Rasa tak ikhlas bekerja, rasa terbeban.
Asyik snooze alarm clock,
Termenung bila bangun dari tidur,
terfikir nak half day, EL, dan MC.
Rasa nak nangis tapi tak tahu nak nangis atas sebab apa.
Termenung tengok luar,
Depress.
Itu yang aku rasa baru-baru ni.
Sebelum ni pernah je rasa, tapi ada point kenapa rasa macam tu.
Tapi kali ni, point tak berapa kukuh.
Aku cuba senaraikan kenapa aku jadi macam ni.
Aku cuba gali sebab musabab aku jadi macam ni,
sebelum aku salahkan orang.
Maybe aku PMS.
Maybe aku bosan bekerja.
Mungkin aku rasa macam,"Habis semua aku nak kena buat.Sakit otak aku."
Mungkin aku rasa lonely sebab si hati bertungkus-lumus cuba mencari rezeki.
Mungkin aku ni pemalas orangnya.
Mungkin aku tak cukup bersyukur.
Mungkin Dia nak aku bersujud padaNya.
Setelah aku berpura konon aku ni penganalisa psikologi,
Aku rasa,
aku PMS.
Aku tak cukup bersyukur.
Dan aku tak dekat dengan Dia.
Hati jadi tak tenang kalau hati tak dekat dengan Dia.
Hidup jadi tak tentu arah bila aku tak bersyukur.
Aku pernah terbaca dekat status FB kawan aku.
Kalau gaji rm1500 tapi kita punya kerja macam gaji RM3k,
Tuhan akan bagi rezeki dari segi lain - kesihatan, kebahagian,etc.
Kalau gaji RM3k, kerja macam RM1500, memang tak berkatlah.
Sebab tu kadang rasa tak cukup.
Si hati ada bagi cadangan secara logikal pasal keadaan aku.
Katanya,
Cuba bersenam atau buat apa-apa aktiviti.
Katanya untuk keluarkan bahan negatif dalam badan,
Yang membuatkan kita rasa lemah.
Aku cuba.
Aku keluar dengan Mean Girls aku,
Borak-borak, gosip-gosip (sangat negatif ya aktiviti ni), gelak-gelak.
Kadar positif meningkat 15%.
Kawan masa belajar dulu, ajak teman pergi spa.
Free of charge.
First time pergi buat facial.
Haram sakit weih.
Hidung jadi merah - too much blackheads.
Kadar positif meningkat kepada 35%.
Turun 5% bila tengok hidung bertanda sebab beautician picit hidung aku kuat sangat.
Pergi berjumpa dengan si hati dan tengok wayang cerita The Martian.
Cerita yang betul-betul kena dengan situasi aku sekarang.
Kadar positif meningkat pada 60%.
Bercerita, mengadu pada si hati tentang apa yang aku rasa,
dan mendengar kata-kata sokongannya.
Kadar positif meningkat 80%.
Dan sekarang,
aku berserah, berdoa pada Dia,
supaya dia kuatkan semangat aku.
Dan jangan biarkan aku sesat.
Aku ada rasa okay sikit.
Kesimpulannya.
Kalau kau rasa macam apa yang aku rasa,
cuba cari penyelesaiannya.
Sama macam Mark Watney dalam filem The Martian.
Dia lagilah.
Sorang-sorang dekat planet Marikh yang apa pun tak ada.
Berbekalkan kentang untuk teruskan hidup.
Dia cuba bercucuk tanam dekat planet tu.
Pergh!!!
Cuba fahami diri sendiri,
dan cuba fahami keadaan sekeliling.
Cuba mendengar dan meluahkan,
Cuba walaupun sedikit untuk berfikiran positif.
Aku tahu bukan senang nak berfikir positif masa negatif tengah hempap kau macam pemain ragbi.
Tapi mesti ada lubang untuk kau loloskan diri,kan?
Yang penting, cuba.
Jangan salahkan orang sewenang-wenangnya sebab benda tu tak membantu kau pun.
Cari punca semangat kau untuk teruskan perjalanan.
Semangat!
Aku tak ada,lah pandai nak bermadah,
Nyanyi lagu Madah Helah pun tercekik.
Tapi,
Kalau kau rasa macam yang aku rasa,
Fikir,
Kenapa kau perlu biarkan diri kau lemas, hidup dalam keadaan tak tenang,
Sedangkan kau boleh pilih kebahagiaan?
The Martians! Kentang keluaran poopoop. Haha. Kau buat facial! Aku nak buat tapi tak buat buat. Aku pulak turun 10%..apa apa pun, kau mesti boleh harunginya!!!!!! Kau kan kuat. Even badan kecik tapi semangat kau kuat macam pemain rugby. Chill, love you!!
ReplyDeleteThe Martians! Kentang keluaran poopoop. Haha. Kau buat facial! Aku nak buat tapi tak buat buat. Aku pulak turun 10%..apa apa pun, kau mesti boleh harunginya!!!!!! Kau kan kuat. Even badan kecik tapi semangat kau kuat macam pemain rugby. Chill, love you!!
ReplyDelete