Monday, 5 October 2015

Kau Boleh Pilih, kan?

Rasa malas, rasa stress.
Rasa tak ikhlas bekerja, rasa terbeban.
Asyik snooze alarm clock,
Termenung bila bangun dari tidur,
terfikir nak half day, EL, dan MC.
Rasa nak nangis tapi tak tahu nak nangis atas sebab apa.
Termenung tengok luar,
Depress.

Itu yang aku rasa baru-baru ni.
Sebelum ni pernah je rasa, tapi ada point kenapa rasa macam tu.
Tapi kali ni, point tak berapa kukuh.

Aku cuba senaraikan kenapa aku jadi macam ni.
Aku cuba gali sebab musabab aku jadi macam ni,
sebelum aku salahkan orang.

Maybe aku PMS.
Maybe aku bosan bekerja.
Mungkin aku rasa macam,"Habis semua aku nak kena buat.Sakit otak aku."
Mungkin aku rasa lonely sebab si hati bertungkus-lumus cuba mencari rezeki.
Mungkin aku ni pemalas orangnya.
Mungkin aku tak cukup bersyukur.
Mungkin Dia nak aku bersujud padaNya.

Setelah aku berpura konon aku ni penganalisa psikologi,
Aku rasa,
aku PMS.
Aku tak cukup bersyukur.
Dan aku tak dekat dengan Dia.

Hati jadi tak tenang kalau hati tak dekat dengan Dia.
Hidup jadi tak tentu arah bila aku tak bersyukur.

Aku pernah terbaca dekat status FB kawan aku.
Kalau gaji rm1500 tapi kita punya kerja macam gaji RM3k,
Tuhan akan bagi rezeki dari segi lain - kesihatan, kebahagian,etc.
Kalau gaji RM3k, kerja macam RM1500, memang tak berkatlah.
Sebab tu kadang rasa tak cukup.

Si hati ada bagi cadangan secara logikal pasal keadaan aku.
Katanya,
Cuba bersenam atau buat apa-apa aktiviti.
Katanya untuk keluarkan bahan negatif dalam badan,
Yang membuatkan kita rasa lemah.

Aku cuba.
Aku keluar dengan Mean Girls aku,
Borak-borak, gosip-gosip (sangat negatif ya aktiviti ni), gelak-gelak.
Kadar positif meningkat 15%.

Kawan masa belajar dulu, ajak teman pergi spa.
Free of charge.
First time pergi buat facial.
Haram sakit weih.
Hidung jadi merah - too much blackheads.
Kadar positif meningkat kepada 35%.
Turun 5% bila tengok hidung bertanda sebab beautician picit hidung aku kuat sangat.
Pergi berjumpa dengan si hati dan tengok wayang cerita The Martian.
Cerita yang betul-betul kena dengan situasi aku sekarang.
Kadar positif meningkat pada 60%.
Bercerita, mengadu pada si hati tentang apa yang aku rasa,
dan mendengar kata-kata sokongannya.
Kadar positif meningkat 80%.

Dan sekarang,
aku berserah, berdoa pada Dia,
supaya dia kuatkan semangat aku.
Dan jangan biarkan aku sesat.
Aku ada rasa okay sikit.

Kesimpulannya.
Kalau kau rasa macam apa yang aku rasa,
cuba cari penyelesaiannya.
Sama macam Mark Watney dalam filem The Martian.


Dia lagilah.
Sorang-sorang dekat planet Marikh yang apa pun tak ada.


Berbekalkan kentang untuk teruskan hidup.
Dia cuba bercucuk tanam dekat planet tu.
Pergh!!!



Cuba fahami diri sendiri,
dan cuba fahami keadaan sekeliling.
Cuba mendengar dan meluahkan,
Cuba walaupun sedikit untuk berfikiran positif.
Aku tahu bukan senang nak berfikir positif masa negatif tengah hempap kau macam pemain ragbi.
Tapi mesti ada lubang untuk kau loloskan diri,kan?
Yang penting, cuba.

Jangan salahkan orang sewenang-wenangnya sebab benda tu tak membantu kau pun.
Cari punca semangat kau untuk teruskan perjalanan.
Semangat!

Aku tak ada,lah pandai nak bermadah,
Nyanyi lagu Madah Helah pun tercekik.
Tapi,
Kalau kau rasa macam yang aku rasa,
Fikir,
Kenapa kau perlu biarkan diri kau lemas, hidup dalam keadaan tak tenang,
Sedangkan kau boleh pilih kebahagiaan?


Wednesday, 19 August 2015

Love is in the air - Sticker Logo Door Gift - OMGTichaIsGettingMarried

Semut gigit lengan aku tanpa sebab.

Oh, baru aku sedar.

Aku berdarah manis sekarang.

O-M-G!!!

So, pernah dengar lagu Love is in The Air?


Aku jadikan tajuk lagu ni sebagai slogan majlis pertunangan aku.

Proses masa nak buat logo sticker ni nak kata senang pun tak, nak kata susah pun tak.
Sebab aku nak buat logo sticker untuk lekat dekat cenderahati / doorgift aku, tapi bajet tak berapa gagah.
Aku bernasib baik sebab cousin aku ni Graphic Designer freelance.
Dan bertambah bernasib baik bila dia tolong buatkan. Free of Charge! I like~~~

Mula-mula, apa tema warna atau warna apa yang aku nak.
Aku decided dark blue and mint green color.

Gambar ehsan Google.
Second, decide apa nak ada pada logo tu.


  • First letter of both name - S & A.
  • Date of my engagement day - 09082015
  • Majlis apa - Engagement Day
  • Dan semestinya slogan yang disayangi. Ahahaha!
Aku pilih bentik bulat untuk logo ni. Tapi kalau nak senang gunting, ambil bentuk bersegi.

Cousin aku akan bagi beberapa design, then aku pilih.

Love is in the air - Sticker Logo Door Gift - OMGTichaIsGettingMarried


Aku pilih font yang aku nak, susunan points yang aku nak macam S & A aku nak in the middle.
Aku ada bagi beberapa contoh logo hasil carian dekat Google.com. Untuk senangkan cousin aku. Yelah, FOC kannnn.

Aku ada request untuk letak gambar bentuk hati berterbangan ibarat Love is in the air gitu, untuk diletakkan sebagai background picture logo tu.

Contoh bunga hati berterbangan menyebarkan kasih sayang. Tiibe!
So, lepas dah settle design tu, aku pun print.

Aku print dekat kedai Achik di Melawati. Cousin aku dah setkan logo-logo tu dalam bentuk A3.
Dekat Achik tu, print sticker A3, RM5 sekeping. Aku print 4 helai (dalam 200+ logo). Dekat Achik tu ada perkhidmatan print sticker laser cut juga. Maksudnya, aku dah tak payah potong, tinggal ambil lekat terus. Sehelai dalam RM80. Tapi, seperti biasa, bajet~ So aku decided untuk potong sendiri je.
So, total bajet sticker RM20.00 = 200+ logo stickers.

Balik rumah, gunting. Nasib baik ada cousin baik hati tolong potongkan.

Love is in the air - Sticker Logo Door Gift - OMGTichaIsGettingMarried

Love is in the air - Sticker Logo Door Gift - OMGTichaIsGettingMarried

Love is in the air - Sticker Logo Door Gift - OMGTichaIsGettingMarried


Aku ada request juga Poem Poster.
Haa.. apakah itu...

Aku tulis poem berinspirasikan cerita 10 Things I hate About You.

Gambar ehsan Google
Plan aku nak letak Poem Poster ni dekat Dessert Table. 
So aku minta cousin aku design kan poster; Poem berlatarbelakangkan gambar sisi muka kitaorang. Tapi buat jadi shadow je.

Tema warna masih sama.

So, cousin aku came up with this.

Love is in the air - Sticker Logo Door Gift - OMGTichaIsGettingMarried

Beli frame RM5.30 dekat Daiso, frame up, then letak dekat Dessert Table. Settle.

Love is in the air - Sticker Logo Door Gift - OMGTichaIsGettingMarried
Letak dekat Dessert Table, bagi orang rasa kemanisan Love is in the Air~ Krik Krik Krik Krik


Kalau ada sesiapa nak upah cousin aku untuk design kad, logo, etc., boleh email dia dekat NadiahJamal92@yahoo.com . 

Fuuhhh... Baru cerita logo. Belum cerita isi doorgift, mini pelamin, baju, make up. Pergh~


Tichasays: Orang kata darah manis banyak nyamuk suka. Nnnnnyaaamukkk.



Tuesday, 4 August 2015

Party Bujang Miley Cyrus


Selamat hari raya semua.



Nama entri je dah mencetuskan kontroversi.

Aku dah menganjurkan satu short vacation dengan berhasrat nak berseronok bersama cousins aku.
Jadi, tarikh 20hb Julai 2015 jadi pilihan kitaorang.

First, kitorang plan konon nak duduk Hotel Shangri-la Putrajaya sebab tempat tu ada sentimental
value lah dekat kitaorang. Tapi sebab ada yang tak dapat cuti dan cuti sehari je, jadi kami pilih hotel berdekatan saja. Which is Hotel Furama Bukit Bintang. Si hati pernah duduk situ and dia kata okay. So, aku pun booked 2 bilik standard room via Agoda.com . Total RM450.00 .

Gambar dari Goibibo.

Second, aku cadangkan main indoor game memandangkan isu Plaza Low Yatt masa tu tengah hangat, jadi aku create several games yang berinspirasikan program Running Man.
Oh!
Hotel Furama tu belakang Berjaya Times Square.



Punyalah gigih aku fikir nak main game apa, siap tanya adik bongsu aku. Dan dia mencadangkan game Werewolf. Dia tunjuk dekat aku game apps Werewolf, so dari situ aku dapat inspirasi game ini.

Isnin tu kami check-in pukul 2 petang. Receptionist tu upgrade bilik kami dari Standard Room ke Deluxe Executive Room. Weee! Tapi walaupun kami dah bayar full dekat Agoda, duit deposit tetap kena bagi - RM150.00 satu bilik. Total Deposit - RM300.

Dan seperti yang diimpikan kami, bilik kami mempunyai ruang tamu dan bilik tidur berasingan ruang. Tengok video untuk tahu suasana bilik tu.


Tiga orang nak dara 1 bilik, tiga orang bujang duduk lagi 1 bilik.

Lepas dah explore bilik, kami berwefie!

Kami Pusing KL - Kazenity Version
Mula-mula baik je...

Kami Pusing KL - Kazenity Version
Lepas tuuu...

Kami Pusing KL - Kazenity Version


Okay, explore bilik, settle. Wefie, selfie, settle. Warm up game start!

Sebab aku nak diaorang warm up untuk ada semangat kesukanan bila main game Werewolf tu, so, aku buat 4 game untuk diaorang. Peserta 5 orang.

Warm Up Game #1 - U Cakap Apa Ni?
Tajuk ni diinspirasi dari dialog Johan Raja Lawak dalam Lawak Ke Der?
Cara nak main game ni:
Buat 1 group couple kalau boleh. Round 1. MC(which is me) akan bagi 5 kata nama atau apa-apa ayat pendek untuk dibaca Player 1.
Tetapi! Player 1 kena baca dalam bahasa F. Haaa...siapa yang tak tahu bahasa F, pandai-pandailah. So, Player 2 kena teka apa yang cuba disampaikan pasangannya.
Round 2. Tukar posisi.
Player 2 akan baca 5 soalan dalam bahasa F, player 1 kena jawab soalan dia.
Contoh. Bentuk cincin yang selalu menjadi pilihan untuk cincin pertunangan ialah? Haa, try baca soalan tu dalam bahasa F. So, player lagi satu kena jawab Cincin Belah Rotan (dalam bahasa biasalah.)

Warm Up Game #2 - Pumping Guess.
Yang ni kena guna kekuatan dan kepandaian korang meneka. Player 1 kena buat posisi Tekan Tubi (Push Up). Player 2 akan cuba bagi hint untuk Player 1 teka. Akan ada tajuk tertentu lah macam Pelakon Lelaki, Filem Melayu, etc.
Player 1 hanya boleh menjawab bila dia dalam posisi bangun (tangan lurus). Tak boleh posisi baring atau turun. Yang payahnya, akan ada penghadang di antara Player 1 dan Player 2. Macam kitaorang, guna meja. Dalam masa 3 minit kena teka 8 jawapan betul.

Warm Up Game #3 - Telepathy Game.
Ini aku ambil dari game Running Man , masa tu Goo Hara jadi tetamu undangan,
Game ni memerlukan headphone atau earphone, lagu yang kuat, 5 soalan dan 8 jawapan (5 daripadanya adalah jawapan kepada 5 soalan tu, selebihnya hanya dummy).
Players akan diminta untuk memakai headphone dan akan dimainkan lagu yang kuat. Macam aku hari tu, lagu SOAD aku pasang.
Player 1 akan baca soalan mengikut turutan, manakala Player 2 kena main teka je jawapan untuk soalan tu. Yang penting, dua-dua tak dengar suara masing-masing, dan dua-dua tak tahu apa soalan dan jawapan yang diaorang terima.
Haa..berlakulah jeritan batinku di situ. Game ni paling kelakar.
Contoh soalan, Apakah mantera yang dibaca oleh ibu tiri Snow White di hadapan cermin sakti?
Jawapan punya banyak, tapi tak tahu apa yang partner cakap, so main pilih je, "Kasi Sengat!!!"

Warm up Game #4 - Run for Your Life.
Game individual. Ada dalam 12 soalan macam tu. Diaorang kena berlari dari hujung bilik ke arah aku yang duduk di hujung bilik yang lain, dan kena duduk atas kusyen. Kalau tak cecah pungkok hang kat kusyen, tak boleh jawab.
Tapi, kalau jawapan diaorang salah, kena denda minum sesudu kopi hitam tanpa gula. Diaorang tak minum kopi O. So, bagi diaorang macam nak terbeliak mata walaupun satu sudu je.

Then, kitaorang rehat tegok movie dekat Vision Four channel, The Woman in Black lakonan Daniel Radcliffe.


Dalam pukul 6 macam tu, adik aku yang bekerja hari tu sampai hotel, terus kitaorang pergi mandi pool dekat tingkat 3. Pemandangan cantik.

Kami Pusing KL - Kazenity Version

Kami Pusing KL - Kazenity Version

Kami Pusing KL


Pukul 8 lebih macam tu, bermulalah permainan utama, Werewolf.


Kami Pusing KL - Kazenity Version

Permainan Individual.

Kalau rajin, download lah game apps Werewolf. Aku guna untuk pilih kad posisi je.
Setiap seorang cabut undi, siapa start pilih kad posisi dulu.
Aku buat 3 orang posisi Citizen iaitu rakyat biasa yang cuba selamatkan diri dari Werewolf, dan 2 orang untuk posisi Werewolf. Di akhir permainan nanti, Masing-masing tak tahu identiti masing-masing. Rahsia okay! Di akhir permainan, 2 Werewolf tu kena teka siapa di antara mereka ialah Citizen. Kalau dua-dua Werewolf tu tekaannya betul, Werewolf menang. Citizen kena teka siapa Werewolf, tapi kalau 2 daripada 3 orang Citizen tu teka betul, Citizen menang.

Ada permainan diaorang kena main, dan 2 pemenang akan diberi hint samada nak hint pasal siapa Werewolf atau Citizen.

Race start!

Game #1 - Crawling in My Skin.
Konsep dia sama macam Run for Your Life, tapi kali ini bukan lari, tapi merangkak.

Game #2 - Goyang Goyang
Permainan kena download apps Shake Counter. Player kena goncang handphone selama 1 minit dan kiraan siapa paling tinggi, dia menang. Nak tambah best, pasang lah lagu.

Game #3 - Search The Notes
Yang ni, players kena cari Sticky Note yang tertulis sesuatu dalam sebuah bilik, dan tampal Sticky Notes tu pada sehelai kertas yang ada 16 kotak. Dalam hal ni, diaorang kena cari 16 sticky notes yang tertulis barangan hadiah untuk lelaki. Aku sediakan dalam 100 sticky notes dengan setiap satu barang ada 5 sticky notes tertulis barangan yang sama. Saja nak susahkan diaorang cari. Nak bagi diaorang rasa hampa bila dah jumpa, tengok-tengok dia dah ada dah barang tu. Siapa cepat, dia dapat hint.

Game #4 - Bingo.
Kan diaorang kena isi satu kertas yang ada 16 kotak, dengan Sticky Notes yang diaorang jumpa. Diaorang kena susun dan main Bingo. Setiap seorang player kena sebut nama barang, then kena dapatkan satu garisan lurus untuk menang. Macam main Bingo. Ada 3 round. 2 pemenang akan dapat hint.

Game #5 - Meeting Time.
Players akan diberi masa 1 minit untuk bertanya soalan sesama sendiri bagi memudahkan diaorang figure out siapa Werewolf, siapa Citizen.

Killing time!
Setiap seorang masuk bilik.
Werewolf kena pilih untuk bunuh siapa, dan Citizen kena teka siapa Werewolf.

Result;
Citizen pilih sesama sendiri, Werewolf berjaya 'bunuh' 2 orang Citizen.
Werewolf menang!

Kami Pusing KL - Kazenity Version



Macam tu lah aktiviti Party Bujang Miley Cyrus aku. Hhahaha!

Kami Pusing KL - Kazenity Version

Dah lama tak plan berseronok dengan cousins. I'm glad that the vacation goes well, walaupun dekat Kuala Lumpur je. And duduk dalam bilik je, And sehari je. Hehehehe!

Aku ni suka berjalan sikit. Bercuti. Ramai dah jadi mangsa aku.

Hope dapat plan macam ni lagi. And hope even dah tukar status, masih boleh plan gila macam ni.

Tichasays: I don't know either I'm the family first type of person or not, but I love my big family. Do you?

Wednesday, 17 June 2015

Boleh Nampak Penang ke dari Sini?

Tichamana


Aku suka pergi Pulau Pinang, especially Batu Feringghi. Me love it so much. 

Hari Sabtu lepas aku dan family aku pergi Penang.
Tapi kali ini bukan untuk bercuti, tapi untuk hantar adik bongsu aku untuk sambung belajar peringkat diploma.

Mula-mula macam excited sebab nak pergi Penang. Aku siap belikan beg roda dan botol air untuk adik aku. Kekekeke~



Dekat sana kitaorang duduk Hotel TH. Hotel ni under Lembaga Tabung Haji. Rating untuk hotel ni;

Gambar dari laman rasmi TH Hotel

Location: Near to Penang International Airport.
Cleanliness: Great. Yang penting katil bersih.
Service: Pekerja dia akan selalu bagi salam. Especially lelaki tukang bawak beg and buka pintu . :)

Aku book hotel ni guna Agoda.com. Masa tu Standard Room RM130. Wee~ 
Hari tu musim durian. So, sepanjang area Balik Pulau dan Bayan Baru ada orang jual durian. Abah asal nampak je menjerit, "Durian! Woo, durian!".... comel.

Tak banyak berjalan pun masa hari pertama. Cuma hari kedua tu, lepas jemput adik aku dari airport (sebab kereta tak muat, so dia kena naik flight), kitaorang pergi Bukit Bendera lunch sana.
Harga tiket RM10 untuk Malaysian with IC. Mama Abah kategori warga emas, so RM4 je. 

Malam tu kitaorang makan dekat area hotel je. Makan tom yam. Tak larat nak tengok nasi kandar. Masa sampai Penang first day dah telan nasi kandar dekat Nasi Kandar Pokok Ketapang. 

Hari ketiga, hari paling sedih untuk aku. Kitaorang hantar adik bongsu aku ke tempat belajar dia. 
Aku tengok adik aku pakai kemeja biru muda dengan seluar slack hitam, bertali leher hitam, berkasut coklat. Lama juga tunggu dia daftar diri.

Tichamana - Boleh Nampak Penang dari sini?


Dalam tengah hari tu, makan lunch dekat kedai mamak, again, nasi kandar. Tapi aku tak makan banyak. Then pergi beli sikit barang makan, and perkakas untuk bilik dia.

Lepas dah kemas-kemas bilik dia, kitaorang solat dekat masjid tempat belajar dia.

Masa yang aku tak sanggup nak ingat balik, tapi kena ingat sebab nak taip dekat entri ni. Hihi!

Okay, tarik nafas...

Lepas je aku keluar masjid, aku nampak adik bongsu aku duduk dengan adik bawah aku and abang aku. Adik aku tengah isi borang. Aku tengok jam. Dah nak dekat pukul 3 petang. Adik aku kena pergi dengar taklimat. Dan kami kena bergerak balik.

Aku takut sangat masa tu. Aku takut tak dapat tahan perasaan. Tapi aku fikir, aku boleh ni~~
Aku tengok abang aku salam adik bongsu aku. Then adik aku, next mama and abah. Aku salam dia pula. Aku ingat lepas salam nak terus lari masuk kereta. Tapi adik bongsu aku kata,"Tolong ambil gambar Zikry dengan background tempat ni." Aku pun okay. Keluarkan handphone,....

...
...
...
...
...
...

Berderai air mata aku...Tttrrrruuuuu laju je.

Adik bongsu aku nampak. Dia terus peluk aku. Maakkkk~ Lagi kuat aku menangis.
Tak tahan sebab dia peluk aku then kata,"Kejap je. 5 minggu je lagi Zikry balik rumah."
Aku dengar mama kata,"Laa..dia pula yang lebih.. Zikry duduk elok-elok ya."
Aku peluk Zikry kuat-kuat. Then teringat dia nak ambil gambar. Aku leraikan, then dengan sedu sedan aku ambil gambar dia. Lepas tu aku peluk dia balik. 
Aku masuk kereta dengan air mata macam air paip. Aku nampak adik bongsu aku lambai dekat kitaorang. Maaakkk~ Sedihnya. ....Fuuuhhh~

Sepanjang perjalanan ke K.L, air mata tak berhenti mengalir. Kau bayangkan, dari pukul 3 petang sampai dekat rumah pukul 10 lebih, menangis lagi. Sampai migrain. Hambek kau! Terus MC esoknya. Itupun, pagi-pagi si hati call aku, aku menangis lagi,"Abang, Kiki tak ada..."

Lepas aku pergi klinik ambil MC, aku drive jalan-jalan sekitar kawasan perumahan. Naik bukit, turun bukit, nampak monyet, nampak rumah lama. Ini namanya terapi. Konon. Ini namanya menghabiskan minyak kereta.

Before balik rumah, aku beli 2 aiskrim. Jadi kebiasaan kalau beli aiskrim, adik bongsu aku mesti ada sekali ikut. So, tak pasal-pasal aku mencekik aiskrm sampai 2 bungkus.

Kalau tanya sekarang, samada aku dah okay ke belum, aku boleh jawab not fully recover, but at least not all the time bila teringat dia aku akan menangis.

Si hati kata Penang dengan K.L tak jauh pun, dalam Malaysia juga. 
Memang. Tapi dari K.L tak nampak Penang nya. Huhuuuu...

tichamana


Mungkin sebab aku manja dengan dia. Dia je yang sudi dengar cerita aku. Gelak kalau aku buat lawak walaupun taraf 1 bintang je lawak.

Mungkin sebab aku asyik ajak dia teman ke mana-mana, even dah keluar berdua, aku pergi jalan sambil peluk pinggan kecik dia.

Mungkin aku suka sangat peluk dia tanpa sebab. Mungkin aku suka usik-usik dia.

Mungkin sebab tu aku sedih sangat. 'Hadiah' hari jadi aku dah jauh dari aku.

Lagi sedih bila time aku tengah prepare nak kahwin, dia tak ada. Risau dia tak dapat attend majlis aku.


So, Zikry, betullah maksud nama Kiki. Yang diingati, dikenang. Belajar elok-elok ya. Jangan sia-siakan pengorbanan air mata kakak ni. Tiibaa!

Bulan puasa tak ada dia. Maaakkkk~~


P/S: Aku yang manja, kau yang panas.

   

Monday, 25 May 2015

Tekanan bermula - OMGTichaIsGettingMarried

Weeyyyyyhhhh~~~

Stress nya.

Mana nak cari pakej perkahwinan lengkap dengan dewan sekali pada bajet RM12k ?????

Dan punca asal kepada stress nya aku adalah sebab aku ....takut nak telefon orang dewan dan katering!!! Huuuuaa!! Nampak tak stress aku mampu stress kan orang lain. Tee Hee~~

Aku ni tak berapa nak pandai bercakap, nak menyoal.. Aku takut orang tu layan aku macam budak-budak.... Hmm? Ketakutan aku ni agak bangang sikit, kan?

Aku tak tahu nak tanya apa. Walaupun aku dah tanya kakak office dan kakak sepupu aku apa yang patut aku tanya, aku masih tak berani nak tanya.

Puncanya juga sebab.... aku tak suka bercakap dengan pegawai yang tak friendly atau yang macam malasssss je nak layan.

Contoh macam baru-baru ni, aku call TH Hotel untuk bertanyakan pasal bilik hotel yang aku book melalui Agoda. Perempuan tu macam "Hek eleh, itu pun nak tanya ke?" . Erm, perasaan aku je kot. Entah.

Sebab aku pernah kerja di bahagian Customer Service. Silap cakap, kau akan dimaki "Bodoh!" Serius, tak tipu. So, aku tahu sikit-sikit pasal tatatertib bila communicate with customer. Plus, masa aku kerja Bank Negara dulu, masa nak buat phone interview, bahasa, dan susunan ayat kena proper. Memang kena skema tapi jangan buat orang yang kita interview tu rasa cuak dan awkward.

Berbalik pada cerita dewan.

Boringnya cari dewan dan pakej kahwin!!!!

Tammat.


Ticha says: Kuatkan semangat!!!.....Hmm... I really need him.

Sunday, 10 May 2015

Nak Buat Baju Pun Seksa! - OMGTichaIsGettingMarried

Selamat Pengantin Baru untuk ex-housemate, ex-classmate, ex-coursemate masa belajar dekat UiTM 2008-2011, Norain Karim. Sabtu lepas, berlangsungnya majlis perkahwinan kawan aku yang sewelnya tak dapat dijangka. Dah kahwin pun tak beli insurans mulut, macam aku. Ahahaha!





Ahad lepas kononnya Hari Ibu. Tapi aku tak wish pun Mama. Aku macam ragu-ragu nak wish sebab ada yang kata haram shake. Lagipun, bagi aku hari-hari hari mama. Aku kalau boleh nak me'ratu'kan Mama, tapi buat sedaya mampu je lah. Sebab Mama ni, lagi aku larang dia masak ke, basuh baju si anak-anak bujang ke, lagi dia nak buat. Jadi, aku me'ratu'kan dia dengan memenuhi permintaan dia macam nak jamu lah, nak minum kopi lah. Mama simple je permintaan dia. Cuma baru-baru ni je permintaan dia berat sikit. Dia nak aku beli kereta. Menjujung kasih , ratuku. Kita tunggu orang kereta tu call ya. Sabaq norh.

Bagi menggantikan atau saja nak memeriahkan hari Ahad tu, aku booking Mama untuk teman aku beli kain untuk buat baju tunang. OMGTichaIsGettingMarried!

Memandangkan nak belinya dekat area Masjid Jamek-Jalan TAR, aku, Mama and adik bongsuku yang dipaksa dan digoda Mama untuk teman gadis-gadis Pilah ni, naik public transport ke sana.

"Mama, kita nak beli dekat mana ni?"
"Jakel."
"Betul nak dekat Jakel?"
Mama angguk je.

Punyalah mencari Jakel Mall tu. Siap guna Google Maps lagi. 



Sampai sana, nampak dah ramai mak cik-mak cik rakus beli kain. Pekerja Jakel pun semangat bukan main promosikan kain. Adik aku siap tanya,"Memang pekerja dia macam tu ke, kak?" "Haah, memang semangat. Nak bagi servis 5 bintang." "OK. Jual kain je pun." Ahahaha! Adik aku tanya lagi, apa yang best dekat Jakel ni. Aku jawab," Servis dia 5 bintang." Nak banding kedai lain yang menggunakan khidmat pekerja dari luar samada PADI atau PATI, mereka hired orang Malaysia. 

Aku sampai je pintu depan, aku disapa seorang lelaki, supervisor kot. Then, disapa lagi pekerja Jakel, last-last sampailah ke tempat Bridal Department, pekerja Jakel bawa aku ke seksyen lace sebab aku nak beli kain chiffon dan lace.

Pelayan Jakel aku ialah seorang kakak nak ke arah mak cik. Dia kecil je orangnya. Risau aku tengok dia ke hulu ke hilir carikan kain. Aku minta chiffon, dia bagi heavy chiffon kalau aku tak silap, sebab aku kata untuk bertunang. Dia siap cadangkan design macam mana, refer dekat majalah. Dia siap carikan lace untuk aku.

Aku happy dengan layanan akak tu. Aku mintak lace 2 meters. Mama tanya berapa semeter.
"French lace ni RM168 semeter. Kalau untuk veil tu, RM200+ semeter."

Abah kau!

Gila.

Aku dalam purse ada RM500 je, hasil keluaran duit ASB.

Nak nangis aku dengar. 

Dah lah lawa lace tu.

Agaknya akak tu perasan muka aku, dia cadangkan kain lining yang murah sikit, RM9.90 semeter. Asalnya dia bagi lining yang berpuluh juga harganya.

Last last, akibat kecewa+bengang, aku just beli kain chiffon RM50 semeter dan kain lining RM9.90 semeter.

Akak tu macam nampak keletihan. Sorry kak. Siapa suruh tak bagitahu harga. Teehee~

Total RM209+ . 

Gila. Ampunkan aku, ya Tuhan. Kain je dah lebih RM200.

Aku pergi cari border lace bagi mengubati hati yang pilu tak dapat french lace.

Aku pergi kedai cina dekat depan area SOGO.

Aku jumpa border lace yang bagi aku cantik dan ada lah sikit french nya.

RM29.90 semeter. 

Tapi tu lah. Macam aku kata. Memamg beza Jakel dan kedai biasa. Aku pergi kedai kain biasa, pekerjanya orang luar. Sibuk berborak, layanan macam tak nak. Masa aku beli border lace tu, pekerja yang kami jumpa,(kami yang approach dia. Bukan dia. Siap panggil banyak kali), layan kami macam tahi. 

"Kalau lace ni padan tak dengan kain yang dia beli ni?" Mama tanya pada pekerja tu sambil suruh aku bagi kain Jakel. Aku tunjuk dengan hanya keluarkan sikit je dari hujung beg kertas Jakel.

"Kalau tak keluarkan macam mana nak tahu?" kata pelayan tu dengan nada sinis. Betul. Sinis.

Aku pun cuba untuk buka lekatan pita pada beg kertas, tapi macam payah sikit. 

"Ni ada gunting ni." Kata pekerja tu. Aku suruh dia gunting. Tapi dia tak gunting pun. Katanya,"Boleh je buka ni." Aku suruh dia buka. Aku nampak dia cuba buka dari bahagian lekatan yang pitanya panjang. Aku suruh dia buka yang bahagian pendek je. Dia struggle lah juga tapi berjaya.

Aku terus ke depan menghadap dia. Sebenarnya aku dah naik darah dah time tu dengan nada bahasa dia. Aku biar mak aku je settle. 

Dia kata padan. 
"Ni nak buat baju biasa ke?" Tanya dia sambil kuis-kuis lace tu. Tak pandang mak aku.
"Tak. Untuk tunang." Mama jawab.
"Kalau tunang, buat sampai belakang pun tak pe. Kalau biasa je, letak lace dekat depan je, sebab kalau sampai belakang, glam sangat untuk pakai biasa." Jawab dia sambil dok kuis-kuis lace tu. Tak pandang Mama, jawab dengan nada malas.

Aku time tu dah berangin. Silap hari bulan ada yang kena buang kerja ni. Mama tanya elok ambil berapa meter. Pekerja tu pandang aku dari hujung mata. 
"2 meter pun dah cukup. Dia ni kecik je."

....

Mama macam nak bertanya lagi. Aku potong, "Dah. Ambil 2 meter." aku kata kat pekerja tu. Aku terus ke kaunter. Dalam hati nak je cakap dekat bos dia, suruh pekerja dia beradab sikit. Tapi aku fikir, lantak kau lah. 

Aku bawa Mama dan adik ke foodcourt Sogo. Mama nak Char Kuey Teow. Aku pergi dekat gerai Penang. Aku tunggu untuk pekerja dia ambil order. Pekerja dia pandang aku dan angkat kepala tanda,"Nak order apa?" Amboiiiii..macam tu je kau ambil order pelanggan kau.

"Char Kuey Teow dua. Satu tak nak tauge."

Aku bayar. Tunggu. Dan tunggu. Dan tunggu. 2 pinggan Char Kuey Teow keluar dari dapur. Pekerja tadi pandang aku, lambai sekali mengarah aku ke depan dia. Amboii amboi....

"Satu lagi tak nak tauge ka?"
"Ya."

Tunggu dan tunggu lagi. Masa aku bayar tadi, ada anak lipas berlegar dekat meja cashier. Cashier ti aku tak tahulah dia nampak or tak.

Dan masa aku tunggu lagi satu Char Kuey Teow aku without bean sprouts, anak lipas tadi dah naik ke pinggan Char Kuey Teow aku. Orang sebelah aku nampak. Aku pun nampak. Aku angkat pinggan tu , aku hempas dekat meja cashier.

Pekerja tadi datang dari dapur bawa CKT tanpa tauge. Dia tengok pinggan CKT yang aku hempas tu.

"Ada lipas naik atas pinggan tu tadi." Aku kata kat dia. Dia blur, Dia bawa pergi daput. Dia bagi yang baru. Aku harap yang baru. Sebab aku tengok macam lain dari sebelum. Ada pelanggan dengar aku cakap. "Ada lipas ke, dik?" Muka pakcik tu macam cuak je sebab dia baru je order CKT. 

"Tak, anak lipas tu berlegar tadi, naik atas pinggan. Bukan dah sedia ada dalam CKT tu." Aku explain. Pak cik tu macam lega sikit lah. Sikit je.

Bajet kedai kau tip top ke nak layan aku berlagak macam tu?

Dan kedua-dua pekerja yang layan pelanggan macam haram shake ini, satu Indon dan satu lagi Bangla/Nepal, idk. Dah duduk lama kot kat Malaysia, tu yang berlagak tu. Kesian. Lupa diri. Aku cuba untuk tidak bersikap serumpun. Cuma terlampau banyak pekerja dari luar yang dah menetap dekat sini, berlagak dan tunjuk lagak. Dulu masa aku belajar, aku pernah ditolak dan dihalau oleh pekerja Indon di Pudu Sentral sebab aku berdiri depan kedai dia. Aku berdiri sebab aku nak tengok papan notis, bukan nak buat jahat. Dia tolak sambil kata,"Jangan diri sinilah!" What a bitch...

Aku tak kata semua, but mostly macam tu especially yang dah duduk lama dan konon ada kedai sendiri. Nak aku check status kau?

Aku tanya sikit, jawab berlagak,"Taraa! Taraa!" sambil lambai-lambai tak pandang pun.

Aku mungkin boleh sabar kalau tak beradab dengan aku, tapi kalau diaorang tak beradab dengan mak bapak aku, sorry but not sorry, aku boleh sound balik. Tak kira kau siapa, dari mana. 

Jangankan pendatang, kadang-kadang orang sini pun aku pernah sound.

So, nak beli kain, sila tanya harga dulu. Jangan jadi macam aku. Tsk!

Ada duit lebih, boleh ke Jakel. Plus memang selesa, aku puji. 
Tapi kalau macam aku, fikir berkali-kali untuk ke sana lagi. Semeter RM200??

Aku buat baju kurung moden je.

Se-simple yang mungkin. Dan make-sure baju tunang tu aku akan pakai lagi dan lagi.

Aku mungkin tak pakai veil.

Aku mungkin minta kakak saudara aku make-up kan.

Aku mungkin akan buat sendiri tempat sarung cincin.

Everything pun D.I Y. InsyaAllah.

Doakan aku berjaya buat majlis ni meriah dan simple and calm.

Tinggal kenangan je lace tu....

Tichasays: Tegur dengan cara beradab, bukan takbur.


Wednesday, 6 May 2015

"Ini tradisi Mak Cik, lah" - OMGTichaIsGettingMarried

"Ini tradisi mak cik ni. Pak cik dulu nak kahwin dengan Mak Cik pun kena panggil datang rumah. Kita punyalah nervous, ingat dorang nak tanya pasal tajwid je, hukum hakam ke, suruh baca Quran ke, Rupanya tanya,betul ke nak kahwin dengan mak cik."

Itu kata-kata abah.

Si hati gelak je.

Mama pun.

"Kita datang jauh-jauh, dorang nak tanya tu je."

Mama, si hati dan aku gelak.

Ikan stim, tom yam seafood dan kailan ikan masin dah selesai kitaorang belasah.

Aku sibuk minum Chinese Tea.

"Dengar kata, ada tujuan, ya?"

Si hati angguk.

Abah garu kening dia yang tak gatal. Habit.

"Betul ke kamu nak apa dengan dia?"

Aku rasa macam Mama suruh isi tempat kosong je dekat part 'apa' tu.

"Hehe.. Betul lah. Memang niat nak apa dengan dia. Kitaorang pun dah lama kenal. Saya dengan dia dulu sama kelas masa darjah enam...bla, bla, bla.."

Si hati menceritakan macam mana kami bertemu. Diakhiri ayat dengan, "Jadi, nak minta restu mak cik pak cik lah untuk kami ...erm, orang kata, move on to another stage, lah"

Aku punya tersipu-sipu, adoi.. Kembang kempis tahan malu.

"Betul ke nak apa dengan dia ni?" Tanya mama.

"Bukan dia paksa kan?" Abah aku bergurau. Harap dia betul-betul sekadar bergurau.

Mama Abah asyik tanya banyak kali pada si hati samada dia betul-betul nak kahwin dengan aku atau tak. Eh, dah terjawab dah apa maksud 'apa'. Teehee..

Macam nak kata, "Eh, biaq betui hang nak nikoh dengan budak comot ni......Pikiaq betui-betuiiii."

Si hati masih senyum dan kata Ya. Maceh awak. *Sorok muka bawah meja*

So, sesi si hati berjumpa Mama Abah dah pun selesai.  Selepas bertangguh banyak kali. Eh, tipu, Sekali je tangguh.

Si hati kata Mama Ayah dia nak jumpa Mama Abah aku pula nanti. Saja nak parents' talk. Pergh, nebes!

Aku bersyukur sangat Mama Abah okay. Harap tak ada persoalan atau pertikaian.

Mungkin sebab si hati adalah lelaki pertama yang datang rumah aku, yang pertama aku bawa jumpa Mama Abah, so maybe sebab tu parent aku macam turuti pilihan aku. 

Ye lah, sepanjang 6 tahun dulu, Mama Abah pun dah kenal sikit-sikit pasal si hati cuma diaorang tak ada banyak tanya sebab fikir si hati masih belajar lagi.

Alhamdulillah, kedua-dua belah pihak dah pun merestui hubungan kami. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Doakan kami ya!

Ini Tradisi Mak Cik, lah. - OMGTichaIsGettingMarried



Tichasays: Harap penantian dan kesabaran aku dilimpahkan kemudahan dan rezeki dariNya. Amiin.