Aku ada seorang kawan ni, lelaki yang bagi aku orangnya sangat berpegang pada agama dan sunah Rasulullah s.a.w.
Dia ni jenis yang macam kalau main Facebook pun, jenis yang post berkaitan dengan agama dan moral lah.
Tapi jangan ingat dia ni tak bersosial duduk rumah masuk bilik macam anak dara zaman dolu-dolu (highlight ye;zaman dolu-dolu).
Dia pun window shopping juga, main game Dota, main futsal semua.
Kalau masa solat, dia selalu azan atau iqamat kan, kalau berkesempatan dia jadilah imam. Umur dia sebaya aku, 1989.
Aku kagum dan bangga ada kawan macam ni, balance dua-dua, dunia dan akhirat.
Oh, lupa nak bagitahu yang dia ni budak IT company lama aku.
Nak diceritakan yang boy-friend aku ni selalu remind diri sendiri dan kawan-kawan dia yang lain
yang dia tak nak ber'couple' ni. Which is quite impress and rasa macam kena tikam dekat dada pun ada,
sebab aku sendiri pun ber'couple'. Ngiyeah!Ngiyeah!Ngiyeah!
Lepas lebih kurang 8 bulan tak jumpa dia (sebab aku tukar kerja), plus nombor telefon dia dah kena
block, aku dapat jumpa dia balik. Berkat kerja dengan ex bos, teehe! Sebab ex bos pun kawan dia, and ex bos pun tukar kerja,
tup!tup! Ex bos bagi CV dekat bos dia sekarang, Tup! Tup! Tap! Tap! Taaraa! Ex bos kini colleague aku.
Masa jumpa tu, kitaorang lunch sama-sama.
And I heard something weih!So, ni perbualan yang aku ingat-ingat sikitlah, ayat tak sama, tapi maksud lebih kurang,
'B' is for kawan laki aku tu, A untuk ex bos aku, okay?
B : Macam mana ni A? Jauh gak aku nak kena ulang-alik.
A : Biasalah. Macam aku ni dulu, dari KL ke JB tiap-tiap minggu, okay je.
B : Penat tak?
A : Nanti kau biasa. Jangan jadi macam cousin aku. Diikutnya kehendak laki dia suruh naik flight.
Kalau murah tak apa. Aku bengang, aku kata naik je bas. Bazir je duit naik flight tiap-tiap minggu.
B : Tapi cepat.
A : Memanglah. Kau nanti kat mana?
B : Kuantan.
Kesimpulannya, aku rasa macam si B ni macam dah berpunya. Aku mulalah rasa hairan-hairani.
Tapi, aku diam je lah. Malas nak jadi makcik-makcik Melodi Bikin Panas.
Tapi, tak lama pun aku bertahan. Sampai office, bila bos aku tak ada, aku pusing belakang (sebab A ni duduk belakang aku),
aku mulalah nak terjah.
Aku : A! B dah nak kahwin ke?
A : Bakal. Dia baru je bertunang.
Aku masa tu sedaya-upaya nak tahan muka terkejut.
Aku : Pilihan mak ayah dia?
A : Tak. Kawan kolej dia?
Aku : Aik? Macam mana boleh..? Bukan dia tak nak..?
Aku sebenarnya nak cakap yang bukan ke dia tak nak couple ke. Kalau bukan pilihan mak ayah, takkan dia pergi kolej lama dia,
pilih macam tu je. Nampak tak betapa ceteknya pemikiran aku masa tu.
A : Dia jumpa masa dia pergi kenduri kahwin kawan dia, which is abang kepada perempuan tu. Dia kenal sebab satu kolej dulu.
Tengok-tengok, perempuan tu kata yang dia suka dekat B. B pun fikir, dah ada orang suka dekat dia, apa salahnya ikat.
Aku : So, sekarang ni sesi suai kenal ke?
A : Tak juga. Jumpa masa kenduri tu je. Masuk minang, tunang pun simple je, tak kecoh-kecoh.
Aku : Kira bercinta masa dah kahwin nanti ke?
A : Ya lah kot. Senang kan? Dah ada perempuan berkenan dekat dia, dia masuk minang.
Aku masa tu jangan cakaplah betapa kagumnya aku bila dengar cerita pasal kawan aku seorang tu.
Patutlah masa jumpa, asyik dok tanya, 'Bila? Bila?'. Aku ingat dia nyanyi lagu Zahid.
~Bila, bila, bila... Jauh darimu.. Rinduku teramat bila kan kita bertemu~ (Okay lirik bantai)
First, jangan ingat kalau ada perempuan approach dulu, tandanya dia tak tahu malu melainkan dia tergedik-gedik
dok kejar jantan. Beza okay gatal menggedik dengan perasaan suka pada seseorang.
Pada aku, cerita kawan aku ni sangat indah dan hanya orang terpilih je yang dapat kisah indah ni.
Aku tak tahulah apa reason si B ni bertunang dengan perempuan tu after he knew that girl likes him.
Ada try to dig for some info., but failed. He just mention,"Bertunang secara mengejut" and declined to explain more.
Nampak tak betapa mak jemah nya aku ni. Kuikuikui! Tapi, aku tahu, memang susah nak korek cerita dari dia kalau bab macam ni.
Bagi dia, nanti dah kahwin, baru boleh diceritakan. Setakat bertunang ni, cuma adat, tak cerita pun tak apa.
Cerita pasal adat, apa beza adat dan budaya?
Ini apa yang aku dapat dari Wikipedia;
"Adat (Arab: adah) ialah kebiasaan, resam, lembaga, peraturan, hukum, norma yang dijunjung oleh kelompok masyarakat.
Dalam bahasa Melayu lama, adat merujuk kepada undang-undang atau hukum adat yang merangkumi bidang sosial, politik, ekonomi
bahkan undang-undang samudera."
Jadi, apa yang aku faham, adat ni macam kebiasaan yang dilakukan dari orang-orang dulu yang diamalkan sampai sekarang.
Dia macam satu perlakuan atau peraturan yang diamalkan untuk kebaikan atau untuk mengangkat sesuatu nilai murni yang berpekerti hingga menjadi
kebiasaan orang. Jadi, bila kita buat sesuatu yang tak mengikut kebiasaan, dianggap tak mengikut rutin dan dianggap biadap.
Ini yang aku dapat dari Wikipedia pasal budaya, tapi aku ambil kesimpulan je sebab banyak teori dari orang yang berbeza;
" kebudayaan bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani
dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat"
Jadi, pada aku kita sebagai orang Malaysia memang ada mengikut adat dan budaya.
Contoh macam paling orang tengok ialah KAHWIN. Mesti korang pernah dengar atau baca banyak kali pasal nak kahwin ni tak ikut adat pun tak apa.
Yang penting cukup rukun nikahnya.
Yang pasal budaya ni. Okay, kalau mat saleh ikut budaya kita, apa perasaan kita?
Kalau orang kita ikut budaya mat saleh yang tak bercanggah dengan agama kita, apa perasaan kita?
Beza kan? I mean, isu melamar ni sebenarnya kita terlalu besar-besarkan konon kita tak ikut adat.
Adat tu satu hal. Budaya tu satu hal. Nawaitu tu satu hal lagi.
Masalahnya sekarang kita cepat menghukum orang. So, tell me. Adat jugak ke tu?
Mungkin akan ada yang kata aku ni tak ikut adat.
Macam yang aku kata, kalau budaya yang kita ikut tu, tak berlanggar dengan ajaran agama, bagi aku, I'm fine with it.
Bukan nak lupakan adat, tapi jangan menghukum orang guna adat. Adat dibina untuk kukuhkan nilai murni dan budi,
bukan dibina untuk menindas.
Ticha says: Semua orang ada persepsi sendiri, pendirian sendiri. Tapi, tak ada yang sempurna di sini.
No comments:
Post a Comment