Friday, 30 September 2016

Kisah 6 Bulanku Sepanjang Mengandung

Assalammualaikum. Hello.

Dah nak masuk minggu ke 24. Anak dah aktif buat somersault, martial art, menyampuk bila orang tua bercakap, dan kadang-kadang hentak-hentak macam tengah layan lagu jazz.

When the news came in
Yeah, I'm pregnant. 2 weeks period tak mai. Tapi check pregnancy test, negative. I even bought Appeton Folic Acid sebab fikir mungkin aku masih belum ada rezeki. But a few weeks later, I checked again. It's positive. I even checked it twice. Positive. Checked pun sebab Joanne, my colleague asked me to checked it again, sebab ada fire-drill, and she was so positive that I'm pregnant. On the day of fire-drill, I told my leader, my friends; Ajeep, Joanne, Shahirah that I'm pregnant. And it was so chaos when my leader announced it to everyone. LOL. She's the one who really excited about the news. Oh,ya! My husband, he was so shocked, can't say anything other than hugged me and kissed my belly. Saying,"Saya nak jadi ayah? Dalam ni ada anak ayah?"

That day was Thursday. 19th May 2016. Aku dikecualikan dari join fire-drill. Right before the bell ring, I vomited. My breakfast all gone. Started that day, the nightmare began.

Me not myself anymore
I hardly can't handle my body, my emotional. Rasa macam bukan diri sendiri. Selalu MC.  Oh, yes. Lupa nak bagitahu. Kitorang ada pergi klinik. Dekat Taman Permata. Masa tu doktor gantian rasanya. Dia scan, check kiraan period. She said something terrible. Something like yang baby ni tak membesar ikut aturan pembesaran. Probably tak selamat. She asked us to check and probably kena gugurkan. Hancur hati. Gara-gara aku kata aku pernah sakit perut yang amat. Tapi tak ada pendarahan pun. Doktor tu assume macam tu.

My Nightmare of Ramadhan
Day after day. My May was just a starter of my sickness. I rarely come to work. On off. 6th June 2016. First day Ramadhan. Tengah aku bersiap nak ke pejabat, aku rasa tak sihat sangat badan ni. Pergi klinik dekat Boulevard, tutup. Dekat parking kereta juga aku muntah. Husband bawa aku ke klinik dekat Taman Permata. Doktor suruh aku ke hospital bahagian emergency terus, suruh check segala. Aku tak ingat pasal apa tiba-tiba doktor suruh husband bawa aku ke sana.

Masa tu petang dalam pukul 2. Pergi ke Hospital Kuala Lumpur. Lama juga tunggu giliran. Mas tu aku betul-betul tak tahan dengan badan aku. Masa tu aku dah buka puasa minum seteguk air. Tapi macam tak cukup. Tiba turn aku, doktor tanya ku berapa kali muntah, dia scan perut, dia minta air kencing. Aku kena masuk air dengan ubat tahan muntah. Paling aku tak tahan, bila ubat tahan muntah dicucuk dalam air. Aku dapat rasa ubat tu masuk dalam saluran aku. Badan jadi sakit-sakit. Aku cakap aku tak tahan dekat husband. Husband suruh sabar. Dia belikan aku roti dan air. Dia bagitahu aku, result air kencing aku tak cantik, dehydrate teruk. Kena masuk wad. Terkejut aku. Aku cakap aku nak balik. Husband pujuk suruh aku masuk wad. Dalam wad, aku merengek dekat husband, minta bawa aku keluar dari wad ni. Husband pujuk lagi. Dia kata, kalau masuk wad, nanti cepat sihat. I know, he was so worried about me and the baby. He's struggling too. He sacrificed his work, taking leaves so many times to take care of me. 4 hari aku di wad. Sepatutnya 3 hari je. Tapi hari keitga, right after doktor kata aku boleh balik, tiba-tiba aku kena strike temperature. Aku menggigil kesejukan padahal HKL tu panas kot. Payahnya aku dekat wad, MasyAllah. Nak mandi susah. Sebab kena heret sekali bag air tu dengan jarum kat tangan.

2 months of stressness
Hampir 2 bulan aku tak pergi kerja. Aku memang tak larat nak bergerak. Makan tak lalu. Muka aku mengecut, berat badan turun. Tengah malam husband kejut untuk makan ubat tahan muntah. Gighnya dia jaga aku. Dalam masa sama, emosi aku terganggu sangat. Sebab rasa aku bukan macam aku yang dulu. Tak aktif. Asyik sakit. Part makan paling seksa. Sebelum makan stress sebab tak tahu nak makan apa. Masa makan, stress sampai menangis sebab tak lalu nak makan tapi kena makan. Selepas makan, stress sebab perut rasa tak sedap. Hormon air liur melanda masa bulan kedua. Air liur asyik penuh tak berhenti berkumpu dalam mulut. Nak telan tak dapat sebab jadi loya. Korang bayangkan, baru je ludah, tak sampai 2 minit, dah penuh air liur dalam mulut. Sampaikan aku terpaksa bawa plastik ke mana-mana. Nak bercakap dengan orang pun susah. Cakap dengan suami guna bahasa isyarat, kadang-kadang taip dekat handphone. Gula-gula kena selalu ada kalau keluar or nak bercakap dengan orang. Bertambah stress bila orang sekeliling push aku itu ini. Lagi-lagi bab kerja. Office dok tanya sampai bila cuti, Padahal dah jumpa HR manager, minta pelepasan untuk work from home. Tapi tunggu punya tunggu, laptop tak dapat. Last-last bulan Ogos aku  masuk kerja akibat dah tak tahan denga surrounding. Of course, husband tak setuju aku pergi kerja dengan keadaan aku yang tak menentu. Tapi aku pujuk dia, yakinkan dia, InsyaAllah aku okay.

6th July 2016. Raya pertama. Baju nikah je pakai gara-gara malas and tak larat nak keluar shopping. Masa ni dah boleh makan sikit. Tengoklah dekat tangan ada kuih raya. Nak hilangkan rasa mual. Masa ni hormon air liur melanda.

Sekarang dah hujung bulan September. Masih ingat lagi saat aku morning sickness di office. Jarang di workplace, Asyik dekat toilet je muntah-muntah, mencangkung sorang-sorang menahan sakit nak muntah. Belum lagi menahan loya orang membuang dekat toilet sebelah. Makin loya aku. Alhamdulillah, walaupun kadang-kadang datang sakitnya macam badan rasa lemah semacam, tak pun sakit pinggang or sakit kepala. Aku masih boleh stay dekat pejabat walhal tak ada kerja nak buat.

Dilema of a Wife and a Daughter
One day, leader aku bagitahu aku bad news. Kemungkinan kontrak aku tak disambung. Adoihhhh ..Sorry. Anak menggeliat ke apa entah, ditolaknya perut aku. Mengeras..........
Okay sambung. Aku macam dah ready dah. Sedih tu tak. Tapi lebih pada risau. How to survive? Aku masih perlu tanggung ibu bapa aku serta adik bongsu aku yang masih belajar dekat politeknik. Parents aku tak nak aku berhenti kerja. Especially mama. Dia macam...amboi..anakku.. bergelora perut mak. Jap, mak tengah blogging ni. Sat norh, pujuk anak dalam perut jap.
Okay. Mama tak nak aku jadi macam dia which is as housewife tapi husband nak aku jadi housewife yang berjaya. Dilema weih. Sekarang syurga dekat tapak kaki suami tapi aku tak boleh nak tak endah je permintaan parents. Plus, hutang aku banyak. Kereta, PTPTN. Okay tu je. Cuma kalau tak bekerja, macam mana nak bayar kereta. Nanti parents tak ada transport nak ke sana sini. Kalau aku tak kerja, nanti bajet perbelanjaan parents dan adik terhad ibarat satu mulut tak dapat makan. Kalau aku tak kerja, macam mana nak bayar PTPBODOH tu yang dah heret ke CCRIS. Caj perkhidmatan je hampir RM50. Insurans 96 sen. That's bila dapat tahu adik ambil PTPTN, aku rasa down jap sebab tak nak dia merana macam aku.

There're someone talking to me
Sekarang aku tengah risaukan apa akan jadi pada aku selepas aku beranak nanti. Memang Allah dah aturkan segalanya. Cuma aku ni haa.. Dah ready ke nak hadap? Bertambah risau bila baca part eroyan after beranak gara-gara tak dapat kawal emosi. Yes, masa 1st trimester, aku menghadapi masalah nak kawal emosi. Ada satu malam, tengah malam aku menangis macam orang tak betul, tiba-tiba aku mendengus sorang-sorang, pandang kiri kanan, tutup telinga sebab dengar suara lain. Suara kata-kata paksaan, negatif, suara kata-kata orang sekeliling yang suruh aku buat itu ini. Aku tak tahan sangat sebab aku sorang je dengar, husband aku tak. Aku hampir pukul perut aku, kata anak jahat buat aku macam ni. Jahat betul aku. Aku yang jahat. Aku meronta-ronta. Husband aku peluk aku kuat-kuat. Baca ayat suci, suruh aku beristighfar. Aku nak, tapi marah aku lagi kuat dari dengar suara husband. Husband minta aku pandang dia. Aku dengar, tapi aku macam tak boleh nak turut cakap dia. Aku just tarik rambut aku, tutup telinga aku. Scary kan? Tu lah. Silap aku. Iman tak kuat. Time macam ni lah 'dorang' suka nak kacau and hasut. Husband dapat tenangkan aku. Sambil dia baca ayat-ayat suci, dia minta aku minum air yassin yang mama bekalkan. See. Mak aku pun tahu aku mungkin akan beremosi. Sebab tu sediakan berbotol air yassin. Tapi aku minum sikit je. Sebab aku seriau nak minum sebab kes aku minum air kosong, aku muntah balik.

Dugaan. Untuk aku. Dan suami. Kesian husband. Dia stress. Sampai naik darah tinggi. Sampai minta surat doktor untuk dia buat check up pasal stress level. Dia stress more to his work. Tapi dalam masa sama risaukan aku. Kami baru kahwin 5 bulan. Sebulan selepas berkahwin dah hadap dugann morning sickness. Bulan kedua hadap dugaan sakit sampai masuk wad. Bulan ketiga hadap dugaan orang office dan workload. Alhamdulillah, kami dapat hadapinya.

Sekarang, aku ligat nak berjalan. Walaupun tak larat kaki ni, tapi nak berjalan bercuti je rasa. Bulan Ogos hari tu, pergi bercuti di Desaru. Lotus Desaru Beach Resort dengan family-in-law. Hormon air liur masih melanda. So, pergi mana-mana bawa plastik kecil. Malu je.

Vacation pertama selepas morning sickness. Tak dapat nak join mandi-manda, mahupun berkaraoke.


Berjalan-jalan dekat Dataran Pahlawan Megamall dan sekitarnya. Ni baru lepas pergi kenduri kahwin kawan baik husband dekat Batu Pahat. Dua minggu lepas pergi Desaru.
Bulan September, Babymoon fasa pertama katanya. Pergi Gold Coast Morib Resort sebab nak rasa angin laut. Plus masa tu ada promosi Merdeka. Pergi dengan husband and mama abah serta adik-adik.
Weekend end of September. Gaji tak masuk lagi. Tapi gatal nak berjalan juga, plus jealous parents bercuti ke Sabah. Korek duit tabung, ajak husband berjalan dekat Genting Highland. 

Budak ni bakal keluar bulan Januari 2017. Harap sangat semuanya berjalan lancar. Semoga aku beranak normal. Semoga aku gagah.


Ticha says: Mungkin dugaan ni cara untuk aku matang dan berani nak menghadapi dugaan lebih besar sebagai ibu.

No comments:

Post a Comment