Jadi entry ini hanyalah satu benda yang saja-saja aku nak share.
Masa dekat office petang tadi, aku chatting dengan kawan office aku menggunakan web.whatsapp .
"Lorh, kenapa tak guna je Whatsapp handphone?"
Sebab nanti kantoi lah dengan bos. Plus lagi senang nak taip panjang. AHAHAHA!
Aku luah lah perasaan aku yang agak tegang ni akibat kekusutan jiwa mengingatkan banyak lagi kerja kahwin nak kena settle.
Yes, memang kahwin dalam Islam ni mudah. Tapi, bila masuk undang-undang, jadi rumit juga tau!
Aku ingat nikah macam tu je. Rupanya banyak betul borang nak kena isi. Dah selesai borang pihak lelaki, kita pula isi borang. Dah isi borang, minta signature kariah masjid, saksi semua, hantar ke pejabat agama Selangor. Hantar pula ke Jawi, isi borang lagi, bayar borang lagi, jumpa tok khadi pula. Panjang prosesnya.
Kisahnya aku cerita betapa aku agak dissapointed when some of our plan messed up.
Dan aku rasa agak lonely sebab fikir 'Apasal kau nak stress tetiba padahal semuanya ada, kan?'
Mungkin sebab bila aku tengok kalendar, less than 50 days left utk buat segala benda like fitting baju, ambil kad kahwin, food testing, meeting dengan orang dewan, meeting dengan family, fikir pasal doorgift dah di finalize by my mama ke belum, fikir nak set up kan appoinment Si Hati dengan tok khadi, plan tentatif honeymoon, all the payment yang belum settle, tudung untuk 3 majlis belum cari, veil nikah belum cari, baju nikah tak ambil lagi, manik belum jahit ahhhhhhhh!!!!
Then, my friend ni suggested me to make a To-Do List and share it with my fiance.
Masa tu aku rasa, kenapa aku tak terfikir semua ni?
Selama ni dok pendam sorang fikir segala kerja, even dah alert kan Si Hati pasal certain date for a certain task pun, kadang-kadang macam tak fungsi saja sebab dia lupa.
So, I created a To-Do List. Lebih kurang macam ni lah,
Aku buat, kemudian aku send excel ni pada Si Hati via email.
Memang pada mulanya aku memang tak nak senaraikan segala kerja dan bagi pada Si Hati sebab aku fikir dia dah beban dengan kerja di pejabat dan kerah tenaga nak kumpul duit.
Tapi, at least, benda ni dapat bantu dia supaya benda-benda penting ni, kalau dia tak ingat, ada orang boleh ingatkan. Dia tak ada masa nak buat semua ni, jadi ini tugas aku untuk bantu dia walaupun tak secara langsung.
Bila buat benda ni, aku boleh nampak jelaslah steps aku dalam nak selesaikan kerja, uruskan masa dan tahu siapa yang terlibat. Which is really gives benefit to me!
Kesimpulan di sini, buat To-Do List, jangan jadi macam aku sentap sorang-sorang, naik jerawat segala akibat kesengalan sendiri.
Well, less than 50 days to go!
Tuesday, 16 February 2016
Tuesday, 2 February 2016
My DIY Pre-Wedding Photoshoot - OMGTichaIsGettingMarried
Yaaaa!!! Less than 3 months???
Okay, fuuh.. Sedapkan hati.
Lagi 2 bulan.
Weyyyyy tak menyedapkan hati langsung!
Kejap, sakit perut. Pi ladies sat.
.............................................
Okay, kita teruskan dengan topik kita iaitu Ticha's DIY Pre-Wedding Photoshoot.
DIY tak DIY sangatla. It's just Ticha tak upah jurugambar profesional.
So, siapa jadi jurugambar untuk sesi bergambar ni?
Photographer: Cousin Ticha - Faizal dan dibantu oleh adik aku, Jikeri Jikeri Puff. LOL.
Benda pertama yang aku buat ialah dengan menentukan TEMA.
Macam-macam tema keluar. Winter Sonata lah. Korean drama lah. Back to School lah. Twilight pun ada. Fairytales.
Lastly, akibat fikirkan bajet, bajet, bajet.
Tema yang dipilih; Vintage Picnic. Ambil era 40 an.
Secondly, menentukan siapa yang akan ada dalam kumpulan ni dan tugasannya.
Pembantu aku ialah cousin aku juga, Nad dan buah hati si photographer, Sha.
Third, tempat.
Mula-mula plan nak ke Genting Highland, konon nak buat Fairytales. Tapi memandangkan Genting macam banyak sangat construction, jadi cancel.
Pilihan tempat; Taman Botani, Putrajaya.
Keempat, plan segala tentatif. Contoh, kostum.
Aku pun Google lah pakaian yang sesuai untuk tema Vintage ni. Baik lelaki, baik perempuan.
Antaranya;
Contoh dress perempuan. |
Contoh pemakaian untuk lelaki. |
Antaranya;
Seterusnya, props! Sangat penting untuk hidupkan suasana vintage picnic.
Jadi, aku pun buat research dan bertanya pada saudara terdekat kot-kot diaorang ada barangan lama.
Untuk hal ni, aku dapat sumbangan dari abang dan kakak ipar. Dekat rumah diaorang, aku perasan ada botol-botol air yang rekaan lama macam Coke, Sprite. Dan signboard iklan susu zaman lama punya.
Props untuk photoshoot ni pun kena ada. Macam hiasan bunga, buku, alphabet materials ke.
Makanan-makanan untuk piknik kena ada. Jadi, aku beli French Bread dekat Hero Supermarket, RM2 lebih je. Air sparkling, kek (tapi lupa bawak masa photoshoot T_T) , buah-buahan yang dibeli dekat pasar tani depan pejabat.
Utensils pun kena ada, contoh gelas, cawan corak Vintage (mak punya), sudu, piring.
Bakul rotan pun ada. Bakul yang mak beli untuk letak gift masa aku tunang hari tu.
Last but not least, tikar or kain alas untuk piknik. Tapi, dalam photoshoot ni aku guna throw warna merah yang aku beli dekat Ikea, jadi hiasan katil. Sonang, guna apa yang ada je.
Mula-mula nak pergi Kamdar beli kain petak-petak tu. Tapi, masuk bilik, nampak throw tu, senyum sinis. I'm sorry babeh.
Picnic Decoration |
Bila tiba hari tu, kami pergi 2 kereta. Bertolak pagi sebab tak nak nanti berlarutan ke tengah hari. Masa tu pun, paginya dah rasa bahang.
Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Walaupun aku dengan Si Hati malu-malu nak bergambar posing sakan, tapi okaylah. Walaupun tapak kasut Si Hati tertanggal, dia gagahkan juga dan senyum.
Jadi, sempena 60 days more to go, inilah hasil photoshoot tu. Vintage Picnic.
Hehehehe yang ni gambar biasa biasa je.
Lepas habis photoshoot, terus pergi IOI Mall, makan mi. Dalam kereta, masing-masing dah pengsan. Hahahaha!
My Marvelous Crew |
Itulah kisah angan-angan si Ticha nak ada pre-wedding photo tapi bajet tarak!
Nasib baik ada sepupu yang baik hati sudi tolong aku. Lap you guys!
Terima kasih juga pada yang meminjam dan menaja barang-barang macam ukulele, segala botol air, papan iklan susu, suspender dan topi serta stools.
Tak lupa yang sanggup bangun pagi padahal malam tadi tengok bola.
Perah keringat dan otak fikirkan idea.
Minta maaf kalau ada yang kurang.
So, siapa kata tak boleh buat sendiri? Hehhehe!
Ticha says: Masa ni lah tahu betapa pentingnya ikatan persaudaraan.
Subscribe to:
Posts (Atom)