Sunday, 23 October 2016

Babymoon Fasa Ke 2 and Birthday Celebration - OMGTichaIsPregnant

Assalammualaikum. Hello!

Nak cerita sikit percutian Ticha ke Bukit Tinggi, Pahang. Kononnya, bersempena hari jadi Ticha yang ke 20an tu. Eyceyceyceyhh~

Husband booked bilik di Colmar Tropicale Berjaya Hills - Superior Twin Room.
Kami bertolak dari Kuala Lumpur dalam pukul 1 lebih macam tu sebab singgah rumah saudara.

Tol lebuhraya Karak (Plaza Tol Gombak) RM6.00. Dari Plaza Tol Gombak ke Colmar Tropicale ambil masa dalam 45 minit - 1 jam kalau tak sesak lah. Hehehe! Masa masuk ke kawasan Berjaya Hills tu, ada satu pondok guard. Then a few kilometers later, another booth, we need to pay RM13 per head for the tickets to Japanese Village/Botanical Garden. But if you're staying at one of the hotels there, you can get the refund at hotel's counter.

Parking
Ada parking lot indoor dan outdoor (kalau tak salah) tapi yang menginap sana memang parking dalam lah. Underground.

Lobby
Lobi di level G. Lobi dia tak besar mana pun. Husband yang tolong uruskan check-in progress. Receptionist tu akan explain pasal tempat-tempat macam restoran, blok bilik, sarapan, dan pasal tempat-tempat menarik yang ada di sekitar Berjaya Hills tu.

Bilik
Ticha duduk di blok Gazania. Dekat situ ada macam-macam blok, macam perkampungan french-themed gitu. Ticha ambil bilik standard saja. Alhamdulillah dapat pemandangan menghadap bukit. Suka! Ada juga yang menghadap bangunan blok bilik dan sekitar jalan yang inspired by french theme. Tapi Ticha prefer hadap bukit. Teehee~



Ticha suka gambar-gambar dekat dinding dia. Simple je.






TV Astro macam biasa lah. Vision Four.

Dalam pukul 6 macam tu, Ticha dan husband keluar jalan-jalan, ambil gambar sampailah ke pintu gerbang. Dekat pintu gerbang, bawah jambatan ada kolam, ada dalam 5-6 ekor swan. Besar-besar juga. Cuaca masa tu tak lah sejuk mana. Biasa-biasa je.



Ni hotel The Chateu Spa

Besar-besar swans dia.


Restoran
Kalau nak makan, memang dekat situ je lah. Nak keluar ke Genting Sempah pun,dalam 20.5 km. Jalan bengkang-bengkok juga nak turun dari bukit tu. So, bagi yang tak rajin, or yang tak larat nak hadap jalan jauh untuk makan malam macam Ticha ni, get ready je lah duit lebih.

Dekat situ, ada restoran jual ayam macam ala-ala Kenny Rogers, ada pizza and pasta, ada kedai roti, ada juga western food which is super mahal, bar, and buffet dekat La Bason. Masa tu buffet for dinner is RM78 per head. So, we decided to have our dinner at the restaurant yang jual ayam dishes tu. Kitaorang ambil half chicken with mash potatoes and coleslaw, add on cheesy macaroni. Air apple juice and.... tak ingat laki order air apa. LOL. Oh, dessert too! Jelly with mix fruits and vanilla ice cream. Total, RM80+ . Nangis. Masa makan tu, ada la a group like buskers macam tu consists of 2 ladies and a man. Filipino rasanya. They will come table to table asking if we will like them to sing a song or two. Best lah.



Dekat situ juga ada performance. There is a stage, at certain time, ada performance. That day, performance mostly akrobatik from chinese boys, doing some trick with hats la, with a barrel la. For me, macam bosan juga sebab hey, we're in a place with a french-themed. Show something yang boleh naikkan mood french lah. Hehehe! Kesian budak tu, Ticha punya mata asyik tertumpu pada seluar putih ketat dia je. Kbye.

Ada juga kedai saguhati, ada stall selling popcorn, ice cream, corn in a cup. Ada juga aktiviti like painting, sand art, ada video game and arcade (the token priced RM2) ada 6D Motion Movie, ada spa La Lavender, ada lounge room, informative kiosk, surprisingly ada swimming pool, nak booking for game at Adventure Park or Horse Riding pun ada.  They also have shuttle bus/van if we wanted to go to places like Japanese Village, Botanical Garden, Adventure Park, Ride Horse, Animal Park.

Who's that Pokemon?
Masa Ticha tengah jalan-jalan dekat area belakang blok hotel (ada small garden untuk saja-saja jalan menikmati angin), tengah posing ambil gambar, husband cakap,"Eh babun!" Mula-mula ingat dia bergurau or salah nampak. Ticha toleh, tengok belakang. "Wow, besarnya anjing!" Tapi bila tengok balik betul-betul, "Eh, apasal besar benor bontot anjing ni" LOL.
That was a really big baboon you know! As big as a dog, not a normal dog, Ticha rasa the baboon's height probably 135cm? If he's standing besides me lah. Bapak sado babun tu, macam abang long kawasan dah. Ada boys tengah lepak near him, bila nampak babun, kelam-kabut diaorang angkat kaki.

The next day, we had our breakfast at Le Bason. Rasanya itu lah namanya. Hohoho! Ticha asyik makan makan makan sampai husband komen dekat Facebook yang Ticha makan banyak. Mana ada banyak! Banyak kali je, kuantiti sikit je. Hehehehe! Breakfast starts at 7 a.m. until 10 a.m. Buffet. Got pastry, cereal, fruits, nasi lemak, mi goreng, kuey teow goreng, bubur, saviors, mi sup, roti canai, telur separuh masak, salads, etc. Ticha makan buah-buahan, pancake, cereal, bubur ayam and telur separuh masak. Siap mesej mama, "Mama, boleh ke orang pregnant makan telur setengah masak?" and she replied," Boleh je, masa pregnant ni makan je selagi boleh." Which mean nanti berpantang dah tak boleh balun da for few months T_T

First round

Japanese Village
Lepas check out, kami terus ke Japanese Village. Parking quite hard to find lah sebab the area is not so big. The best thing is, Ticha kena mendaki tangga dan bukit. DENGG! Husband banyak kali tanya,"Betul nak naik ni? Betul nak pergi?" He asked me even on the day before. I said,"Mestilah! Itu faktor utama tu datang sini." But when I climbed the stairs, omg, I even can't bother to talk with my husband. I even not to dare to stop climbing and walking, sebab risau I will just pass out. You'll be 35000km uphill you know. Of course you will feel a little bit dizzy. Tapi tak lama pun mendaki. After a few meters, you will enjoy the view, the plants and the weather, so refreshing. But first stop of course lah pergi kedai souvenirs dekat atas tu untuk beli air. HAUS! The drinking water cost RM3.00. Bukannya Spritzer or Cactus okay. Tapi Drinking Water by Colmar Tropicale. Cett! They even sell ice creams (masa tu cuma ada Solero-if im not mistaken-, Cornetto and Magnum kot) The Solero cost RM3.00. Then, we went to the Japanese Village. Ada anak sungai and a few little japanese houses lah. You can even try the Japanese traditional outfit tapi tak pasti berapa Ringgit sewanya. Kitaorang just visit 1 of the houses sebab my husband were really tired and already soaked in with sweat. Memang husband Ticha jenis peluh macam paip air. Hahahaha! Taking pictures here and there, then we went to the Botanical Garden pula. Singgah kedai tadi beli Solero sebab tiiibe teringin.

Botanical Garden
Gerak ke Botanical Garden, kali ini, kita turun tangga. But for me, tak menarik pun taman tu, Like an experimental garden je. Singgah sekejap je sebab there's nothing special plus there were monkeys jumping from tree to tree and yes I'm scared of them so dah blah jom! Yeah, kena daki tangga balik. Gila penat! Lepas naik tangga masing-masing bersidai dekat tembok cari nafas. Masa dekat Botanical Garden, ada lah nampak macam cafe dekat situ, but not really sure what kind of cafe and what they serve.

Dah hilang penat sikit, tengok jam dah pukul 2 lebih, masing-masing dah lapar. Kami pun gerak and decided to go to R&R Genting Sempah to have our lunch there. Lepas makan, "Erm, macam nak pergi karaoke, lah". Hehehe! Husband pun turutkan je lah. Singgah karaoke dekat KL.

Overall, Ticha a bit disappointed. Proably because my expentation a little bit high about the hotel. I mean, I saw the pictures in Google, the hotel's website, seems like the environment is totally gonna look like we are in oversea, french-themed place. But, I don't know, the french-themed were seems been established too light/small portion. A few blocks of french-like building, even the restaurant doesn't really been imaged like the theme. Dan kemungkinan juga sebab cuaca kot. Hehehe! Kesimpulan, situ pergi untuk keindahan alam dan tangkap gambar je lah. Entertainment paling best pun probably yang dekat Adventure Park which mak buyung ni tak dapat merasa. They said they have the longest flying fox in Asia - 1km.

Untuk keterangan lanjut - http://www.colmartropicale.com.my/

Sekian kesah babymoon fasa kedua dan sambutan hari jadi Ticha tahun 2016.

Terima kasih pada semua yang wish Ticha. Maaf kalau ada yang Ticha tak sempat reply.
Thank you to  my husband yang bagi surprise present. Lap you. Teehee~
Pada mama abah, thank you bagi hadiah aiskrim coklat gila sedap woh! Keluaq rumah senyap-senyap ingat pi masjid, rupanya pi beli eskem dengan aiskrim kon sekali.

Oh, well! Of course Ticha tak lupa bawa De'xandra Perfume Ticha. Nak berjalan, mendaki bukit, mesti nak rasa wangi, selesa dan yakin dengan diri sendiri. Bau pun mesti mau bau mahal, kan. Tapi harga berpatutan. Sebab tu Ticha pilih De'xandra Perfume. Bau tahan lama, EDP lah kata,kan. Nak solat pun yakin je sebab alkoholnya diekstrak dari tumbuh-tumbuhan.  Bawa travel senang je.


Selamat Hari Jadi, Ticha.

Tichasays: Tahun lepas sambut sebagai tunang orang. Tahun ni, sambut sebagai mak buyung. Alhamdulillah.

Jom wangi sama-sama!
Order De'xandra sekarang.
Facebook page: Tsari
Instagram: @tsari_dexandra

Tuesday, 4 October 2016

Barang Wajib Ibu Mengandung si Ticha - OMGTichaIsPregnant

Assalammualaikum. Hello!

Hari ni Ticha nak share antara barang-barang compulsory sepanjang Ticha pregnant ni.


Pil Vitamin dari Klinik Kesihatan Keramat - Dari kiri: Vitamin C, Vitamin B6, Iron Tablet dan Folic Acid.

Ini wajib kena ada. Segala vitamin untuk keperluan tubuh badan ibu mengandung dan tumbesaran janin/bayi dalam kandungan. Lagi-lagi Folic Acid. Bak kata maklumat dalam Baby Centre, asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida. Untuk maklumat lanjut pasal asic folik ni, boleh ke sini .

Iron tablet tu Ticha diarahkan baru-baru ni untuk ambil 2 biji sehari, siang dan malam, gara-gara HB atau kuantiti sel darah Ticha below normal. Normal dalam 11. Ticha baru-baru ni checked 10.4. Bahaya kalau hgb rendah sebab boleh jadi anemia. Dalam sel darah merah kita ada hemoglobin yang membawa oksigen ke seluruh tubuh badan kita. Mudah pitam, pening, pucat, sakit dada kalau rendah. Ada risiko tumpah darah selepas bersalin, baby dalam kandungan boleh lemas sebab tak cukup oksigen (na'uzubillah).

Palmer's Cocoa Butter Formula. Skin Therapy Oil dan Lotion Softens, Smoothes & Relieves Dry Skin 24 Hour Moisture.

Dua benda ni yang Ticha guna (buat masa sekarang.teehee). Satu sebab masa mengandung ni memang kulit sangat cepat kering ya, ibu-ibu. Plus, Ticha ni sejenis yang ada eczema. Lagilah teruk kulit I. Uhuk! 

Perut mula meregang saban hari, lalu timbullah makhluk asing bernama tanda regangan atau stretch mark. Macam Ticha, masa 1st trimester je ada bintik-bintik hitam (tanda nak ada kesan reganganlah tu), tapi tak lama pun. 2nd trimester, dah tak wujud bintik-bintik hitam, so perut Ticha tak ada stretch mark, buat masa sekarang (yeah). Cuma parut bintik-bintik hitam and parut kesan gatal-gatal eczema tu lah yang Ticha nak hilangkan. 

Ticha sapu minyak tu 2-3 kali sehari, and lotion tu dekat bahagian kulit yang sangat kering macam tangan dan kaki Ticha.

Yang ni, bagi Ticha, ibu-ibu mengandung kena ada, tak kiralah brand apa, bagi nak jaga kulit, lagi-lagi stretch mark.

Shaklee Ostematrix

Ibu mengandung memang akan kurang macam-macam zat. Termasuklah kalsium. Perempuan kena ambil kalsium sebab - masa period, kalsium ditarik. Masa pregnant - kalsium ditarik juga. Sebab tu ada yang malam-malam kejang kaki/cramp lepastu gelabah kejut suami suruh betulkan balik. Sakit woh cramp kaki lagi-lagi masa tengah enak tidur. 

Ticha sebelum pregnant ok je nak minum susu. Tapi masa 1st trimester, Ticha tak lalu. So, Ticha belilah Shaklee ni. Kawan universiti dulu yang suggest. Bagus vitamin ni. Ticha pula tak ada masalah nak telan pil (selalunya masalah malas je Ahaks).

Bagi yang boleh minum susu, Ticha suggest minum susu kambing. Amacam, boleh? Hehehe!

Ulfaa Beauty Moisturizer Gel

Pelembab muka. Macam Ticha kata, kulit memang jadi kering. Actually, moisturizer ni cousin Ticha yang jual. Ticha beli untuk support dia. But, hey! Pelembab ni best tau. Dia ala-ala pelembab Aqua-Defense Garnier warna mint green tu. 

Pelembab ni 95% cucumber extract, suitable for face, body and hair. Ticha selalu pakai after solat especially masa dekat office lah. Aircond, kan. Kulit rasa tak bermaya je. Bila apply pelembab ni, mostly area eye bag, pufff! Sejuk, segar, lembut je! Ticha jadi suka usap-usap pipi. Tiibe admire pipi sendiri. Lembut je. Area mata rasa segar bermaya sikit. Yelah, menghadap komputer je, lesu jadi mata ni.

Kalau ada yang nak order; Nadhirah - +60173883150


De'xandra Perfume by Tsari

Ini bukan time pregnant je, selamanya kena ada. Ahahaha! Sejak pregnant ni, hormon tak betul sikit. Panas dalam je badan ni. Berlemoih tu jangan cakaplah. Lagipun, badan kita kan sekarang dah lain bentuknya, so, dalam masa sama nak pikat suamilah dengan berwangi-wangian.

Kenapa Ticha pilih De'xandra Perfume?
1. Haruman tahan lama  - Memang lama. Banyak feedback kata sembur pagi, balik kerja tudung wangi je. Kadang sangkut tudung, esok bau lagi. Selalu kantoi bab ni ialah mak Ticha. Ticha boleh tahu dia cilok tudung Ticha sebab perfume De'xandra dia. Hohoho!

2. Boleh bawa solat - memang ada fatwa kata alkohol dalam perfume boleh je bawa solat. Tapi, bila Ticha dapat tahu De'xandra pakai ekstrak tumbuhan (tebu) untuk alkoholnya, confident lah Ticha. Nak solat pun kena wangi asalkan tak berlebihan sampai orang sebelah terkepit-kepit hidung baca surah.

3. Produk buniputra

4. Mudah dibawa - orang yang selalu travel terbang sana sini sesuailah sebab dia ringan dan 35ml. Lepaslah kalau nak naik flight. Hehehe!

5. Eau de parfum - pati esen dia dalam 20-30% so memang tahan lama baunya berbanding Eau de Toilette apatah lagi mist dan cologne.

6. Harga berbaloi! - Berbaloi awak~ Harga perfume beraus-ratus, tapi De'xandra ni RM65.00 je. Kalau beli dekat kedai pak arab tu, tak tahan lama (sebab Ticha ada several times beli). 

7. Haruman diinspirasi dari wangian berjenama antarabangsa - Memang tak ada lah Ticha nak boli perfume beratus ringgit tu berbotol-botol. Ini Ticha siap boleh tukar-tukar, buat koleksi lagi. Isnin DKNY, Selasa Gucci, Rabu Chanel, Khamis Paco Robanne, Jumaat Katy Perry, Sabtu Carolina Herrera, Ahad Estee Lauder. Macam-macam lah! Mewah tak? Hahaha! Bau sama pula tu!

8. Jimat - Tak perlu sembur banyak kali. Sembur belakang telinga, pergelangan tangan, dan lipatan lengan (belakang siku). Situ je. Tak perlu sampai ke rambut sembur. Tak perlu mandi perfume tu. Tak perlu sembur sampai kita sendiri bau. Sebab selalunya orang lain yang akan bau dulu, baru kita sebab hidung kita sebati. Lagipun, eloklah bersederhana. Tahan sampai 2-3 bulan woh!

Nak order: Facabook - Tsari (@tsaripage) / Instagram @tsari_dexandra / Whatsapp +60169988244


Sekian cerita barang wajib yang Ticha kena ada sepanjang pregnant ni. Tak semua lah Ticha share. Kalau bab bekalan makanan, jangan ceritalah, banyak! Ahahaha! Buah-buahan nak kena ada. Sebab makin lama makin susah nak membuang. Kadang minum jus buah dekat Juice Boost. Nasib dekat dengan office. Caffeine dah sangat jarang consume memandangkan Ticha ni anemia.

Kepada para ibu mengandung, marilah berjuang!

Ticha says: Baby Centre kata budak dalam perut sebesar jagung. Auww Auww! Okay sorry sorry mak tak ngumpat awaklah (baby buat martial art slow motion dalam perut. Cam tahu tahu je kita tengah taip pasal dia)