Tuesday, 27 January 2015

Kawan di Bawah. Ada?

Dah hampir sebulan kerja dekat tempat baru.
I mean not really accurately 1 month.
But too much mistakes, totally careless and dumb mistake I've done through my work.
And the worst part is,
My leader have to face the management because of me.
Shoot!
Absolutely unacceptable and the thing that I really hate.

Gosh! Aku macam rasa tak layak je kerja situ.
Aku rasa hairan sangat, kenapa teruk sangat aku ni? What really happen to me?
I was too reckless!
I was kind of finding some balance to this new job. Kinda shock, I admit.

Masa balik dari kerja, masa tu hujan. Mood sedih bertambah haru-biru. Sebak tak terkata.
Dalam kereta, aku selalu akan borak dengan mama.
But I didn't. Aku whatsapp my friend, Julia.
Told her what happened, how do I feel.
And she gave me some advices,
And hugs..
Yeah, through text.

Dia berjaya kurangkan keresahan aku,
Tingkatkan semangat aku nak bekerja,
And tips how to avoid,
No, not avoid, but how to make less mistake.
Kan kita manusia yang tak sempurna dan mudah lalai?

Seronok ada kawan macam ni.
Aku tau dia sibuk.
Aku gembira dia masih nak balas mesej aku.
Sebaya aku tapi pemikiran dia matang.
But at some points so gedikx, manja. Hehe!

Harap korang ada kawan macam ni dalam hidup.
Doesn't mean needs to be friends, might be your family?Pets?

Having a lot of people around you,
It's nice.
But how many will be at your side,
While you at the bottom?

Tichasays: Kenduri kahwin aku mungkin tak ramai tetamu sebab tak ramai kawan.

Sunday, 25 January 2015

Bukan Isu Perigi Cari Timba

Aku ada seorang kawan ni, lelaki yang bagi aku orangnya sangat berpegang pada agama dan sunah Rasulullah s.a.w.
Dia ni jenis yang macam kalau main Facebook pun, jenis yang post berkaitan dengan agama dan moral lah.
Tapi jangan ingat dia ni tak bersosial duduk rumah masuk bilik macam anak dara zaman dolu-dolu (highlight ye;zaman dolu-dolu).
Dia pun window shopping juga, main game Dota, main futsal semua.

Kalau masa solat, dia selalu azan atau iqamat kan, kalau berkesempatan dia jadilah imam. Umur dia sebaya aku, 1989.
Aku kagum dan bangga ada kawan macam ni, balance dua-dua, dunia dan akhirat.
Oh, lupa nak bagitahu yang dia ni budak IT company lama aku.

Nak diceritakan yang boy-friend aku ni selalu remind diri sendiri dan kawan-kawan dia yang lain
yang dia tak nak ber'couple' ni. Which is quite impress and rasa macam kena tikam dekat dada pun ada,
sebab aku sendiri pun ber'couple'. Ngiyeah!Ngiyeah!Ngiyeah!

Lepas lebih kurang 8 bulan tak jumpa dia (sebab aku tukar kerja), plus nombor telefon dia dah kena
block, aku dapat jumpa dia balik. Berkat kerja dengan ex bos, teehe! Sebab ex bos pun kawan dia, and ex bos pun tukar kerja,
tup!tup! Ex bos bagi CV dekat bos dia sekarang, Tup! Tup! Tap! Tap! Taaraa! Ex bos kini colleague aku.

Masa jumpa tu, kitaorang lunch sama-sama.
And I heard something weih!So, ni perbualan yang aku ingat-ingat sikitlah, ayat tak sama, tapi maksud lebih kurang,
'B' is for kawan laki aku tu, A untuk ex bos aku, okay?

B : Macam mana ni A? Jauh gak aku nak kena ulang-alik.
A : Biasalah. Macam aku ni dulu, dari KL ke JB tiap-tiap minggu, okay je.
B : Penat tak?
A : Nanti kau biasa. Jangan jadi macam cousin aku. Diikutnya kehendak laki dia suruh naik flight.
    Kalau murah tak apa. Aku bengang, aku kata naik je bas. Bazir je duit naik flight tiap-tiap minggu.
B : Tapi cepat.
A : Memanglah. Kau nanti kat mana?
B : Kuantan.

Kesimpulannya, aku rasa macam si B ni macam dah berpunya. Aku mulalah rasa hairan-hairani.
Tapi, aku diam je lah. Malas nak jadi makcik-makcik Melodi Bikin Panas.

Tapi, tak lama pun aku bertahan. Sampai office, bila bos aku tak ada, aku pusing belakang (sebab A ni duduk belakang aku),
aku mulalah nak terjah.

Aku : A! B dah nak kahwin ke?
A : Bakal. Dia baru je bertunang.
Aku masa tu sedaya-upaya nak tahan muka terkejut.
Aku : Pilihan mak ayah dia?
A : Tak. Kawan kolej dia?
Aku : Aik? Macam mana boleh..? Bukan dia tak nak..?
Aku sebenarnya nak cakap yang bukan ke dia tak nak couple ke. Kalau bukan pilihan mak ayah, takkan dia pergi kolej lama dia,
pilih macam tu je. Nampak tak betapa ceteknya pemikiran aku masa tu.
A : Dia jumpa masa dia pergi kenduri kahwin kawan dia, which is abang kepada perempuan tu. Dia kenal sebab satu kolej dulu.
    Tengok-tengok, perempuan tu kata yang dia suka dekat B. B pun fikir, dah ada orang suka dekat dia, apa salahnya ikat.
Aku : So, sekarang ni sesi suai kenal ke?
A : Tak juga. Jumpa masa kenduri tu je. Masuk minang, tunang pun simple je, tak kecoh-kecoh.
Aku : Kira bercinta masa dah kahwin nanti  ke?
A : Ya lah kot. Senang kan? Dah ada perempuan berkenan dekat dia, dia masuk minang.

Aku masa tu jangan cakaplah betapa kagumnya aku bila dengar cerita pasal kawan aku seorang tu.
Patutlah masa jumpa, asyik dok tanya, 'Bila? Bila?'. Aku ingat dia nyanyi lagu Zahid.
~Bila, bila, bila... Jauh darimu.. Rinduku teramat bila kan kita bertemu~ (Okay lirik bantai)

First, jangan ingat kalau ada perempuan approach dulu, tandanya dia tak tahu malu melainkan dia tergedik-gedik
dok kejar jantan. Beza okay gatal menggedik dengan perasaan suka pada seseorang.

Pada aku, cerita kawan aku ni sangat indah dan hanya orang terpilih je yang dapat kisah indah ni.
Aku tak tahulah apa reason si B ni bertunang dengan perempuan tu after he knew that girl likes him.
Ada try to dig for some info., but failed. He just mention,"Bertunang secara mengejut" and declined to explain more.
Nampak tak betapa mak jemah nya aku ni. Kuikuikui! Tapi, aku tahu, memang susah nak korek cerita dari dia kalau bab macam ni.
Bagi dia, nanti dah kahwin, baru boleh diceritakan. Setakat bertunang ni, cuma adat, tak cerita pun tak apa.

Cerita pasal adat, apa beza adat dan budaya?
Ini apa yang aku dapat dari Wikipedia;
"Adat (Arab: adah) ialah kebiasaan, resam, lembaga, peraturan, hukum, norma yang dijunjung oleh kelompok masyarakat.
Dalam bahasa Melayu lama, adat merujuk kepada undang-undang atau hukum adat yang merangkumi bidang sosial, politik, ekonomi
bahkan undang-undang samudera."

Jadi, apa yang aku faham, adat ni macam kebiasaan yang dilakukan dari orang-orang dulu yang diamalkan sampai sekarang.
Dia macam satu perlakuan atau peraturan yang diamalkan untuk kebaikan atau untuk mengangkat sesuatu nilai murni yang berpekerti hingga menjadi
kebiasaan orang. Jadi, bila kita buat sesuatu yang tak mengikut kebiasaan, dianggap tak mengikut rutin dan dianggap biadap.

Ini yang aku dapat dari Wikipedia pasal budaya, tapi aku ambil kesimpulan je sebab banyak teori dari orang yang berbeza;
" kebudayaan bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani
dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat"

Jadi, pada aku kita sebagai orang Malaysia memang ada mengikut adat dan budaya.
Contoh macam paling orang tengok ialah KAHWIN. Mesti korang pernah dengar atau baca banyak kali pasal nak kahwin ni tak ikut adat pun tak apa.
Yang penting cukup rukun nikahnya.

Yang pasal budaya ni. Okay, kalau mat saleh ikut budaya kita, apa perasaan kita?
Kalau orang kita ikut budaya mat saleh yang tak bercanggah dengan agama kita, apa perasaan kita?
Beza kan? I mean, isu melamar ni sebenarnya kita terlalu besar-besarkan konon kita tak ikut adat.
Adat tu satu hal. Budaya tu satu hal. Nawaitu tu satu hal lagi.
Masalahnya sekarang kita cepat menghukum orang. So, tell me. Adat jugak ke tu?
Mungkin akan ada yang kata aku ni tak ikut adat.
Macam yang aku kata, kalau budaya yang kita ikut tu, tak berlanggar dengan ajaran agama, bagi aku, I'm fine with it.
Bukan nak lupakan adat, tapi jangan menghukum orang guna adat. Adat dibina untuk kukuhkan nilai murni dan budi,
bukan dibina untuk menindas.


Ticha says: Semua orang ada persepsi sendiri, pendirian sendiri. Tapi, tak ada yang sempurna di sini.

Macam Iklan Bedak Follow Me

Siapa lahir tahun 90-an, dia mesti pernah tengok iklan bedak Follow Me.
Seorang remaja laki, baring atas katil.
Lepas tu, tiba je nyanyi,
'Aku merinduimu~ '
Ting tong! *bunyi loceng rumah*
Lepas tu, mak dia jerit kata kawan perempuan dia datang.
Okay, mak dia sporting ok. Bagi anak dara naik atas pergi bilik anak bujang dia.

Sebenarnya,bukan nak buat ulasan iklan.
Ya, yang kenal aku, tahu aku ni particular and detail sikit bila tengok iklan.
Akibat injection marketing. Derggh!

Aku cuma nak kata,
Aku rasa,
Aku rasa,
Aku rasa,
'Aku merinduimu~ '

Ya, awak lerr....
Kbye.


Ticha says: Nak dia berjaya. Strive for success. Tapi diri sendiri rasa tak nak dia pergi jauh. Jadi, rasa macam in between. Nak tengok dia pergi jauh atau tengok dari jauh?

Thursday, 22 January 2015

Kerana tahi setempek, Rosak blog lama.

Blog baru.
Hai. Assamlammualaikum. Salam sejahtera.
Funny, funny, funny. Merely because someone was being rude with me dalam Whatsapp,
aku terus macam cuak diriku di expose lebih oleh perempuan berhati bangkai.
Maaflah kalau first entri je dah pasal luahan hati. Huuhuu~

Mana taknya (tiibe sambung balik cerita luahan hati tu),
bayangkan aku nak tidur, esok kerja. Tengah malam ada orang hantar mesej dekat Whatsapp.
Aku baca juga sebab before I went to sleep, I did some promoting my items lah dekat Insta.
So, I guess might be customer lah kan.
So, betul lah firasat aku. Customer.
Pendekkan cerita, malam tu aku memang letih sangat sebab kerja dekat office mencabar zahir ku.
Silap kat sana aku pergi layan customer dalam keadaan mamai. Ibarat makan dalam keadaan mamai,
silap waktu, tersuap ke dahi. Terus jadi mask.
Aku TERsalah kira,TERdouble kan kos pos laju (sebab dia kata nak beli 2 helai).
Wow, terus dia maki. Aku cool. Aku admit silap aku, aku minta maaf dekat dia.

Tau apa dia reply?


1st picture from my Whatsapp account

2nd picture from my Whatsapp account

3rd picture from my Whatsapp account

4th picture from my Whatsapp account

5th picture from my Whatsapp account
 Bagi aku, agak tak manis lah kalau dia ni perempuan, cakap dengan perempuan yang dia tak pernah jumpa, tak pernah kenal, berbahasa dan berkelakuan begitu. Bagi akulah.
Maybe certain girls macam "Ek eleh, tak ada lah kasar mana sial".
But for me lah, macam apa yang aku belajar, tak berapa berbudi bahasa.
Aku tahu dia marah. Aku sendiri pernah tegur penjual tapi aku cakap elok-elok sebab aku faham perasaan seorang penjual. Aku ni marketer kot.

So, I assumed she could be the one who make a fuss with me last time. Barang dah hantar, tapi dia lengah-lengahkan bayar. Then, create drama said the pants torn. When I told her that I will return the money and asked for her account bank number, silent~~~~ for 1 month. I asked not once, not twice, but three times okay, minta akaun number. Tapi, silent~~
Kalau dekat kedai tu, valid 14 hari saja kalau nak buat pertukaran atau pulangkan duit.
Ini aku bagi sebulan. Ikutkan nak bagi tempoh lagi, tapi kawan aku insisted to ignore her because it was already 1 month. Kawan kata,"Tok sah nak baik sangatlah weih"

Bila dah jadi macam ni, macam biasalah, aku belajar something dengan situasi macam ni.
Well, sebab tu Tuhan turunkan dugaan. Ada sebab. Banyak sebab.
Even it wasn't happened to us, maybe someone else, yeah you really need to learn from it.
Hari-hari sesi pembelajaran hidup.

Jadi, kalau dalam blog aku ni macam "Eh, kau asyik-asyik ada problem, perempuan bermasalah lah kau ni", or, "Kau ni benda macam ni pun nak jadikan masalah", or "Loser",
Meh aku terangkan. Dekat mana-mana pun boleh jadi ada kesulitan. Bezanya macam mana kau hadap, hadam, hidup. Aku secara personal suka dengar masalah orang. Bukanlah mengharap semua orang dalam masalah, tapi dari situ aku belajar cara nak hadap hidup ni.

So, can be conclude;
- jangan hantar barang jualan sebelum pembeli buat pembayaran.
- check barang yang nak dihantar, capture picture of the items for our own proof.
-buat persediaan harga yang menawan hati.
-peringatan buat diri; Luar sana tak semua berbudi bahasa.
-peringatan buat diri; Luar sana tak semua baik budi pekerti,

Dan aku agak terkesan sedikit dengan kejadian ni, sampai aku terpaksa delet blog lama.
Gila. Cuak sangat ke apa aku ni?
Sebab kisah hidup aku dari aku belajar sampai dah kerja, banyak dalam blog lama.
Dari tahun 2008 kot. Sodehnyo la haih~~

Inilah sebabnya ada blog baru ni.
Kenapa 'Ti Cha'? Sebab aku suka anak buah aku panggil aku, "Eyy, Ti Cha!"
Haih, kena didik dia kurangkan panggil, "Eyy!" Mungkin boleh tukar dengan "Deyy!",
so orang dengar macam,"Hahhaha! Kelakar budak 3 tahun buat gaya mamak!"

Okay, jangan.

Ti Cha says: Sometime I feel honored to learn new things through problem given by Him.