Wednesday 11 March 2015

Antara Proton Preve dan 6 Mawar

Hari Ahad lepas, aku bawa adik-adik aku pergi Sunway Lagoon dengan sepupu aku (dan kawan perempuan dia). Terima kasih banyak pada sepupu aku, Faizal sebab sudi join kitaorang dan tumpangkan kami pergi sana.

Mula-mula, plannya nak pergi dengan buah hati aku. Tapi dia tak dapat nak join. Katanya Sabtu ada hal, jadi dia kena balik Seremban. Aku mengharap dia pergi sebab boleh cukup korum 6 orang. So, bolehlah pair kalau naik apa-apa ride. So, sepanjang aku dekat Sunway Lagoon, yang mana kena pair 2 orang, aku tak naik, Aku jadi cameraman. Tukang pegang cermin mata adik aku.

Dalam pukul 5 petang aku dan yang lain-lain selesai mandi dan tukar baju, adik-adik aku balik dengan sepupu (dan kawan perempuan dia), while me myself tunggu depan hotel sunway, tunggu ketibaan buah hati yang kata nak lepak jumpa aku kejap. Lagipun, hari tu memang dia akan balik ke Pelabung Klang, so, alang-alang, dia nak jumpalah.

Tengah aku tunggu dekat depan air pancur depan bangunan hotel tu, aku dengar macam ada bunyi hon kereta. Aku toleh ke kanan. Aku nampak kereta sedan warna merah metallic. Dalam kepala otak aku fikir cari kereta Savvy merah, kereta yang si hati selalu bawa. Tapi, entah kenapa, tergerak nak tengok kereta sedan tu lama-lama. 'Eh, macam dia?' Aku tenung lagi. Aku nampak si hati dalam kereta tengah nak U-turn nak ke arah aku. 'Kenapa dia bawa kereta mak dia?' Kereta mak dia ialah kereta Inspira warna merah. Kadang-kadang dia akan bawa kereta tu kalau mak dia tak guna. 'Mama dia tak kerja ke esok?' Nampak tak punyalah banyak soalan.

Dia parking depan aku. Aku nampak nombor plate mula dengan huruf W. Belakangnya F. Pelik. Kereta siapa ni? Ayah dia beli kereta lagi ke?

Masuk saja dalam kereta. Aku tanya,"Kenapa bawa kereta mama?" Muka dia terkejut. Dia kata,"Cuba tengok ni kereta siapa?" Aku tengok sekeliling. Macam pernah aku naik kereta macam ni. Dekat mana ya, aku fikir. Lepas tu, aku teringat aku nampak nombor plate kereta mula dengan W dan akhir dengan F. Entah macam mana, SUUPP!SAAPP!SSUUP!SSAAPP! Kepala otak aku berfungsi balik lepas main air. Masuk air agaknya. Aku pandang dia. Terus aku, "Aaaaaaa!!!!!!!!!" Ya, aku menjerit sampai bergema kereta tu. Si hati pun tutup telinga, sakit telinga dia dengar aku jerit.

Aku goyang-goyang lengan dia,"Betul ke??! Betul ke ni??!" Dia senyum. Aku macam tak percaya.
DIA BELI KERETA!!!

Kisahnya, dia baru konvokesyen bulan Januari hari tu, dan mula start kerja di Port Klang pada bulan Februari hari tu. Rupanya, sebelum dia mulakan pekerjaan, dia dah cari kereta dengan ayahnya. Tapi dia tak beritahu aku.

Aku selalu bebel dekat dia bila nak masuk minang. Okay, bukanlah bebel, tapi asyik tanyalah. Dia kata lepas dia beli kereta, baru dia akan step into those wedding things. Kadang-kadang aku tahu aku dah banyak kali tanya, tapi aku tanya lagi sebab aku tak tahan orang asyik dok tanya bila nak kahwin.

Jadi, rupa-rupanya dia beriya nak jumpa aku petang tu sebab nak beritahu dan tunjuk dekat aku dia dah beli kereta. Proton Preve Premium. Patutlah aku macam pernah naik kereta tu. Sebab abang aku pakai Proton Preve juga tapi biasa punya.

Dari pandangan aku yang tak tahu pasal kereta ni, dalam Proton Preve Premium ni ada dua jenis gear, main is automatic and ada manual gear juga. Ada Engine Starter Button. Ada GPS. Touch screen monitor. Enjin turbo. Erm, apa lagi ek? Kerusi boleh adjust ke depan ke belakang ke atas ke bawah. Hehehe! Dia kata dia memang cari features adjustable seat sebab dia kata nanti aku boleh bawa kereta tu. Aku kan kurang tinggi, jadi bila bawa kereta contoh bawa kereta abah aku, aku akan letak kusyen.

Itu baru satu surprise. Hampir buat aku menangis tapi aku dapat tahan sebak. Tapi, bila dia tiba-tiba berhenti dekat tepi jalan, tak jauh dari hotel tu, dia pusing belakang sambil kata,"Satu lagi..."

BUNGA!!!

Ticha


Aku nampak je jambangan bunga tu dekat riba aku, aku terus tutup muka. Nangis dekat situ juga. Okay, even sekarang pun aku rasa nak menangis lagi. Selama 6 tahun aku dengan dia, aku tak pernah dapat hadiah bunga. Oh, pernah, sekali, masa aku konvokesyen, dia bagi bunga dan patung beruang. Kalau dia tak bagi, mungkin aku akan terasa sikit. Hehehe! Tapi, ini bagi bunga untuk surprise kan aku beserta kereta baru yang dia beli. Bunga ros 6 kuntum. Bunga hidup. Masa konvo, dia bagi bunga span dan ada juraian dawai plastik yang menyala. Cantik dan sampai sekarang elok ada atas meja bilik aku.

Kisahnya, aku main-main merajuk dengan dia. So, aku mengada minta dia pujuk bagi aku bunga. Tapi, pada hari yang patutnya dia bagi, dia tak bagi, tapi dia belikan aku satu kotak coklat. Aku nak juga bunga. Siap hantar e-mail dekat dia gambar bunga. Yang buat aku menangis ialah aku bajet dia akan bagi aku sekuntum bunga ros dalam pembalut plastik warna silver tu je. Aku tak sangka langsung dia akan bagi sejambak besar dengan 6 kuntum bunga ros. Aku tahu, bukan murah jambangan bunga ros. Dia kata 6 kuntum melambangkan 6 tahun bersama. Agak-agaknya, lagi 4 tahun aku merengek lagi dapat tak 10 kuntum? Hehehehe!

Dia ni memang tak pandai nak buat romantic surprise ni. Tapi bila aku tengok dia ada cuba nak buat walaupun aku tahu, that's not him, aku rasa terharu sangat sangat sangat sangat. Aku menangis macam budak kecil. Dia terkedu sebab dia tak expect aku akan menangis. Sebelum dia fikir aku menangis sebab sedih, aku beritahu dia yang aku menangis kegembiraan+terharu .

Di sini, aku nak nyatakan yang aku kagum ada sahabat macam dia. Aku gembira dapat kenal dia. Dia inspirasi aku. Dia antara orang yang aku kagum. Jangan salah faham. Aku cuma kagum dengan usaha dia. Of course Rasul kita adalah manusia mulia yang aku sanjung. Kadang-kadang mesti kia akan rasa kagum dengan perkara baik dari seseorang, kan?

Aku tak sempat nak ambil gambar dalam kereta dia, lagipun waktu tu malam. Nanti kalau aku sempat ambil gambar bila jumpa dia Sabtu ni untuk plan #KamiPusingKL tu, aku akan upload gambarnya dekat entri ni. Okay? Oh, nantikan entri pasal #KamiPusingKL tu ya!


Tichasays: Tak semua benda kita dapat. Ya. Tapi yang penting kita berusaha. Dan berdoa padaNya. Itu yang Dia mahu. Terima kasih abang. :)

Sambungan/Update (16 Mac 2015)

Seperti yang dijanjikan, ini dia antara gambar specification kereta Proton Preve Premium yang berjaya aku tangkap;

Ticha

Ticha

Ticha

Ticha

Ticha

Ticha

Ticha

Sekian.

2 comments:

  1. ticha!!! nak merasa naik kereta baru!! ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Kalau kereta aku sendiri, boleh la nak merasa..ini kereta orang..huhu

      Delete