama Central Market.

Ticha

Last time aku melawat tempat ni masa aku 12 tahun, aku masa tu dekat Negeri Sembilan. Aku ikut lawatan sekolah. Masa tu aku ingat lagi aku naik Komuter.

Ticha

Dekat situ, ada banyak barang-barang macam barang hasil senitangan, barang antik, kain batik, lukisan. Tempatnya pun dah ada air-condition dah. Aku suka gila tengok barang-barang hasil senitangan macam lukisan, ukiran kayu.

Ticha

Ticha

Dekat situ, si buah hati cuba spa ikan di Cute Fish Spa, terletak agak belakang sikit. RM10 untuk 15 minit. Aku tak join walau dalam hati teringin. Tapi sebab malu nak tunjuk kaki, aku biar dia seorang je. 5 minit pertama, masih tak berjaya biasakan diri dengan ikan-ikan yang tak ada gigi tu dok cium-cium kaki buah hati. Aku rasa, dia yang paling bising antara pelanggan yang lain. Dia kata,"Damn geli gila!!!" Nasib aku tak join. Orang pegang kaki aku pun aku dah menjerit. Kalau aku join, aku dah pijak ikan tu kot.

Ticha

Ticha

Aku tak jelajah habis dekat luar bangunan Pasar Seni tu, ada Kasturi Walk. Mungkin ada jual-jual barang kot. Sebab kami nak kena pergi tempat lain pula, nak beli barang dekat Berjaya Times Square Shopping Mall.

Dekat Stesen Pasar Seni, ada perkhidmatan bas percuma tau. Namanya GoKL Bus. Kalau kau nak ke Bukit Bintang, bolehlah naik bas ni, yang bertulis Purple Line. Akulah yang suggest si buah hati naik bas ni. Tapi kena jalan sikitlah lepas turun dekat Bukit Bintang. Kitaorang macam blur jap tak tahu nak turun mana, ekor je penumpang lain.

Memang berbeza sikit Central Market yang aku pernah pergi dulu dengan yang sekarang. Baguslah macam tu. Yang penting, hasil senitangan dari orang-orang yang berbakat ni dapat diketengahkan. Me so impress!

Next spot? Hehehe! Tunggu...

Tichasays: Kaki dah mula gatal nak berjalan lagi.

2 comments:

  1. Best jalan jalan!! :D Kitaorang dah lama tak round KL.. tsk, lepak rumah jadi beruang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mood nak jalani hidup dgn lbh bermakna..tiibe!

      Delete